Tajuk: Terlerai Kasih
Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM28.00
Sabah/ Sarawak: RM 31.00
Halaman: 858 mukasurat
ISBN: 9789670246192
Hati yang retak bisa bercantum. Terlerai kasih kita mungkinkah akan bersambung?
Agak lama juga saya ambil masa untuk menyudahkan pembacaan buku ini. Bukan apa, ambil masa nak neutralkan semula emosi yang berkecamuk masa baca buku ni. Hehe.
Kisah cinta Nur Wafiah (Wafiah) dan Ilham Fitri (Ilham) ni banyak sangat ranjaunya. Tapi bukan sebab halangan orang ketiga ataupun halangan keluarga. Cuma salah faham dan masalah komunikasi ni yang buat kita pembaca ni rasa macam nak tolong
clarify bagi pihak depa yang dok salah faham ni. :)
Ilham jatuh cinta pandang pertama dengan Wafiah bila pertama kali datang berurusan di syarikat tempat Wafiah bekerja. Nak menawan hati Wafiah ni bukannya senang. Tahap nak cairkan ais kutub jugalah gayanya. Sebabnya Wafiah ni datang dari latar belakang keluarga yang ada sejarah pahit. Jadi, Wafiah memang pagar hatinya setinggi mungkin supaya tak mudah jatuh cinta setelah bekas teman lelakinya, Fazlee meninggalkan dirinya atas sebab sejarah silam keluarganya itu.
Tapi Ilham bukanlah orangnya yang mudah berputus asa. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku antara mereka berjaya membuatkan Ilham Fitri melembutkan hati seorang Nur Wafiah dan mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin. Wafiah pada mulanya agak risau dengan penerimaan keluarga Ilham berjaya diyakinkan oleh Ilham yang keluarganya tidak memandang sejarah silam keluarga Wafiah itu.
Bahagia yang dikecapi Wafiah bagaikan direntap sekelip mata bila Ilham bercadang untuk membatalkan perkahwinan mereka. Alasannya, dia rasa tertipu dan tak betul-betul mengenali Wafiah walhal pada awalnya Ilham dah menegaskan bahawa tempoh perkenalan bukanlah penting dalam hubungan mereka. Namun, mereka berkahwin juga dengan perjanjian untuk bercerai selepas majlis di rumah Wafiah. Selepas berkahwin, barulah Ilham ni nak buka mulut bertanya dan menyelesaikan permasalahan mereka. Salah faham yang berlaku hanya kerana Fatehah, setiausaha Ilham (yang juga tunang Fazlee) termakan kata-kata Zura (teman sekampung Wafiah) dan kemudian menyampaikan cerita buruk tentang Wafiah dan Fazlee kepada Ilham. Phew. Lega sekejap.
Jangan sangka mereka sudah berbahagia bila permasalahan tu dah selesai. Lepas majlis menyambut menantu di rumah keluarga Ilham, badai datang melanda lagi dalam hubungan mereka. Akibat SMS berbaur fitnah yang dikirim oleh abang ipar Wafiah yang memang bertujuan untuk menghuru-harakan hubungan Wafiah dan Ilham, hubungan mereka berantakan sekali lagi. Terpaksalah Wafiah bersabar menangani kerenah dan tohmahan Ilham. Satu perangai buruk Ilham yang saya tak berkenan adalah, sifat nak memiliki tu. Tapi tak tahu nak menghargai. Haih.
Sampai bila agaknya Wafiah mampu bertahan? Adakah ikatan kasih di antara mereka ni bakal terlerai disebabkan prasangka dan cemburu buta Ilham? Atau masihkan ada kemaafan untuk Ilham?
Komen saya : Bagi yang nak membaca kisah ini, sila bersedia daripada segi mental dan emosi supaya tak hanyut dibawa oleh perasaan. Hehe. Oh, jangan lupa sediakan tisu atau pun tuala untuk menyapu air mata ya? Babak paling terkesan pada saya adalah waktu mak Wafiah meninggal dunia tu. Hmm, bagi yang pernah melalui, mungkin dapat rasa macam mana peritnya perasaan tu. Apa pun tahniah Rehan Makhtar untuk naskhah bercetak pertama ini.
Looking forward untuk kisah Usop dan Jelita pula lepas ni. :)
6 comments:
rasa nak bgi hadiah sepakkan pecuma jer dkt muka hero....
Hahaha. Emo! Tu sbb nk baca buku ni kena kasi neutral emo dulu. Nanti kang ada yang rasa nak bakar buku. :p
Kakakakakaka.. Zm da start da.. Herm mmg sakit hati kn dgn ilham yg bioll ni
hehe..hajar..tenkiu sudi tamatkan TK ek..tebal kot..harap puas hati biarpun hati panas..doakan BNS pulak ye..
mizz acu:
hehe, mmg sakit hati. tapi bila dh berjaya habiskan tuh rasa nak tepuk bahu sendiri dan ucapkan syabas. haha.
Rehan Makhtar:
ehe, Alhamdulillah puas hati walaupun kekadang ada gak rasa nak hantuk pale dedua tuh. haha. Insya Allah, lps ni tunggu BNS pulak. Apa pun teruskan berkarya ye? :)
terlerai kasih ni masih ada ke buku nya?
Post a Comment