Tuesday, May 22, 2012

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki - Norhayati Berahim

Posted by Hajar at 10:17 PM

Tajuk: Pesanan Terakhir Seorang Lelaki (PTSL)
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Harga: RM22.90
Sabah/ Sarawak: RM 25.90
Halaman:  444 mukasurat
ISBN: 9789838939355

PTSL ni sebenarnya sebuah kisah kekeluargaan. Pergolakan yang berlaku antara Atiqah dan ayahnya (Datuk Marzuki), selepas si ayah berkahwin lain menyebabkan Atiqah membawa diri keluar dari rumah keluarganya. Datuk Marzuki pun seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Atiqah sebagai anak. Selepas apa yang Datuk Marzuki lakukan pada ibunya, Atiqah memang dah tawar hati nak berbaik-baik dengan ayahnya.

Lepas keluar dari rumah agam ayahnya itu, Atiqah bekerja di Syarikat Tegas kepunyaan Tuan Ahmad. Tuan Ahmad selalu memandang rendah pada Atiqah sebab Atiqah tu hanyalah seorang kerani. Hubungan baik Atiqah dengan anaknya Faizal tu pun tak direstui oleh Tuan Ahmad sebab dia rasa Atiqah tak layak untuk berhubungan dengan seseorang yang berpangkat seperti anaknya. Sabar je Atiqah menerima kata-kata nista Tuan Ahmad tu sebab dia tak mahu sesiapa pun tahu yang dia anak Datuk Marzuki.

Atiqah menyewa rumah dengan Hajah Mimah. Di sini dia berkenalan dengan Nik Arif yang kerek tu. Awal-awal lagi dia dah kutuk Atiqah tu dengan macam-macam kutukan. Bila Atiqah tolong betulkan komputer dia barulah dia sedar yang Atiqah tu taklah seburuk mana. Tak sangka lepas tu boleh jatuh tergolek-golek kat Atiqah ni. Atiqah ni nampak gaya macam tak melayan. Tapi macam rela je diperlakukan sesuka hati dek Nik Arif tu. Macam pelik pulak bila watak bertudung tapi macam tak ambil kisah tentang pergaulan. Hajah Mimah tu pun selamba je tengok anak bujang dia peluk cium anak dara orang. Err, harapnya takdelah mak ayah yang terbuka sangat macam itu ye? :)

Bila Datuk Marzuki dah mula sedar kesilapan dia, Atiqah dicari dan ditawarkan peluang pekerjaan di syarikatnya. Mulanya Atiqah berat nak menerima. Tapi bila fikirkan kedudukannya yang bila-bila masa bakal disingkirkan oleh Tuan Ahmad, dia nekad menerima tawaran Datuk Marzuki. Paling saya suka bila Angkasa Holding ambil keputusan untuk melabur dalam Syarikat Tegas. Memang tebal sungguh muka Tuan Ahmad dan Faizal tu bila tau siapa sebenarnya Atiqah. Haha. Memang sweet revenge. :)


Komen saya: Buku ni saya beli sebab ada kawan yang suggest untuk baca. Overall kisahnya okay, tak meleret. Cuma saya tak berapa berkenan dengan perangai terlebih miang Nik Arif tu.  Pengakhirannya pun buat kita rasa puas hati sebab masing-masing dah dapat pengakhiran yang setimpal. :)

4 comments:

zm said...

lpas baca buku ni saya trus baca buku din jaja... hahaha untk mneutralkn hati dan perasaan... rasa mcm nk cakar jer muka nik ni... miang tahap bumi trbalik.... aishhh ni yg nk buat aii meroyan ni. buku ni ok, cuma nik jer x ok...

mizz acu said...

Ekekekekeke.. Ai xpnh bc g.. Tp komen zm cenggini ai da pnh bc bbyk kali.. Heheehhehehe

Hajar said...

zm:
hahaha, adakah ini bermakna saya juga perlu cari buku Jaja + Din juga? aish, mujur saya tak re-paste komen awak hari tu kat sini. :p

mizz acu:
hehe, nk buat macam mana? adik awak ni terlebih emosinya. haha.

p/s: lama tak nampak?

apal said...

salam.
jual x novel ni..
sila emel sy ye @ addhukhan@yahoo.com

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review