Tajuk: Kasih Benar Kasih
Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 496 mukasurat
ISBN: 9789831246689
Phew, akhirnya berjaya juga saya menghabiskan pembacaan buku ni. Kekangan masa akibat kesibukan kerja hakiki membataskan waktu untuk menyudahkan pembacaan.
Kali ni penulis membawa kita menelusuri kisah antara Annura dan Dinzley. Bila sebut Dinzley ni memang automatiklah teringat Ikram Dinzley. Tapi takdelah saya nak bayangkan Ikram tu sebagai hero kisah ni. Hehe.
Annura dan Dinzley berkenalan disebabkan kedua ibu bapa mereka ni kawan baik. Oleh kerana masing-masih masih belum berteman di kala usia sudah layak berkahwin, jadi mereka disuruh berkenalan untuk sesuaikan diri. Pada mulanya Annura memang menolak cadangan kedua ibu bapanya sebab dia merasakan yang tiada keserasian antara dirinya dan Dinzley. Mana taknya, Dinzley tu sangat kuat menyakat sampai buat Annura rasa jengkel. Sungguh pun macam tu, diorang ni nampak sangat comel as a couple.
Memang tiada paksaan dalam hubungan mereka berdua ni, tapi harapan yang digantung oleh kedua orang tua mereka sangat sukar untuk ditolak. Jadi akhirnya Annura menerima Dinzley sambil mencari titik keserasian antara mereka. Namun di saat Annura sudah mula merasakan kehadiran Dinzley dalam hidupnya, Dinzley pula mahu menangguhkan perkahwinan disebabkan bekas kekasihnya yang kononnya sedang sakit. Heh. Masa ni memang saya kesian sangat dengan Annura sebab silapnya Dinzley, dia terus nyatakan hasrat nak tangguhkan perkahwinannya kepada keluarga mereka tu tanpa berbincang langsung dengan Annura. Manalah Annura tu tak rasa terhina dan rasa dimalukan depan keluarga mereka?
Namun, setelah kebenaran terbongkar Annura tetap menerima Dinzley sebagai suami. Cuma yang tak enaknya Annura bersetuju untuk berkahwin dengan Dinzley hanya kerana nak balas rasa sakit yang dia pernah rasa tu pada Dinzley. Walaupun dah setahun berkahwin dendam Annura pada Dinzley masih tak surut. Sampai bila agaknya Dinzley mampu bersabar melayani kerenah isteri yang dingin tu.?
Komen saya : Realitinya ada ke lelaki yang sesabar ni eh? Haha. Kisah mereka ni agak smooth dan tak banyak konflik. Kisah kali ni tak ada juga bahagian yang mampu merembeskan air mata bagai nak rak macam kisah-kisah nukilan AA yang lain. Cuma saya suka pengakhiran yang melibatkan keluarga Annura dan Dinzley dalam memperbaiki hubungan mereka berdua ni. :)
PERFECTLY HALAL - SURI RYANA
2 years ago
0 comments:
Post a Comment