Saturday, June 1, 2013

Cerpen - Khairulnizam Bakeri

Posted by Hajar at 11:17 PM
Tajuk: Cerpen
Penulis: Khairulnizam Bakeri
Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 18.90
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 259 mukasurat
ISBN: 9789670374208


Ini adalah himpunan kisah-kisah pendek yang kata penulis, terhasil daripada tabiatnya yang suka mengelamun dan memerhati. Oh, tapi ada juga yang katanya berdasarkan kisah benar.

Ada 17 kisah pendek yang terkandung dalam Cerpen ni dan setiap satunya membawa kisah yang tersendiri. Dari kisah kontemporari hingga ke kisah klasik. Lengkap. Antara kisah yang saya suka dalam ni :-

1. Rahsia -  Ini kisah eksperimentasi sosial oleh sepasang suami isteri pemilik kopitiam ke atas pelanggan mereka. Kira macam permainan truth or dare la. Cuma kedua suami isteri ni pergunakan rahsia pelanggan yang diketahui mereka selama ini untuk blackmail mereka dengan racun supaya mereka berterus terang tentang rahsia hitam yang mereka simpan untuk dapatkan antidot racun tu. Huish, mengerikan kalau jumpa orang macam ni. :-/

2. Jenazah - Ha, yang ini memang agak menarik sebab tak pernah terfikir dan tahu yang bila ada jenazah / mayat  yang dihukum gantung (terutamanya untuk high profile case), ada pegawai polis yang kena escort / awasi untuk elakkan perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Dan tak sangka juga ada sesuatu yang berlaku masa Rushdan (pegawai polis bertugas) mengawasi mayat seorang pembunuh kanak-kanak.

3. Ingatan - Kerinduan seorang suami pada isteri kerana dipisahkan setelah ditimpa kemalangan yang hampir meragut nyawa. Gara-gara ibu mertua yang tak sukakan menantu pilihan anak perempuannya Paling malang, si isteri rupanya mengalami amnesia dan tak ingat langsung tentang kewujudan si suami.  

4. Puncak - Pemalsuan kematian Presiden Malaysia yang kononnya berkorban untuk parti. Huh. Masa saya baca kisah ni terus teringat kekecohan pilihanraya baru-baru ni. Hmmph. Yang paling tak sangka Hanis Herman dah jadi Malaysia's 1st Lady dalam kisah ni. :)

5. Nikah - Kubur Mak Melor masih merah tapi Pak Maun dah sibuk nak menikah. Dengan perempuan yang sebaya anaknya pulak tu. Ish Ish.. Malam pertama berakhir dengan tragedi bila si isteri ditemui mati keesokan harinya. Persoalannya, siapa pembunuhnya? Suspek utama? Tentulah ketiga-tiga anak Pak Maun. Masing-masing ada motif untuk membunuh ibu tiri mereka. Dan sekali lagi kita dipertemukan dengan Inspektor Paul and his sidekicks untuk selesaikan kes ini. :)

Banyak lagi cerpen yang saya suka. Tapi cukuplah lima. Nanti letak banyak-banyak orang tak mahu beli buku pulak kan? :P

Komen saya: Semenjak membaca karya pertama penulis ni saya dah jadi sangat selektif dalam memilih bahan bacaan. Penat dah kot baca kisah dengan plot tipikal yang berulang. Kiranya himpunan kisah pendek ni memang penyelamat mood membaca saya. :) Terima kasih ya enche' penulis. Moga makin banyak ilham untuk menulis kisah-kisah non-typical macam ni. 

2 comments:

Ayu dzulkarnain said...

Nk carilah :)

Hajar said...

Ayu dzulkarnain :
Babe, kalau dah rasa bosan dgn plot cerita yg sama je dok berulang, mehla cari buku ni. :D

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review