Sunday, June 23, 2013

Epik Cinta Dari Agia - Pingu Toha

Posted by Hajar at 10:52 PM

Tajuk: Epik Cinta Dari Agia
Penulis:  Pingu Toha
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman: 373 mukasurat
ISBN: 9789670201610

Setelah 12 tahun memerintah, Firus, Maharaja ke 44 Ophir berhasrat untuk turun takhta dan memberi laluan kepada penggantinya, Alanah, seorang puteri dari kota Sabak.

Sebelum tu kita bongkar dulu sejarah Ophir ni. Ophir pernah berada di bawah kekuasaan Orkal selama beberapa ratus tahun kerana dendam kesumat dan juga cinta tiga segi antara Amar, Flora dan Aril. Tak tahan dengan cengkaman kuku besi pemerintahan Orkal, rakyat Ophir bangkit dengan semangat baru. Di bawah pimpinan Maharaja Firus yang ketika itu baru berusia 17 tahun, mereka berjaya memerdekakan bumi Agia dari cengkaman kerajaan Orkal.  

Alanah, Puteri Sabak yang bakal mengganti Firus ni sebenarnya berat hati untuk menerima tanggungjawab ini. Tapi, demi meneruskan legasi pemerintahan berdaulat, Alanah terpaksa bersedia untuk dipersiapkan sebagai pemimpin tertinggi Ophir.

Rupanya dalam ketenangan dan kemakmuran Bumi Agia, pemimpin Orkal sedang bersiap siaga untuk menakluk dan merampas kembali kekuasaan di Tanah Agia. Gehara, Maharaja Orkal masih berdendam dengan Firus yang telah menewaskan ayahandanya 12 tahun lalu. Baginda mula menyusun strategi untuk menakluk Ophir kembali. Huh..

Memang betul kata penulis, hati itu yang paling sukar untuk diperintah. Walau macam mana baik ia dididik, kadangkala ia lebih suka mengkhianati tuannya. Mungkinkah sejarah Aril, Flora dan Amar bakal berulang lagi kepada Firus, Alanah dan Kama? Huhu. Saya cuma harap yang Kama akan jadi individu yang bawa arus perubahan pada bumi Agia nanti. :)

Komen saya : Mula-mula baca buku ni memang tak sangka ia adalah hasil karya penulis lelaki yang selama ni cuma menulis karya-karya yang comel dan manis. Sungguh! Gaya bahasanya agak berbunga dan agak klasik. Permulaan kisah juga bermula dengan agak perlahan dan kemudiannya berakhir dengan keterujaan. Tapi tak kesampaian. Ish. Sebab bila tamat baca buku ni saya rasa macam nak tanya penulis, kenapa endingnya macam tergantung? Harap ada sekuel ya enche' penulis. Jangan biarkan pembaca tertanya-tanya. Sebab banyak persoalan yang memerlukan jawapan. Saya nak tahu apa yang jadi pada Firus, Alanah, Evene dan juga Adini. Oh, tak lupa juga misteri Pulau Amara di tengah Laut Cehipa. Apa benar wujudnnya Kesumat, penunggu di Pulau Amara? Haish. Apa pun, tahniah buat penulis sebab percubaan berani beliau menulis kisah epik sebegini. Cuma kalau ada glosari atau sedikit gambaran untuk sesuatu objek yang digambarkan dalam penceritaan mungkin lebih molek untuk imaginasi dan gambaran semasa pembacaan. :)

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review