Tuesday, May 8, 2012

Senyum Sampai Langit - Syasyaja

Posted by Hajar at 10:01 PM
Tajuk: Senyum Sampai Langit
Penulis: Syasyaja
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  483 mukasurat
ISBN: 9789675118883

Kebahagiaan akan datang kalau kita tidak menghalang diri kita daripada mengecap kebahagiaan.

Daripada blurb belakang buku :

Aufa mahukan lelaki yang bermulut manis seperti Bruno Mars. Tapi yang dia dapat adalah lelaki dari Planet Mars yang kerek!

Walaupun kisah yang dipaparkan adalah kisah yang agak 'tipikal' iaitu kisah perkahwinan yang diatur keluarga, Syasyaja berjaya menyampaikan dengan gayanya yang tersendiri. :)

Nurul Aufa (Aufa), seorang pelajar jurusan undang-undang dibesarkan oleh ibunya setelah ayahnya mengabaikan mereka sekeluarga selepas berkahwin kali kedua. Dalam hidupnya selain belajar, dia hanya fikir untuk mencari kebahagiaanya sendiri selain membahagiakan ibunya. Dia fikir bila dia berkahwin, ruang kosong dalam hatinya yang ditinggalkan si ayah tu bakal terisi dengan kehadiran seorang suami.

Elok je Aufa dok bercerita dengan emak dia tentang isu kahwin ni tiba-tiba si emak berjejak kasih dengan seorang kawan lama, iaitu emak si Muhammad Aqil (Aqil). Tak fasal-fasal kena berkenalan dengan Aqil yang kerek tu dan nak dijodohkan pula. Maunya tak melompat masing-masing bila dengar cadangan si ibu (Aqil) dan si emak (Aufa). Haha. Tapi bila dah kata jodoh tu, tolak macam mana pun tetap bersatu juga kan? :)

Bak kata Aqil, just so you know, I'll try my best to be a good husband. Memang tak ada istilah tarik tali dan post wedding agreement segala.  They just go with the flow. Memang pasangan yang comel depa ni. Cuma kadang-kadang saya terfikir juga macam mana si Aufa yang ada aura naga berkepala tujuh ni boleh tolerate dengan Aqil yang kerek tu? Haha.

Macam mana agaknya Aufa dan Aqil sama-sama menyesuaikan diri dalam kehidupan baru ni? Bagaimana dengan penerimaan ayah Aufa? Berjaya tak agaknya Aufa menemui kebahagiaan yang dicarinya itu?

Komen saya: Memang senyum panjanglah baca buku ni. Lebih-lebih lagi bila tengok cover yang comel ni. Buku ni pun dah jadi salah satu buku kegemaran saya tahun ni. Cerita santai yang comel dan manis. Tanpa adegan intim dan manis terlebih gula pun tetap terasa manis. Tahniah untuk team Editorial JS dan tahniah juga buat Syasyaja atau lebih dikenali dengan nama bulanhijau untuk novel pertama ini. Lepas ni nak start baca Evangelina pula. Hihi. ;) Apa pun, selamat maju jaya ya? :)



7 comments:

mizz acu said...

agreed!! i giv erm... 5 bintang!!
hey Aqil.. i love u! ;)

Hajar said...

Haha. Overdose Aqil betul. :p

Dgrnya buku ni antara yg terlaris kat booth JS ms pesta buku hari tu. :)

Technician Tua said...

Nampaknya nak kena gi carilah lepas nih...
Ada ker tak lagi kat kedai2 buku seluruh negara...

mizz acu said...

Nak pinjam ke wt? Xmo bagi.. Hehe :P

Hajar said...

w.t:
Rasanya belum sampai lagi ke kedai bukulah. Tunggulah seminggu dua lagi. Nak cepat pesan online. :P

Ayu dzulkarnain said...

Wahhh!! Mcm xsabar nak tunggu abg posman hantar buku ni.
Adakah aqil ni mamat blind date xjadi si aufa ni?

Hajar said...

aha, ya betul! aqil ni blind date x jadi aufa tuh.

wah, dah beli ye? enjoy reading! :)

ayu, adakah awak dok marathon semua review saya hari ni? aish. *tutup muka sebab malu*

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review