Tajuk: Cintaku Luruh Di Oxford
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM 34.00
Sabah/ Sarawak: RM 37.00
Halaman: 738 mukasurat
ISBN: 9789670201627
Pertemuan Falah dan Zuha dalam tempoh yang singkat cukup memberi kesan kepada keduanya. Semester yang singkat makin terasa bertambah singkat apabila masing-masing menyimpan 'rasa' dalam hati masing-masing. Falah sudah tentulah berasa rendah diri dengan perbezaan darjat antara dirinya dan Zuha. Manakala Zuha yang masih tebal dengan kesopanan dan sikap pemalunya itu pula tidak mahu mengganggu keharmonian hubungan antara Falah dan Damina, yang dianggap kekasih Falah.
Mereka berpisah dengan prasangka yang menebal sehinggalah mereka bertemu kembali lima tahun kemudiannya dalam kedamaian Estet Bukit Dussek. Namun, sekali lagi salah faham tercetus sehingga Zuha tekad untuk menerima lamaran Wassim. Aduhai, saya rasa macam nak luku je Zuha ni. Kenapalah dok buat keputusan terburu-buru? Kesian Falah dan Wassim.
Tapi sebenarnya saya lebih kesiankan Wassim. Uhuk! Bertahun-tahun menyimpan rasa pada si pujaan hati namun bila sudah ada dalam genggaman, baru diketahuinya yang si pujaan hati rupanya mencintai orang lain. Akhirnya si pujaan dalam genggaman terpaksa jua dilepaskan untuk mencari kebahagiaannya sendiri. Sobs.
Komen saya: Phew. Akhirnya dapat juga saya habiskan pembacaan buku tebal ini. Cuti sakit sepanjang minggu lepas memang dimanfaatkkan sepenuhnya untuk menyudahkan pembacaan. Hehe. Hakikatnya ketebalan buku ni tidaklah menumpukan sepenuhnya pada kisah cinta si uda dan dara berdua ini sahaja. Seperti biasa kedua-dua penulis ini turut menyelitkan tentang sejarah, sosio-budaya, ekonomi dan juga sedikit kritikan tentang politik semasa di negara kita. Saya suka bila penulis memberikan kerjaya yang 'biasa-biasa' untuk keduanya walaupun mereka berpendidikan tinggi. :) Sungguh pun ketebalan buku ini agak 'melelahkan', gaya bahasa dan susunan bahas kedua penulis ini berjaya menyelamatkan rasa 'lelah' itu. Terima kasih dan tahniah buat kedua-dua penulis atas kelahiran buku ini. :)
2 comments:
Hai...saya mencari buku ini..tp sudah tiada dipasaran...hihuhu...
Lala Laieyla :
Boleh beli terus drp publisher sebab kalau tak salah mereka tengah buat stock clearance. Ada kemungkinan buku ni takkan reprint nanti. :)
Post a Comment