Sunday, June 2, 2013

Anthem - Hlovate

Posted by Hajar at 10:48 PM
Tajuk: Anthem
Penulis: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  593 mukasurat
ISBN: 9789670508269

"Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future."
 
Satu lagi karya yang dinanti-nantikan oleh para peminat H di serata alam, termasuk saya. Hehe. Ingatkan lepas Contengan Jalanan, dah tak ada lagi karya yang sebegini, I mean karya dengan penyampaian lebih ringan daripada Contengan Jalanan. :)

Nur Dania Dashrin (Dash), third culture kid yang dibesarkan di serata dunia kerana pekerjaan ayahnya memang tak ada masalah untuk menyesuaikan diri setiap kali mengikut ayahnya berpindah ke tempat baru. Tapi menjadi masalah besar bila terpaksa menyesuaikan diri di tanah air sendiri. Dash dihantar pulang ke Malaysia dengan alasan untuk menduduki peperiksaan SPM walhal sebenarnya Dash ni telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh ibu bapanya (walaupun sebenarnya bukanlah 100% kesalahannya).

Pulang ke Malaysia, Dash berhadapan dengan masalah persepsi masyarakat. Rasanya kebanyakan kita memang suka memandang sinis bila jumpa individu dengan gaya yang macam ni. Dengan penampilannya yang agak 'kebaratan' sudah tentulah dipandang sinis oleh orang lain walaupun Dash ni tak pernah cuit pun orang lain. Bagi, Dash dia tak menilai orang lain sepertimana orang lain menilai dirinya. Sungguh pun perit, Dash terpaksa telan semua bebanan tu untuk tempoh 2 tahun.

Berdepan dengan si Lee, senior yang digelar Hitler oleh Dash juga menambah beban tekanan dalam perjalanan hidup Dash di Malaysia. Tapi sebenarnya kalau perasan Lee ni satu-satunya manusia yang mampu melenturkan the rebellious Dania waktu itu. Heh. Hubungan mereka terputus bila Lee tamat sekolah dan bertemu 2 tahun kemudiannya di Delhi yang membawa kepada hubungan rapat mereka hingga ke Scotland.

Susah kan nak berubah ke arah kebaikan? Lebih susah lagi bila orang yang rapat dengan kita tak boleh menerima perubahan yang kita nak buat dan siap kutuk masa lalu kita. Phew. Tapi Dash memang tak mudah putus asa. Disebabkan tekadnya yang mahu jadi adamantium, segala dugaan yang mendatang tetap ditelan walaupun pahit. :)

Komen saya: Seperti biasa, buku H akan buat saya banyak berfikir. Salah satu isu yang diketengahkan adalah persoalan tentang aurat. Tentang muslimah yang bertudung tapi masih mendedahkan aurat (contohnya berbaju mengikut bentuk badan). Sejauh mana kita sebagai muslim memahami konsep menutup aurat itu? Adakah betul-betul mengikut syariat yang ditetapkan atau sekadar mengikuti perkembangan fesyen terkini? Macam sekarang ni, ramai je yang kita nampak dah mula berhijab. Tapi setakat mana hijab tu sebenarnya mampu 'hijab' diri kita daripada melakukan perkara-perkara terlarang? Hmm. Kalau dok fikir hal ni memang takkan habisnya. Yang penting diri sendiri kena sentiasa beringat. Insya Allah. Tahniah Hlovate untuk naskhah terbaru ini. Mudah-mudahan perkongsian tu tak terhenti setakat ini saja. :)   

4 comments:

mizz acu said...

masa memula baca citer ni.. dia sebut Lee ingatkan cina.. kehkehkeh..

Hajar said...

mizz acu:
Acu, saya pulak ingat Lee ni geng Mags 7, junior Addin dengan Benz. Sekali bukan da...

Ayu dzulkarnain said...

Dah baca jugak..
Pengalaman beratur selama sejam semata nk m'bayar je.. pheeww.. tp bebaloi.

Hajar said...

Ayu dzulkarnain :
kehkeh. memang berbaloi. nasibla hari tu beli online je. Alhamdulillah dapatlah beli pakej dengan buku HTinta tu.

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review