Friday, June 1, 2012

Cinta Sang Pari-Pari - Maya Adelia

Posted by Hajar at 8:21 PM
Tajuk: Cinta Sang Pari - Pari
Penulis: Maya Adelia
Penerbit: Nylea Publishing
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM-
Halaman:  372 mukasurat
ISBN: 9789833686292

Kalau ikutkan sebenarnya dah lama rasanya saya cari buku ni. Saya pernah tanya direct pada penulis, tapi penulis kata buku ni dah tak diterbitkan lagi sebab publisher dah ditutup. Agak kecewa jugalah sebenarnya. Tapi rezeki saya minggu lepas bila google, jumpa link buku terpakai dan akhirnya dapat juga baca karya pertama penulis Adileah ni. :)


Ini kisah tentang singa jadian bertemu dengan si kepala angin. Zafryl, seorang bos berhati kering yang turut digelar singa jadian oleh Darin, pembantu peribadinya (PA). Mereka bertemu disebabkan oleh kisah sedih yang terjadi dalam hidup mereka.


Darin ditinggalkan oleh Farhan pada hari pernikahannya tanpa sebab yang munasabah. Dan disebabkan mentaliti tipikal masyarakat kita, memang tak dapat dielakkanlah yang segala kesalahan tu diletakkan kepada Darin. Kekecewaan telah membawanya jauh ke Kuang untuk bekerja dengan si singa jadian.


Zafryl pula baru kehilangan isteri dalam suatu kemalangan jalan raya. Kehilangan membawanya jauh dari ibu kota dan sekaligus merubah karakternya menjadi seorang yang lebih dingin. Heh. Dalam ramai-ramai PA yang pernah bekerja dengan Zafryl, hanya Darin saja yang mampu bertahan  dengan kerenah dan perangai singa jadian Zafryl tu. 

Tapi lama-kelamaan hubungan mereka bertambah baik. Itu pun selepas peristiwa Darin memukul Zafryl dengan fail. Haha. Rupanya dalam diam Zafryl ni menyimpan rasa pada Darin. Walaupun ada 'rasa' juga dengan Zarfyl, Darin sedaya upaya menyembunyikan perasaan tu sebab masih rasa fobia ditinggalkan Farhan. Bila dah tertangkap dek keluarga Darin kat halaman rumah, terpaksalah Darin terima lamaran Zafryl.

Lepas berkahwin, Darin berusaha menerima buruk baik Zafryl sebagai suami. Memang agak susah pada mulanya. Tapi bila nampak kesabaran dan kesungguhan Zafryl, Darin jadi lembut hati. :)

Cuma yang menjadi masalah kepada Darin sekarang ialah Anita, PA baru Zafryl. Siapa sebenarnya Anita tu? Apa kaitannya dengan Nurzila, arwah isteri Zafryl?


Apa pun, perkahwinan mereka ni berjaya mengubah sikap kepala angin Darin kepada seorang isteri yang penyabar dan memahami. :)

Komen saya: Sebenarnya saya terkejut. Karya pertama penulis ni SANGAT berbeza dengan gaya penulisan dalam 3 buah karya yang dah pernah saya baca sebelum ni. Agak cheeky juga. Bahagian mana tu, kena baca sendirilah ye? Hehe. :P Jujurnya saya sukakan gaya penulisan sekarang. Agaknya sebab saya dah biasa dan rasa selesa dengan gaya penceritaan yang mudah dan tak nampak 'terlampau' manis.

6 comments:

Syafy Syaf said...

Awak nak let go x novel ni?

halida musiran said...

kat mana saya boley cari novel ni

tulip_keukonhof said...
This comment has been removed by the author.
tulip_keukonhof said...

dah bertahun saya cari. tuan blog ada niat nak let go tak?

Unknown said...

ada lg x novel ni?

Unknown said...

First novel yg saya baca. Rasanya tahun 2009 or 2010 cemtu laa.. Still sekolah lg time tu. Padahai sebelum2 tu, x pernah rasa pon nk baca apa2 novel.. Sekali kwn rekemen novel ni.. Lepas tu terus jadi kaki novel :) Then dok cari novel ni, tp still x jumpak. Tanya owner novel ni, ada lagi x novel ni.. Dia cakap dah rabak dah sbb pakat2 pinjam. Tu semua sbb saya pulak rekemen dkt kwn2 yg lain.. Sbb crita dia best :P

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review