Thursday, May 3, 2012

Ku Ingin Milikimu - Rehan Makhtar

Posted by Hajar at 10:03 PM
Ku Ingin Milikimu (KIM)
Rehan Makhtar
http://wrehan.blogspot.com

Ini sebenarnya e-novel yang dicetak sendiri oleh penulis untuk simpanan pembaca macam saya yang tak suka hadap komputer  lama-lama. Sempatlah saya habiskan pembacaan semasa dalam perjalanan ke pesta buku hari tu. :) Kisah ini ada di blog penulis sekiranya ada yang ingin mengikutinya.

KIM ni berkisar tentang kisah cinta Anahara atau Ann Rahana (nama penanya) dengan Mukhlis. Anahara ni seorang penulis separuh masa dan banyak menghasilkan karya yang dipaparkan di laman maya. Manakala Mukhlis pula diceritakan sebagai seorang ulat buku, berkenalan dengan Anahara melalui laman maya milik Anahara lalu jatuh cinta bukan setakat dengan karya, tapi dengan penulisnya sekali.

Agak gigih jugalah Mukhlis ni cari maklumat tentang penulis kesayangannya ni, sampaikan tunang depan mata pun dia boleh buat tak endah je. Jadi, bila dah abaikan tunang tu mak ayah Mukhlis pun mulalah campur tangan untuk halang Anahara daripada berhubung dengan Mukhlis. Hakikat sebenarnya Anahara tu tak kenal pun Mukhlis tu. Cuma Anahara tak dapat nafikan hakikat yang dia sebenarnya juga dah jatuh cinta pada Mukhlis. Akhirnya mereka ambil keputusan utk berkahwin.

Ha, jangan fikir kisah mereka dah berakhir di situ. Silap tu. Cabaran buat Anahara bila si Puan Sri, emak Mukhlis beri kata dua kepada Anahara dan kemudian terpaksa merelakan dirinya dimadukan sebab family Jeslina tak mahu menanggung malu sekiranya Mukhlis dan Jeslina tak jadi berkahwin. Jadi bila bermadu, faham-faham sendirilah kan? Lebih-lebih lagi bila mak mertua melebihkan si Jeslina (madunya) dalam segala hal. Bila Nayli (adik Mukhlis) yang tak berapa sihat waktu tu jatuh tangga akibat ditolak Jeslina, Anahara yang dipersalahkan sampai diceraikan dek Mukhlis. Lepas bercerai barulah nak menyesal bila tahu kebenaran. Tambah sadis lagi bila Anahara disahkan mengandung anak mereka masa tu. Sayang semuanya dah terlambat. Anahara memang dah tak mahu ada apa-apa hubungan dengan keluarga bekas mertuanya.

Lepas 2 tahun, Mukhlis memberanikan diri muncul di depan Anahara. Berusaha untuk merebut kembali hati Anahara. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran si comel Aryana. Bertambah semangat Mukhlis untuk memenangi hati Anahara kembali. Namun kehadiran Zafran di antara mereka menjadikan keadaan semakin rumit. Semakin ditolak semakin hampir keduanya dalam hidup Anahara. Namun hati memilih siapa?

Komen saya: Satu yang saya suka dengan cara penulisan Rehan Makhtar ni adalah susunan ayat  dengan penggunaan gaya bahasa yang indah. Puitis pun ya juga. :) Walaupun kisah-kisah yang digarap di blog penulis banyak menuntut air mata, namun saya pasti masih ramai yang suka membaca kisah-kisah sebegini.

Oleh kerana dah ramai yang dok bertanya, maka saya share terus kat sini ya. Buat sesiapa yang berminat nak pesan mini novel yang dicetak sendiri oleh penulis ni bolehla ke fanpage Rehan.Maktar atau pun ke group Kisah Hati. Kat sana anda boleh bertanya sendiri bagaimana cara untuk memesan buku ni ya? :)

8 comments:

Rehan Makhtar said...

hehe..hai hajar..haihh... KIM yg projek SS ni pon dia review..jenuh org carik kt kedai buku karang..haha..

tenkiu hajar..dari silent reader jd sorang reviewer yg baek..nnt review TK plk ek.. be waiting..luv u.hehe..

Hajar said...

hai RM!

adeh, seganla saya awak datang blog nih. hehe. saya buat blog ni sbg cabaran utk diri sendiri, so insya Allah mudah2an saya sentiasa diberikan kesihatan dan kesempatan utk review semua buku yg saya bc tahun nih. :)

TK in progress. tgh geram dgn Fiah ni. hahaha. :P

Terima kasih juga sudi singgah blog ni. :)

Rafidah Abu Bakar said...

Best tak?

Hajar said...

saya tak reti nak bagi komen best atau tak sebab selera masing-masing kan tak sama. nanti bila saya kata best mungkin pada awak tak best. :)

Wan Kaypo said...

macam mana saya nk dapatkan versi cetak? citer ni memang best, dlm blog hanya boleh baca smpi 17 episod jer, tlgla saya

Hajar said...

Wan Kaypo:

maaf, lambat reply. saya dah tanyakan pada mereka yang berkaitan, katanya KIM ni sedang diedit. So dlm masa terdekat ni mungkin order akan dibuka. Kalau ada fb boleh join fanpage Rehan.Makhtar atau group Kisah Hati untuk maklumat terkini. :)

Ratna Dewi said...

Salam...saya nk tanya mcm mn nk dpt kan buku ni?

Hajar said...

Ratna Dewi:

W'salam. Info untuk pesanan buku saya dah insert dalam entry ni ya? :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review