Tuesday, August 13, 2013

Secangkir Kopi Karamel - Ijazati Habib

Posted by Hajar at 10:49 PM
Tajuk: Secangkir Kopi Karamel
Penulis: Ijazati Habib
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  492 mukasurat
ISBN: 9789670508290

"Seumur hidup saya, saya selalu nampak ayah kawan-kawan saya usap kepala mereka. Tapi papa saya tak pernah usap kepala saya. Boleh awak usap kepala saya macam tadi?" - m/s 160


Hidup Irdina tetap penuh warna-warni walaupun tersisih daripada perhatian seorang ayah. Kehadiran Yushah bagaikan pengganti kepada kasih sayang keluarganya. Manakan tidaknya, Yushah, senior yang dikenali sejak di sekolah menengah memang banyak membantu dan mengambil berat tentang Irdina. Disebabkan perhatian yang diberikan oleh Yushah itulah yang menyebabkan Irdina mula menyimpan rasa. Namun bila disuarakannya pada Yushah, terus kena reject. Alasannya, Yushah tak boleh terima konsep perigi cari timba ni. Huh. Dasar lelaki ego!

Perkenalan Irdina dengan Rayyan pula bermula bila Irdina tak sengaja 'menampar' Rayyan dengan pendayung kayak. Rentetan peristiwa itu Rayyan mula menjejaki Irdina untuk menuntut hutang kemaafan. Haha. Siap buli Irdina siapkan assignment dia lagi tu. Pengakhirnya Irdina tak buat pun assignment Rayyan tu dan hubungan mereka terhenti setakat itu.  

Selepas beberapa tahun Irdina bertemu kembali dengan Rayyan. Disebabkan Rayyan ni dah jadi artis popular, pertemuan demi pertemuan secara tak sengaja antara Rayyan dan Irdina mula menimbulkan gosip-gosip liar di blog hiburan terutamanya di blog Kak Montel. Adoi. Geram je bila baca gosip-gosip Kak Montel tu. Penyudahnya Rayyan melamar Irdina untuk dijadikan isteri. Pada awalnya cadangan tu ditolak Irdina, namun akhirnya Irdina bersetuju juga bila dia terdengar kata-kata Yushah yang memburukkannya. Heh, ingat Irdina ni tak laku sangat?

Perkahwinan mereka tetap berlangsung walaupun Yushah dan ahli keluarga Irdina tak bersetuju dengan pilihan Irdina. Perkahwinan yang nampak agak 'terpaksa' pada mulanya ni memang membahagiakan keduanya. Tanpa pet-names yang bombastic pun hubungan mereka berdua ni tampak manis. :) Lumrahlah turun naik dalam mana-mana hubungan pun kan? Dugaan melanda bila Irdina disahkan menghidap barah otak tahap dua. Sobs. Oh, jangan bimbang. Tiada kematian dalam kisah ini. Cuma pengakhiran yang agak menduga kesabaran Rayyan sebagai seorang suami.

Komen saya: Benarlah hidup mereka ibarat kopi dan karamel. Seimbang pahit dan manisnya. Saling melengkapi.  Memang tak sangka. Permulaan kisah yang ceria rupanya berakhir sebegitu rupa. Lumrah kan? Dalam hidup kita tak semuanya bahagia dan gembira selalu. Haish. Tapi saya suka dengan cute couple ni. Tak perlu ayat-ayat manis bergula untuk buatkan mereka nampak manis. Tahniah buat penulis. Moga lebih banyak ilham untuk kisah-kisah seterusnya :)  Pengakhiran cerita ni buat saya rasa nak menonton filem 50 First Dates semula. Huhu.  

2 comments:

ALONG NANI said...

Saya pun dah habis baca buku ni sebelum raya hari tu. Cerita mereka memang sesuai dengan tajuknya. Tak sangka dalam sweet permulaan cerita bila diakhirnya hebat betul dugaan mereka. Bila bab akhir tu memang menitis air mata saya la. Tabah betul Rayyan tu, Yang di ingati Irdina hanya kucing gemuk tu :))
Selamat hari raya Hajar. masih dalam bulan Syawal lagi

Hajar said...

Along Nani:
Ehehe, Selamat Hari Raya awak. Kira valid juga kan wish walaupun dah masuk Aidiladha ni. Haish, lambat sungguh nak membalas komen-komen ni. :)

Setuju. Memang sesuai. Cuma saya rasa gaya bahasanya agak kurang matang sikit kot berbanding buku pertama dulu.

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review