Monday, June 23, 2014

Anugerah Terindah

Posted by Hajar at 10:59 PM
               
Tajuk:  Anugerah Terindah
Penulis: Sophilea
Penerbit: Intens Idea International Sdn. Bhd.
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman:  594 mukasurat
ISBN: 9789675289286

Ariana Dahlia 
Seorang doktor, anak kepada bekas anggota polis dan juga merupakan adik kepada seorang anggota tentera. Setiap kali cuti Ariana gemar menghabiskan cuti di rumah abangnya, Izzudin berbanding pulang ke rumah ibu bapanya. Pertemuan pertama dengan Kapten Syed Mukhriz (Mukhriz) membuat Ariana bertekad untuk mendekati Mukhriz. Ingat senang nak tembus ke hati Mukhriz tu? Dengan memegang posisi sebagai ustaz di dalam kem, memang sah-sahla ramai peminatnya. Tapi Ariana tetap dengan tekadnya untuk memikat Mukhriz. Salah satu usahanya adalah dengan kerap bertandang ke rumah Izzudin. Memang gedik sungguh Ariana ni. Nampak sangat tersua-sua sedangkan Mukhriz cuma tunjuk reaksi selamba. Kesian pun ada. Mujurlah semangat Ariana ni kuat. Kalau saya memang dahsurrender awal-awal lagi. :P

SMS Mukhriz kepada Ariana:
Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya

"Terima kasih Ustaz Mukhriz. Tunggu rombongan saya ya"
 
- m/s 224

Siapa yang nak meminang dan siapa yang nak kena pinang ni?

Syed Mukhriz Al-Attas 
Pertemuan pertama dengan Ariana mengingatkannya kepada pertemuan 9 tahun lalu. Mereka pernah bertemu dalam perjalanan pulang menaiki keretapi dan juga pernah bertukar novel. Hakikatnya Mukhriz juga tertarik dengan Ariana. Cuma Mukhriz yang tak pandai nak bagi reaksi berlebihan. Yelah, takkan ustaz pun nak tergedik-gedik juga kan? Cuma saya agak kelam dengan karakter Mukhriz ni bila dia sentiasa tekankan yang dia masih belum bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai suami? Err, bukankah menurut hadis, perkahwinan tu menyempurnakan separuh agama? (Maafkan saya kalau saya silap) Kemudian, bila dah yakin dengan rentak hatinya sendiri barulah dia beristikharah. Bila dah pasti dengan petunjuk yang diperolehi barulah Mukhriz melamar Ariana secara beradat.

Mampukah mereka hidup bersama sebagai pasangan bahagia bila Ariana yang terlebih beria mahukan Mukhriz sebagai pemimpin dan imam dunia akhiratnya?

Komen saya:
1. Typo error dan penggunaan kata ganti nama dalam bahasa arab yang tak sesuai. Anta - untuk lelaki, manakala anti - untuk perempuan. Mungkin boleh diperbaiki untuk cetakan akan datang. :) Satu lagi, bila penulis menulis sebutan ayat-ayat al-quran. Bagi saya, ia agak tak sesuai sebab dikhuatiri apa yang disebut tak selari dengan makna sebenar. Lebih molek rasanya kalau letakkan makna sahaja. :)

2. Kisah ini mengingatkan saya kepada Jaja yang jatuh cinta pandang pertama kepada Ustaz Burhanudin. Cuma rasanya Ariana lebih agresif dan lebih berani berbanding Jaja. :) Tapi dari sudut yang lain, saya kagum dengan keberanian dan ketabahan Ariana ni. Tak semua orang mampu menebalkan muka dan berkelakuan macam Ariana ni. :)

3. Saya suka scene bertukar novel antara kedua mereka ni.
Untuk Mukhriz. Semoga suatu saat kita bertemu kembali. - Dahlia 
Dear Dahlia. Semoga jodoh mempertemukan kita semula - Mukhriz.

Sweet kan?

4. Tiada lagi pengulangan frasa yang meletihkan seperti buku terdahulu penulis. ;)

5. Last but not least, tahniah buat penulis atas terbitnya kisah Ariana dan Mukhriz ini. Moga dilimpahi ilham untuk menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang.

2 comments:

Unknown said...

Hohohoo...sungguh nakal cerita ni! Saya sungguh terhibur! Tak rugi baca hokey!!

Sufi

Nur Indahyati said...

Bagaimana caranya nak beli Novel ni?

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review