Wednesday, May 16, 2012

Nah, Untuk Awak! - Nirrosette

Posted by Hajar at 10:52 PM

Tajuk: Nah, Untuk Awak!
Penulis: Nirrosette
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  474 mukasurat
ISBN: 9789675118869

Buku dengan cover yang comel ini membawa kita mengenali Najiha, seorang yang mempunyai prinsip hidup yang mudah. Kasih sayang babah sememangnya menggunung tinggi untuk satu-satunya permata hati selepas pemergian si ibu. Kehadiran Ilham dan kawan-kawan rapatnya, Nina dan Dian pula melengkapkan lagi hidup Najiha. Pendek kata, mereka semua itu adalah pelengkap hidupnya.

Namun, kegembiraan Najiha cumalah bersifat sementara. Kejutan yang dirancang untuk ketiga-tiga insan yang penting dalam hidupnya itu bertukar menjadi kejutan pada diri sendiri. Siapa sangka kepulangan Najiha setelah tamat pengajian dikejutkan dengan majlis pertunangan Ilham dan Dian. Mujur ada Nina yang setia menenangkan perasaan Najiha. Kagum dengan Najiha yang bertindak bijak meninggalkan majlis tanpa menghuru-harakan keadaan.

Babah Najiha yang risaukan keadaannya telah mencadangkan Najiha untuk bercuti sementara ke Korea, tempat yang menjadi destinasi idaman Najiha untuk melancong. Oleh kerana babah tak dapat menemani, terpaksalah Najiha melancong bersendirian. Namun, babah dah bertindak bijak untuk mengamanahkan Najiha pada Eid, anak kenalannya yang juga merupakan pemilik agensi perlancongan yang membawa Najiha ke Korea. Bermulalah perkenalan Najiha dengan Eid yang menjengkelkan itu. Tapi jengkel-jengkel Eid pun sebenarnya lebih kepada unsur kebaikan. Banyak je tegurannya untuk kebaikan Najiha. Cuma Najiha je yang suka buat endah tak endah dengan teguran Eid tu. Paling manis bila Eid hadiahkan Najiha senaskhah Al-Quran. Niatnya, supaya Najiha lebih memahami tujuan hidupnya. :)

Elok je Najiha dah boleh terima kenyataan tentang Dian dan Ilham, Najiha diuji sekali lagi dengan pemergian babahnya. Walaupun agak payah untuk menerima hakikat pada mulanya, namun di sinilah permulaan perubahan hidup Najiha.

Berjayakah Najiha menggapai kejayaan dalam hidupnya, selaras dengan makna 'Najiha' itu? :)

Komen saya: Karya kedua Nir ni masih lagi menghidangkan kisah inidvidu yang mencari arah hidup dan mahu merubah diri untuk menjadi insan yang lebih baik. Watak Eid yang agak 'kerek' dan sarkastik tu memang kena sangatlah dengan Najiha yang suka menjawab tu. Cuma agak emosi  bila melibatkan part Ilham dan Dian. Rasa macam nak campak masuk laut je dedua tu. Haha. Overall, kisah ni agak sesuai untuk jadi panduan mereka yang baru nak 'berhijrah'. Tahniah Nir untuk pengisian dalam naskhah ini. :)


2 comments:

mizz acu said...

stuju.. sakit hati ngan ilham.. especially partner dia dian tu.. ms dian jumpa jiha tu ingat nak mintak maaf tp cm menuduh jiha plak..
puas ati dia xkawen ngan ilham.. (kijam x?) :P

Hajar said...

haha. tau xpe. sakit hati masa part tu. Dian tu rasa insecure sebab dia yang buat onar dulu kan? yang Ilham pulak rasa bersalah tak abis2. Tapi kira okla, pengakhiran yg tragik utk dedua tuh. puas hati. hihi.

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review