Tajuk: Hanya Dia... Cinta
Penulis: Farah Husain
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 504 mukasurat
ISBN: 9789670718019
Tentang Hanya Dia... Cinta
1. Berbanding Dia… Random Guy (DRG) saya baca kisah ni tanpa letak apa-apa expectation dan......saya suka!
2.
Seperti kata penulis, kisah ini kisah biasa-biasa yang dilakarkan oleh
orang biasa dan diilhamkan berdasarkan kisah insan-insan biasa di
sekeliling penulis. Dan, memang betul! Ops, mungkin latar belakang
nampak mewah tapi kisahnya tetap kisah biasa yang saya kira memang
berlaku dalam hidup kita seharian.
3. Jika anda mengharapkan
kisah ini semanis kisah DRG, lupakanlah. Tapi Adhan Mikail (Adhan)
memang seorang yang bermulut manis, tak dinafikan. :) Manakala Zara
Harlina Elyas (Zara) si pujaan hati Adhan ni sangatlah degil, rebellious dan kuat sentap. Haha. Tapi sungguh pun dia blur ayam, Zara sangat tetap pendirian dan tahu apa yang dimahukannya.
4. Suka sorrounding kisah ini. Hubungan persahabatan dan kekeluargaan yang erat tak pernah dilupakan. Oh, bagi yang rindukan si sexy-goatee Amzar dan Alina, cameo appearance mereka di dalam kisah ini mungkin mampu mengubati kerinduan. Hihi.. :D
5. Saya jadi turn-off
sikit bila Adhan tak yakin yang Zara akan terima kekurangannya setelah
tahu latar belakang Adhan. Aiyaaaa.. Tapi logiklah, mana ada manusia
yang 100% sempurna dalam dunia ni, kan? Mesti ada kekurangan di sana
sini.
6. Penekanan tentang bersederhana dalam apa yang kita
lakukan. Sekalipun kita mampu, tak bermakna itu boleh jadi tiket untuk
membazir dan menunjuk-nunjuk. Terutamanya dalam mengadakan majlis
perkahwinan. Dan itu yang dipegang oleh Adhan dan Zara dalam
melaksanakan majlis perkahwinan mereka.
7. Suka transformasi sisi
watak Zara yang negatif tu kepada Zara yang penyabar dan banyak
bertolak ansur selepas berkahwin dengan Adhan. Walaupun ada ketikanya tercabar
juga dengan keegoan Adhan, tapi Zara masih sedar tentang hakikat
kedudukannya sebagai seorang isteri.
8. Adhan sangat sayangkan
keluarganya walaupun mereka hanya keluarga angkatnya. Jadi tak hairan
bila Adhan turut 'hilang' bersama pemergian ibunya. Sobs. Kita dapat lihat kesabaran Zara melayan Adhan yang larut dan hilang
dalam kesedihannya walaupun dia sendiri belum pulih daripada kesedihan
akibat kehilangan bayi mereka.
Selagi namanya manusia, memang kita tak akan
pernah puas dengan apa-apa. Sebab itu kita diajar agar sentiasa
bersyukur dengan apa yang kita ada. Kecil, besar, susah, payah, miskin,
kaya...kita kena bersyukur dengan semuanya. Kita kena ajar hati kita,
semua ini hanya pinjaman Allah. Cukup masa, kita kena kembalikan semula
pada yang berhak. - papa Adhan, m/s 462
Yang penting Adhan cepat sedar daripada kesilapannya. Itu bonus marks untuk Adhan. :)
9. Satu lagi perkara yang saya suka tentang kisah ini adalah, tak wujud orang ketiga yang bakal menambahkan drama. Yay! :P
10. Dijamin less sugar (Pengulangan fakta. :P). Tahniah Farah. Moga dikurniakan ilham untuk menghasilkan karya yang lebih baik daripada ini. :)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
2 comments:
Suka ayat ni..'it's not always rainbows & flowers..'.. So true!
Sufi
tak sabar nak beli novel ni
Post a Comment