Saturday, January 18, 2014

Jangan Benci Cintaku

Posted by Hajar at 9:47 PM
Tajuk:  Jangan Benci Cintaku
Penulis: Emy Roberto
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  500 mukasurat
ISBN: 9789671192597

Rafeeqa Huda (Rafeeqa) terpaksa berkahwin dengan Shahrizal Hayrat (Shahrizal), calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda dan mentah. Dan oleh sebab itu, bila dapat peluang melanjutkan pelajarannya ke luar negara (Sunderland), Rafeeqa tak berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut. Muda lagi, haruslah masih nak enjoy kan? Walaupun Shahrizal berat hati, namun terpaksa juga dilepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.

Pada awalnya, layanan Shahrizal memang first class. Apa sahaja kehendak Rafeeqa diturutkan. Iyalah, orang sayang isteri. Namun, tahun terakhir Rafeeqa di Sunderland mengubah segalanya. Rupanya Shahrizal sudah temui pengganti yang ‘konon’nya lebih baik daripada Rafeeqa. Aduhai. Kepulangan Rafeeqa membongkar segala kecurangan Shahrizal. Masa ni memang dah start emosi pada Shahrizal. Bukan apa, isteri bukan main gigih menghabiskan pengajian, dia sibuk bermain cinta dengan perempuan lain. Grrr!

Memang tak mudah menjadi seorang Rafeeqa. Dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan (sepupu Rafeeqa) yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran. Kalau bukan Rafeeqa rasanya orang tu dah selamat bertarik rambut dengan Husna. Iyalah, suami kot. Takkanlah nak biarkan orang rampas suami sendiri? Huish.

Cuma bagi Rafeeqa, dia sedar kedudukan dirinya di sisi Shahrizal. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Mungkin Shahrizal tak pernah cintakan dirinya seperti mana dia mencintai Shahrizal. Huhu. Sedih. Jadi, mungkinkah perkahwinan mereka berjaya diselamatkan atau Rafeeqa terpaksa mengalah dengan kehendak Shahrizal?

Komen saya: Saya suka watak wanita survivor dan diva macam Rafeeqa ni. Tak mudah rapuh dan goyah dengan dugaan yang mendatang. Ya, bukan mudah. Tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk jadi positif daripada menangisi nasib sendiri. Masalah utama mereka berdua ni sebenarnya komunikasi je. Kalau dari awal keduanya berterus terang memang Shahrizal tak sempat mengayat orang lain dan Husna takkan muncul antara mereka. Dan semestinya tak jadi cerita dah kot? Haha. Oh, lupa pulak. Mia Shaza yang comel tu ada juga terselit dalam kisah ini. Yippie! Tapi kesian Uncle Sawi. Asyik tersalah jatuh cinta je. Bilalah dia nak jumpa jodoh dia pulak ni? Hihi. Apa pun tahniah Emy untuk JBC. Hope this is not the final book from you. Moga lebih banyak ilham untuk berkarya. Also thanks for the book. Lama peram sebab dah pernah khatam versi blog. Rupanya banyak penambahbaikan dalam versi buku. Rugi peram! :)

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review