Tajuk: Lagu Cinta Buatmu
Penulis: Qaseh Qaisara
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman: 490 mukasurat
ISBN: 9789833880324
Kata Anis: Mereka berkahwin dengan tangan kosong dan kini kekosongan itu sudah terisi dengan limpahan kasih sayang - m/s 487
Satu lagi kisah kahwin paksa dan cinta lepas kahwin. Anis dan Daniel 'terpaksa' berkahwin bila Nadia (tunang Daniel) melarikan diri 2 minggu sebelum tarikh pernikahan mereka. Tak faham sungguh dengan Nadia tu. Dulu dia yang terkejar-kejarkan Daniel. Beria melobi kawan-kawan rapat diorang supaya dapat jadi pasangan Daniel. La ni bila dah hampir nak bernikah boleh pula dia melarikan diri. Ish.
Anis bersetuju untuk terima lamaran Daniel hanya kerana mahu membalas budi ibu tirinya yang dah membesarkan dan melayannya dengan baik selepas pemergian ibu dan ayahnya. Manakala Daniel pula menerima Anis dengan rasa terima kasih sebab Anis sudi menyelamatkan maruah keluarganya.
Cuma yang kelakarnya disebabkan Daniel ni jenis berat mulut, mereka ni tak pernah berbual semenjak diijabkabul sampailah selepas 2 minggu tempoh perkahwinan mereka. Pelik kan? Duduk serumah, tidur sebilik pun boleh pula tak bertegur sapa. Cuma disebabkan suatu peristiwa, mereka berjaya memecahkan benteng komunikasi mereka. Hehe.
Jadi bila dah mula berkomunikasi tu, barulah hubungan mereka ni bertambah baik. Kawan-kawan rapat Daniel pun jadi pelik sebab perangai Daniel memang berubah 360 darjah lepas berkahwin dengan Anis. Besar sungguh pengaruh Anis dalam hidup Daniel.
Tak lama lepas perkahwinan Daniel, Nadia pun kembali. Kononnya untuk kembali pada Daniel. Alasan dia lari tu kononnya hanya nak menguji. Tapi bila tengok layanan Daniel pada Anis dia jadi sakit hati sebab Daniel tak pernah melayannya sebaik itu dulu.
Berjaya tak agaknya Nadia dengan misi yang kononnya nak mendapatkan Daniel kembali tu?
Komen saya : Sebenarnya dah lama saya cari buku ni sebab ramai yang
recommend kata ceritanya
best. Tapi bagi saya kisah ni agak biasa dengan plot yang
simple tanpa konflik berat. Sesuai untuk bacaan santai bagi pembaca yang tak sukakan konflik ala-ala sinetron. :)
7 comments:
eh, ni cover baru eh?
dulu cover lain tak silap.
haa, kite beli pun sbb org suggest. tp bila baca, okaylah. =)
zatie:
ha'ah. cover baru. dulu kan cover dia warna kuning.
hehe, cerita dia okay je. takdelah smpi tahap terlebih gula kan? rsnya org yg suka baca kisah kahwin paksa + cinta lepas kahwin mesti suka baca buku ni. =)
Warewolfy Me:
Dah macam kaunter pertanyaan dah kat sini. Maaf, saya tak dapat nak bantu. Saya rasa memang kalau tanya publisher pun diorang cuma ada stok dengan cover baru je kot. Trylah google kot ada yang nak jual second hand buku ni dengan cover yang asal tu. :)
awak ada jual ke novel ni?
Novel ni masih ada dalam pasaran x
Novel Mencintaimu Satu Dosa di mana saya boleh baca ya???
Post a Comment