Tajuk: Dari Mata Turun Ke Hati
Penulis: Naurah Iman
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman: 549 mukasurat
ISBN: 9789670508641
Comel. Walaupun rasa macam gedik je bila kecik-kecik lagi Emir Eshan (Eshan) dah sibuk nak chup
anak dara orang. Haish. Ni gara-gara Ben, abang Eshan yang suka
menakut-nakutkan Eshan. Katanya, disebabkan badan Eshan yang gempal tu
nanti susah nak dapat jodoh. Jadi kena chup jodoh cepat-cepat.
Haila.. Pemikiran kanak-kanak. Tanpa berlengah Eshan terus jumpa Pakcik
Salman semata-mata untuk ‘melamar’ Nur Zaara Aimy (Zaara). Eshan fikir
‘lamaran’ itu hanya diketahui oleh Ben dan Pakcik Salman, tapi rupanya
turut diketahui kedua ibu bapanya. Jadi bila Eshan belum menunjukkan
tanda mahu berumahtangga walaupun usia dah semakin meningkat, kedua ibu
bapanya bercadang untuk meneruskan ‘hasrat’ Eshan itu. Hehe.
Zaara
pula digambarkan sebagai seorang yang bercita-cita tinggi. Sejak kecil
sudah disemat dalam hatinya bahawa dia mahu bergelar jutawan suatu hari
nanti. Namun cita-citanya selalu dipandang rendah disebabkan
kegagalannya di dalam bidang akademik. Sedih. Rasa rendah dirinya masih
terbawa-bawa hingga dewasa walaupun dia sudah berjaya sebagai seorang
usahawan. Dan itu juga yang ditekankan kepada kedua ibu bapanya semasa
menimbangkan untuk menerima lamaran Eshan.
Orang kata kalau dah
jodoh tak ke mana. Eshan dan Zaara akhirnya disatukan dengan restu
kedua-dua buah keluarga. Memang nampak betapa kekoknya mereka berdua ni
nak memulakan hidup bersama sebab mereka memang tak pernah kenal antara
satu sama lain. Berkat toleransi dan kesabaran antara keduanya mereka
mampu hidup secara harmoni. Cuma itulah, bila si isteri sudah pasti
dengan perasaan terhadap suami, si suami pula bermasam muka kerana
berasa tertipu dengan hakikat kerjaya isteri. Aduhai, rasa nak luku
laju-laju je Eshan ni. Sebelum kahwin tak mahu siasat habis-habisan.
Bila dah tahu hakikat sebenar mulalah nak rasa rendah diri, konon tak
mahu dikata mengikis harta isteri. Dia tak fikir pula yang dia dah
sakitkan hati isteri sendiri? Huh! Uish, ter‘emo’... :P
Nasihat Ameer Hakimi kepada Eshan , “Cinta
itu bukan melemahkan tapi menguatkan, cinta itu bukan menyedihkan tapi
menggembirakan dan cinta itu bukan memiliki tapi membebaskan kerana
cinta itu datang bersama tanggungjawab.”
Komen saya:
1.
Suka dengan keazaman Zaara. Kegagalan akademik tak bermakna kita gagal
dalam hidup. Ilmu Allah tu luas dan kita digalakkan untuk cari ilmu
sepanjang hidup. Yang bagusnya Zaara tak pernah gunakan alasan kegagalan
akademiknya itu untuk berputus asa daripada mencapai impiannya. :)
2.
Saya turut tersentuh bila Pakcik Salman kesal dengan apa yang diluahkan
kepada Zaara setiap kali Zaara gagal dalam peperiksaan. Disebabkan
kata-katanya itu rasa rendah diri Zaara tak pernah surut walaupun sudah
bergelar usahawan berjaya. Aduhai, ingat tau ibu dan ayah sekalian,
patutnya doakan yang baik-baik je untuk anak-anak. Jangan sampai jadi
macam Zaara ni. Rasa terkilan dan rendah dirinya terbawa-bawa sampai
dewasa. :(
3. Penulis masih lagi mengekalkan suasana
kekeluargaan dan persahabatan yang harmoni di kalangan watak yang
ditampilkan. Hubungan Zaara dan adik-adiknya sangat erat biar pun jurang
pendidikan mereka berbeza. Manakala hubungan Eshan dan Ben pula memang
rapat semenjak kecil walaupun selalu dibuli Ben. Haha.
4. Kagum
dengan tahap kesabaran Eshan. Rela jadi mangsa buli Ben. Jarang nampak
dia marah. Entah kenapa tiba-tiba sifat penyabarnya hilang bila dapat
tahu isteri lebih berharta daripada dirinya. Ego mungkin? Siap merajuk
sampai sebulan. Huh. Mujurlah dikurniakan pasangan yang penyabar dan tak
berkira macam Zaara tu. :) Tapi kan, macam ada yang tergantung bila teringat tentang cincin Eshan yang tercicir di rumah tu. Hmmm...
5. Kemunculan Sara dan Ameer (Kalau Jodoh Tak Ke Mana) bersama anak-anak kembar mereka pasti mengubati kerinduan anda. :)
6.
Sebuah bacaan santai untuk yang tak gemarkan konflik berat. Memang
ala-ala angin sepoi-sepoi bahasa bertiup aja. Hahah :) Tahniah buat
penulis atas kelahiran karya kedua ini. Moga dilimpahi ilham untuk terus
berkarya. :)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
0 comments:
Post a Comment