Friday, January 31, 2014

Isteriku 19 Tahun

Posted by Hajar at 8:45 PM
 
Tajuk: Isteriku 19 Tahun
Penulis: CikGadis
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 587 mukasurat
ISBN: 9789670246642

Akif dan Zuyyin tak pernah sangka mereka akan disatukan atas permintaan datuk mereka. Hubungan mereka tak pernah aman sedari awal. Lebih-lebih lagi Zuyyin ni memang jadi kebencian ibu Akif sedari dulu. Sejarah hitam yang berlaku dalam keluarga mereka menjadi penyebab kebencian. Jadi, memang nampak mustahil sangat penyatuan mereka berdua ni.

Bagi Akif pula, bukan setakat perasaan ‘tak suka’nya pada Zuyyin yang memustahilkan hasrat datuknya. Tapi lebih pada menjaga perasaan Aiman, abang kesayangannya yang memang sukakan Zuyyin. Namun, atas dasar menghormati permintaan datuk yang telah pergi, mereka tetap disatukan. 

Memang menjadi cabaran buat keduanya selepas berkahwin. Iyalah, macam mana gadis berusia 19 tahun nak sesuaikan diri jadi seorang isteri seorang lelaki yang tak pernah sukakan dia? Tapi lama kelamaan perasaan tak suka tu bertukar menjadi suka antara mereka. Bila masing-masing dah mula sedar perasaan sendiri memang mudahlah perjalanan hidup mereka.

Cuma yang menjadi kegusaran Akif adalah kalau-kalau Aiman menuntut janji Akif yang kononnya mahu kembalikan Zuyyin selepas keputusan peperiksaan STPM Zuyyin di kala hatinya sudah pasti dengan perasaannya terhadap Zuyyin. Berjayakah Akif mempertahankan perkahwinannya bila kebencian si ibu terhadap isterinya sangat menebal?

Komen saya: Cerita ni memang agak menarik di permulaan. Sebab seronok mengikuti perkembangan hubungan mereka yang macam anjing dan kucing sedari mula. Biarpun tak disukai, Zuyyin tetap tabah mengharungi semua kata-kata sinis Akif. Lagipun Akif ni takdelah teruk sangat pun. Jaga gengsi je lebih. Haha. Tapi graf pembacaan mula merudum bila adakalanya saya rasa Akif ni tak bertindak matang seiring usia dia. Bila ada masalah dengan Zuyyin, kena ada orang tengah yang jadi pendamai. Aduhai... Walaupun nampak kebudakan, saya masih mampu menghadamkan kisah ini dengan baik. Tahniah buat penulis atas kelahiran buku ini. Terbit juga buku ni setelah sekian lama menanti. Moga lebih banyak lagi kisah lain yang bakal menyusul selepas ini. :) 

2 comments:

Siti Aisyah Mohamad Akhir said...

mcm best...nk bli mcm mne

Hajar said...

Siti Aisyah Mohamad Akhir :

Boleh order terus dengan Karyaseni. :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review