Tajuk: Bertakhta Di Hati
Penulis: Marwati Wahab
Penerbit: NHF Media Corp Sdn. Bhd.
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM-
Halaman: 597 mukasurat
ISBN: 9789833880058
Satu lagi kisah sedih yang berjaya dilakarkan oleh Marwati Wahab a.k.a Aleya Aneesa (AA). Memang betullah, kebanyakan karya AA ni sinonim dengan kisah sedih.
Kalau baca blurb, memang kita akan rasa sakit hati dengan Nadjmi yang meninggalkan Khairunnasrya (Rya) tanpa sebab munasabah. Tapi hakikatnya Nadjmi menyimpan rahsia yang akan membuka aib orang yang dah tiada di dunia ni. Dia rela dicaci daripada memburukkan orang lain. Lebih-lebih lagi orang tu dah pun meninggal dunia.
Rya ditinggalkan Nadjmi selepas 3 hari tempoh perkahwinan mereka. Bunyinya kejam bukan? Tanpa sebab yang munasabah, dirinya ditinggalkan oleh suami. Memang perkahwinan mereka tak mendapat restu kedua orang tua Nadjmi, tapi tak sangka yang Nadjmi akan meninggalkannya sepantas itu. Kesian Rya yang menjadi mangsa tohmahan orang kampungnya. Rya masih mampu bertahan walaupun pelbagai tohmahan yang diterima, namun pemergian anak yang dikandung selama sembilan bulan adalah dugaan paling hebat buat Rya.
Nadjmi pula memberontak dan membalas rasa sakit hati kepada kedua ibu bapanya dengan mengahwini seorang wanita Inggeris semasa di London. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Danish Hakim (Aish). Selepas kelahiran Aish, isteri Nadjmi minta dilepaskan sebab mahu hidup bebas dan tak mahu terikat dengan suami dan anak. Hak penjagaan Aish diserahkan sepenuhnya kepada Nadjmi. Nadjmi pula dari awal lagi dah ajar Aish yang Rya tu adalah ibu Aish. Kira bijak jugalah Nadjmi ni sebab pandai pergunakan Aish untuk menawan kembali hati Rya.
Selepas kematian anak perempuannya, Rya membawa diri menyambung pengajian dan setelah tamat pengajian Rya berhasil mendapat pekerjaan yang baik. Pertemuan dengan Aish, selepas 7 tahun Nadjmi meninggalkan Rya berjaya membawa Rya kembali ke dalam keluarga kecil mereka. Cuma macam mana agaknya Nadjmi nak menawan semula hati Rya yang dah hancur berkecai tu?
Komen saya : Kisahnya tak adalah konflik berat sangat. Cuma pada saya Nadjmi ni memang tak adil bila tinggalkan Rya terkapai-kapai tanpa penjelasan macam tu. Kenapa perlu nak tunggu sampai 7 tahun baru nak cari Rya? Macam sengaja nak bazirkan masa. Eh, teremo pulak. Hehe. Cuma rasanya banyak sangat
broken english phrases dalam buku ni. Harapnya kesilapan-kesilapan kecil tu dah diperbaiki dalam versi terbitan semula Fajar Pakeer . :)
0 comments:
Post a Comment