Friday, May 23, 2014

Kekasih Untuk Dia

Posted by Hajar at 9:39 PM
Tajuk:  Kekasih Untuk Dia
Penulis: Nueen
Penerbit: Teratak Kasih Publication
Harga: RM28.00
Sabah/ Sarawak: RM 31.00
Halaman:  596 mukasurat
ISBN: 9789671246108

Azian Yuhanis (Azian)

1. Lurus bendul. Memang jenis terima aje apa yang disampaikan kepadanya. Tak pandai konar sana sini. Betul ke tidak ke semua dia terima. Selalu jadi mangsa sakat dan buli Hazrul. Haha. Paling saya ingat soalan ni;

Hazrul: Apakah persamaan antara ikan, gitar dan awak?
Azian : (geleng kepala tanda tak tahu jawab)
Hazrul : Tiga-tiga boleh digoreng!
(m/s: 276)

2. Blur campur sengal. Kalau saya jadi Hazrul agaknya dah lama saya luku dia laju-laju. Penat sungguh beri hint macam-macam, dia boleh buat tak faham. Ialah, mungkin dia tak mahu orang cop dia mudah perasan. Kalau sekali dua mungkinlah boleh kata orang tu bergurau, ini boleh katakan setiap kali jumpa mesti ada je hint yang si Hazrul ni beri. Tapi tak faham-faham juga. Haih...

3. Baik hati. Dalam kelurusan dan kebendulannya itu Azian ni jenis hati bersih. Tak berprasangka (kecuali dengan Hazrul la. Haha). Baik kena buli mahupun kena marah pasrah je dia menadah. Kena pukul dengan mak cik dia yang kejam tu pun dia tahan je. Aduhai. Tabah bebenar ye Azian?


Hazrul Effendi (Hazrul)

1. Sekali pandang memang macam tipikal hero melayu dalam drama. Segak, bergaya, berjawatan tinggi (CEO), anak orang kaya bla bla bla.. Tapi sayangnya jatuh cinta dengan perempuan blur macam Azian. Haha. Dia pun jadi sengal sama. Dah tau dapat awek blur, cubalah berterus terang dari awal. Tak adalah dah dekat nak menikah baru Azian sedar yang Hazrul betul-betul sayangkan dia. Haish.

2. Seperti kebanyakan watak hero yang dicipta penulis, sikap kerek hero mesti tak tinggal. Hazrul ni pun digambarkan sebagai ketua yang tegas dan sombong. Tapi sikapnya berubah bila bersama Azian. Dari sikap yang garang macam singa terus berubah 360 darjah. Memang betullah, Azian seorang aje yang mampu menjinakkan Hazrul. Haha.

3. Ada bagusnya juga sikap tegas Hazrul ni. Dia tau apa yang dia mahu. Tak rela hidupnya diatur sewenang-wenangnya, dia tekad mengatur rancangan yang bakal mengubah 100% hidupnya dan pastinya turut sama melibatkan Azian.

4. Oh, ini tambahan. Hazrul ni dah macam guardian angel buat Azian. Boleh dikatakan setiap apa yang berlaku dalam hidup Azian dapat diketahuinya. Sehinggakan kesusahan Azian pun dapat dirasainya. Sanggup cipta alasan untuk suruh Azian jaga 'kunci' semata-mata untuk beri Azian upah bila dia tahu Azian mengalami kesempitan kewangan. Huhu.

Komen saya:

1. Serius saya suka pasangan ni. Seorang blur dan sorang lagi sengal. Memang padan sangatlah. Hahaha.

2. Saya suka ketegasan Hazrul. Dia tahu apa yang dia mahu dan tak teragak-agak untuk pertahankan apa yang dia mahu. Mungkin perancangan dia nampak agak 'luar alam', tapi kalau dia tak bertindak memang terlepaslah kebahagiaan yang didamba selama ini. Tapi apa pun, matlamat tetap tidak menghalalkan cara ya, anak-anak? :)

3. Ada selitan keinsafan dan kesedaran bahawa apa yang mereka lakukan (duduk serumah tanpa ikatan halal) itu salah. Walaupun tak terkesan sangat tapi at least ada juga, untuk tunjukkan mereka sedar apa yang mereka buat tu bertentangan dengan hukum agama.

4. Kalau ada yang perasan, dalam bab 33 ada dinyatakan yang pembantu rumah mereka diberikan cuti selama 2 minggu. Kemudiannya dalam bab 35 tiba-tiba ada pembantu rumah menghulur telefon kepada Azian. Dan babak ini berlaku pada hari kedua selepas Azian bergelar isteri. Haish, misteri ni...:-/

5. Seronok baca kisah mereka ni tapi macam yang saya pernah beritahu sebelum ni, scene yang terlebih gula ni bukan keutamaan yang saya cari dalam sesebuah buku yang saya baca. Saya suka cerita yang manis, tapi bukan dengan gula tambahan. Terima kasih. :)

6. Tahniah buat penulis atas kelahiran kisah ini dan atas usaha menerbitkannya sendiri. Moga terus berkarya. :)

4 comments:

Nik Ainaa said...

sis nak tny. novel ni hero heroin kahwin lambt ke? kisah cinta couple gitu?

Hajar said...

Nik Ainaa:

Sorry lambat reply. diorang bukan kisah couple yg bercinta pun. Lelaki ni kira macam perangkap heroin utk setuju berkahwin dengan dia sebab lelaki ni memang suka heroin. Tapi sebab heroin blur yang teramat, maka jadilah ceritanya begini. :)

norzalina sulaiman said...

Mana nak dapat buku ni..kat kedai tak de

Hamizah Hashim said...

salam sis, ada jual lg x buku ni?

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review