Wednesday, June 12, 2013

Skandalous Ika : Cinta Berani Mati - Haswida Abu Bakar

Posted by Hajar at 10:45 PM

Tajuk:  Skandalous Ika : Cinta Berani Mati
Penulis:  Haswida Abu Bakar
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman: 442 mukasurat
ISBN: 9789670201726


Zulaikha Mat Ayob (Ika), seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Datang ke negara orang demi memenuhi cita-citanya dan dalam masa yang sama juga ingin berada dekat dengan buah hatinya, Khaleef Idil (Idil). Tapi tak lama kemudiannya Idil memutuskan perhubungan mereka atas kesedaran dirinya yang tak mahu berhubungan dengan berlainan jantina sebelum berkahwin. Niat memang bagus. Cuma caranya yang tak berapa tepat.

Kekecewaan Ika membawa Ika mengenali Ray. Sebelum itu Ray ni sebenarnya adalah bapa kepada kembar yang diasuh oleh Ika setiap kali Zila, isteri Ray terpaksa menghadiri seminar atau pembentangan kertas kerja di luar daerah. Ray dan isterinya ni pelajar PHD. Memang pada mulanya mereka rapat sebab si kembar tu. Lama-kelamaan, rasa yang lain tumbuh sama. Haila..

Ika terima Ray sebab dia nampak Ray tu macam jambatan untuk dia hidup mewah. Dia dah jenuh hidup susah dari kecil. Jadi bila ada peluang depan mata, takkan senang-senang nak dilepaskan? Walaupun rakan-rakan rapat Ika menentang hubungan mereka ni Ika tak peduli. Padanya selagi dia masih menjaga batas pergaulannya dengan Ray, hubungan mereka masih boleh disembunyikan dari pengetahuan umum. Huh. Yang tak seronoknya nampak Ika ni macam pisau cukur je. Apa yang Ray hadiahkan, semua diterima dengan tangan terbuka. Haish.

Tiba-tiba Idil datang melamar Ika. Idil menyesal memutuskan hubungan mereka bila tahu yang Ika terjebak dengan hubungan bersama suami orang. Jadi dia rasa bertanggungjawab untuk melindungi Ika. Antara Idil dan Ray, siapa yang jadi pilihan Ika? Idil yang direstui oleh keluarga Ika atau pilih Ray untuk hidup mewah?

Komen saya: Saya suka jalan cerita kisah Ika ni. Cuma saya terpaksa akui yang saya tak begitu gemarkan watak Ika ni. Luarannya memang nampak terdidik dengan agama. Itu memang tak dinafikan. Cuma dia mudah terleka dan hanyut dengan harta dunia. Kalau tak, takkanlah dia boleh sanggup nak jadi isteri kedua Ray semata-mata sebab nak hidup senang dan mewah? Aduhai.. Tapi saya rasa sebenarnya penulis nak educate pembaca, jangan mudah terleka dan terlalai dengan godaan dunia ni. Satu lagi perkara yang penulis dok tekankan dalam buku ini juga adalah perihal ghibah atau mengumpat. Tak kira setinggi mana ilmu kita, kalau tak jaga hati kita sebaiknya, itulah yang bakal terjadi. Bila sikap hasad dengki merasuk diri, mulalah tersebar cerita yang tak sepatutnya. Daripada mengumpat boleh jadi fitnah. Haish. Nauzubillah. Tahniah dan terima kasih buat penulis atas peringatan yang dikongsi. Moga terus dilimpahi ilham untuk karya-karya seterusnya. :)

3 comments:

haswida abu bakar said...

Terima kasih atas ulasan yang manis ini Hajar. Boleh saya copy paste untuk letakkan di facebook saya?

haswida abu bakar said...

Terima kasih atas ulasan yang manis ini Hajar. Boleh saya copy paste untuk letakkan di facebook saya?

Hajar said...

haswida abu bakar :

Terima kasih kembali. :). Silakan kak. Tak ada masalah bagi saya kalau perkongsian untuk kebaikan. :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review