Tajuk: Tic Tac Toe
Penulis: Jill Naura
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 477 mukasurat
ISBN: 9789670508535
Perkahwinan memang belum ada dalam agenda hidup Fikhri. Apatah lagi
bergelar suami kepada wanita yang sepatutnya menjadi kakak iparnya.
Disebabkan
kecewa dengan kecurangan kekasihnya, Fikhri memberi kata dua kepada
Afrina sama ada untuk mengaku kesalahannya atau Fikhri menerima cadangan
kedua ibu bapanya untuk berkahwin dengan calon pilihan mereka sekaligus
menamatkan hubungan cinta mereka.
Sandiwara Fikhri akhirnya
jadi kenyataan bila dia terpaksa menggantikan tempat Fakhri untuk
berkahwin dengan Zhila. Keluarga mereka menganggap Fakhri melarikan
diri kerana tak mahu berkahwin dengan Zhila. Hakikatnya Fakhri diculik
oleh orang upahan Afrina. Part ni memang macam kartun sikit
sebab cerita Fakhri tentang dia diculik tu memang tak logik. Penculik
tak minta tebusan dan kemudian tinggalkan orang yang diculik untuk
melepaskan diri sendiri. Haha. Tapi, cakap apa pun dah tak guna sebab
Fikhri dah selamat jadi suami Zhila.
Bermulalah hidup baru Fikhri
dan Zhila. Awalnya memang nampak Fikhri ni okay, layan Zhila dengan
baik walaupun kadangkala datang juga angin membulinya tu. Zhila pun
sabar je layan kerenah Fikhri di samping cuba untuk terima sekaligus
menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka ini. Tapi bila Fikhri
mula berbaik-baik dengan Afrina, segalanya jadi kucar-kacir. Hidup
mereka memang dah macam permainan tic tac toe gara-gara
kedangkalan pemikiran Fikhri. Rasa nak luku je Fikhri ni. Dah dapat
isteri yang baik macam Zhila tu pun ada hati nak cari Afrina yang hampeh tu. Haish.
Jadi, adakah salah seorang daripada mereka beralah atau kedua-duanya menyerah kalah kepada perasaan mereka?
Komen saya:
1.
Sangat tak suka Fikhri. Ego, perasan bagus dan asyik nak menang. Lagi
menyampah bila ego dia naik menjulang sebab Zhila selalu beralah dengan
sikap dia. Hish! Mujurlah, dia akhirnya sedar juga tentang perasaannya
sendiri.
2. Suka Zhila. Sebab karakter dia yang lembut tapi
tegas. Sungguh pun suami buat hal, dia masih mampu berdiri teguh tanpa
tunjuk kelemahan sebagai seorang perempuan.
3.Suka karakter Datuk
Fakhrul, ayah Fakhri sebab dia pandai memanipulasi kelemahan Fikhri.
Haha. Anak dia kan? Mestilah dia tahu tang mana kelemahan anak dia.
4. Suka Gebu-Gebu. Ehhh? Haha
5.
Cerita ni agak keanak-anakkan sedikit. Bukan apa, memang terserlah sisi
tak matang Fikhri tu bila dok bertarik tali dengan Zhila. Patutnya
sebagai suami dialah yang kena jadi pemimpin kan? Ini dia pula yang
tolong melingkupkan rumah tangga sendiri. Haish.
6. Saya belum
berkesempatan untuk baca karya pertama penulis, maka tak dapatlah nak
bandingkan keduanya. Apa pun, tahniah untuk kelahiran karya kedua ni.
Moga terus dikurniakan ilham untuk berkarya. :)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
1 comments:
Haaa...betul2! Bab ayah fikhri memanipulasikan anaknye tu mmg best! Haha..rasakan! Tpkan fikhri ni bgs juga. Pandai masak masakan utk Gebu2.. :)
Post a Comment