Tajuk: Dapur Wawa
Penulis: Ika Madera
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 18.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman: 415 mukasurat
ISBN: 9789675118814
Sebuah novel yang agak '
yummeh' sebab dalam ni macam-macam resipi ada. Dinasihatkan kepada yang mahu membaca, pastikan anda bukan berada dalam keadaan perut kosong. Jangan salahkan penulis bila tiba-tiba anda teringin untuk menjamah semua makanan yang di'hidang'kan dalam buku ni bila anda lapar. =D
Kali ini Ika Madera membawa kita mendalami kehidupan seorang Najwa Syakirah atau lebih dikenali sebagai Wawa. Memang jadi dilema bagi seorang gadis yang dah melangkaui umur lewat 20-an tapi masih belum lagi bertemu jodoh. Lebih-lebih lagi bila semua orang asyik persoalkan bilalah Wawa ni nak menamatkan zaman bujang? Tapi Wawa tetap Wawa, dia tidak pernah peduli sampailah bonda dan Kak Pah (yang diceritakan sebagai pencari jodoh yang hebat) membawa fail 'Encik Abu' kepada Wawa.
Diceritakan bahawa Encik Abu ini seorang bujang trang tang tang dan juga seorang drebar. Drebar apa tak pula dinyatakan di sini. Wawa pun tak pernah bertanya sampailah mereka berkahwin. Haha. Lurus juga Wawa ni. Memang orang kata bila dah jodoh tak ke mana kan? Sekuat mana pun kita menolak, kalau dah tertulis itulah jodoh kita mana mampu kita nak menolaknya? Begitu juga dengan Wawa dan Encik Abu. Selepas beberapa pertemuan, mereka merasakan keserasian bersama dan 3 bulan lepas tu, mereka bernikah.
Masalah utama si Wawa ini adalah, dia seorang yang liat nak masuk dapur. Lebih-lebih lagi bila dalam keluarganya sendiri ada je yang rajin nak melayan selera Wawa, terutamanya bonda dan ibu Chik. Walau jenuh di sindir, Wawa tetap buat tak tahu. Padanya, buat apa nak susah payah nak memasak bila dia boleh minta bonda atau ibu Chik untuk memasak apa yang dia mahu? Lepas berkahwin barulah dia tahu tinggi atau rendahnya langit itu. Haha. Memang bersilatlah Wawa di dapur. Macam-macam resipi yang dipelajarinya dan ramai je yang sanggup jadi tempat merujuk bila diperlukan.
Macam-macam juga cabaran yang terpaksa ditempuhi dek Wawa ni. Paling getir bila dia kehilangan zuriat yang dinantikan selama ini. Dugaan. Namun, berkat sokongan Encik Abu dan seluruh ahli keluarga, Wawa berjaya bangkit semula. Sempat lagi balas dendam memasak sempena Aidiladha. Dapat juga ahli keluarganya merasa kuih serikaya resipi turun temurun nenda.
m/s 402:
"Kalau nenda tengok Wa sekarang, mesti dia sama macam bonda, sama-sama bangga. Wa pandai masak, pandai jaga keluarga dengan elok dan yang paling penting, Wa dapat melawan perasaan lemah dulu." - Bonda
Benarlah, setinggi mana pun pelajaran kita sebagai seorang perempuan, hal-hal dapur ni jangan sesekali dipandang enteng.
Komen saya: Novel santai yang patut dibaca oleh individu yang bakal berkahwin. ;) Sangat menarik juga pada saya sebab ada beberapa nama yang agak '
familiar' pada pembacaan saya turut terselit dalam naskhah ini. Terima kasih Ika Madera untuk kisah penuh dengan resipi ini. :)
2 comments:
Novel ni best walau pon awal2 bab agak boring..siap sy ckp..'ape yg writer ni merepek'. Lepas dia jumpa en.abu baru rasa teruja nak habiskn.
Novel ni dah jadi salah 1 buku resepi sy. Hahahaha
ish, kecik ati kak ika agaknya kalau dia baca nih. hihi.
ha'ah samalah, saya siap salin lagi resipi dalam nih. :)
Post a Comment