Tajuk: Bukan Terlarang
Penulis: Nur Hazma
Penerbit: Tintarona Publications Sdn. Bhd.
Harga: RM35.00
Sabah/ Sarawak: RM-
Halaman: 883 mukasurat
ISBN: 9789833514267
Memula tengok buku ni memang tak sangka ketebalannya mencecah 800 mukasurat. Tapi disebabkan tulisannya besar-besar, maka tak terasa bebananlah nak habiskan pembacaan. :)
Ini salah satu kisah yang rasanya ramai orang gemar, kisah kahwin paksa dan cinta selepas kahwin. :)
Imran dan Maisara bersahabat baik semenjak sekolah sebab diorang ni sekampung. Maisara ni memang menyimpan perasaan ni pada Imran semenjak zaman persekolahan lagi. Maisara ni pun masa dok kat kampung tu dah ada yang berkenan, tapi sebab dia sendiri tak bersedia nak berkahwin, maka dia cari alasan untuk keluar dari kampung tu. Kebetulan pula Imran tawarkan Maisara untuk kerja di pejabatnya dan kemudian tinggal serumah dengan Tina, teman wanita Imran.
Maisara walaupun suka benar pada Imran tu, memang tak tergamak pun nak porak-perandakan hubungan Imran dan Tina. Pasrah je dia walau kekadang terpaksa jadi orang tengah bila terjadi pergolakan dalam hubungan Imran dan Tina tu.
Keadaan jadi sukar bila Imran 'tertangkap basah' oleh ibu bapanya di rumah Maisara. Kebetulan sebelum tu mereka berhujan, jadi Imran cuma tumpang mandi dan menyalin pakaian basahnya di rumah Maisara. Yang harunya sebab Imran pakai kain batik dan t-shirt Maisara. Manalah mak ayah dia tak pelik? Haha. Tapi pelik juga kenapa mak ayah Imran boleh singgah dulu ke rumah Maisara sebelum ke rumah Imran? Agaknya memang nak dijadikan cerita kot? Disebabkan mak Imran ni dah berkenan sangat kat Maisara, memang jadi alasanlah untuk nikahkan mereka berdua tu. Imran pun terpaksalah ikutkan kehendak emaknya sebab dia ni memang jenis tak boleh tengok emak dia menangis. Jadi, terpaksalah buat perjanjian dengan Maisara yang mereka akan bercerai apabila sampai ketikanya supaya Imran boleh kembali pada Tina selepas tu.
Tina ni walaupun dah diyakinkan yang Imran takkan sentuh Maisara, masih tetap dengan rasa curiganya. Memangla dok bilik berasingan. Tapi bila mak ayah Imran selalu bertandang, terpaksa jugalah berkongsi bilik. Maunya tak curiga si Tina tu?
Maisara pula memang pandai ambil hati mertua. Segala keperluan Imran pun disediakan secukupnya. Betul-betul ikhlas dari hatinya, bukan lakonan semata. Tapi bila segala rahsia hatinya dah terbongkar dek ke'ramah'an salah seorang sepupu mereka, Imran menuduh Maisara sengaja memerangkapnya supaya berpisah dengan Tina. Haish, memang sabar betul Maisara ni. Kemudian, bila Tina berundur diri daripada hubungan tak pastinya dengan Imran dan kemudian Maisara pula berhubungan baik dengan Zahim, bekas rakan sekolah mereka, Imran mula rasa tercabar. Barulah dia rasa pentingnya Maisara dalam hidupnya.
Bila Imran dah mula nak berdamai, Maisara pula yang jual mahal. Haish, kalau dok bertarik tali je memang tak habis agaknya cerita ni. Haha. Akhirnya Maisara jatuh tergolek-golek juga kat Imran ni. Cuma bila mereka merahsiakan status perkahwinan mereka daripada diketahui rakan-rakan sepejabat, memang jadi masalah bila Imran tertangkap basah pula dengan pembantunya, si Zeta tu. Masa ni lah nak tengok bijak atau bodohnya Imran menangani masalah rumahtangganya. :)
Komen saya: Kisah Bukan Terlarang ni memang nampak macam complicated. Tapi disebabkan pengolahan penulis ni yang tak begitu memeningkan kepala, maka saya tak rasa tertekan pun bila membacanya walaupun bukunya setebal buku teks matematik tambahan. :)
PERFECTLY HALAL - SURI RYANA
2 years ago
3 comments:
kena tangkap basah?? adeh.. ter @ sengaja nihh hajar?
so, tell me da ending.. hehe
akhirnya dh boleh komen, awt asek kena tangkap basah ni... amboi noty sangat depa ni.... hajar crita la ending dia, jgn la buat suspen
Mizz Acu :
yang pertama tu tak sengaja tapi yg kedua tu sebenarnya boleh elak tapi macam sengaja cari fasal. hahah.
zm:
hep, jgn meroyan kat sini eh? haha. happy ending lor. yang penting imran tak kahwin dengan zeta okay? hihi..
Post a Comment