Saturday, April 21, 2012

Aku Mahu Kamu - Aleya Aneesa

Posted by Hajar at 9:46 PM
Tajuk: Aku Mahu Kamu
Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM 19.90
Sabah/ Sarawak: RM22.90
Halaman: 498 mukasurat
ISBN: 9789831245064

Novel ni merupakan kedua karya Aleya Aneesa yang ada dalam simpanan saya. 

Kisah bermula apabila Qisya Khalesa (Qisya) bertemu dengan Ziyad Falah (Ziyad) bila Ziyad datang ke tempat kerja Qisya bagi memohon lesen perniagaan. Uniknya hubungan mereka berkembang hanya disebabkan sebatang pen oren. Haha. Sebenarnya Ziyad suka mengusik Qisya dan mencetuskan perbalahan sebab dia nampak Qisya tu sedang menanggung kesedihan. Mana kan tidak, buah hati yang dipuja bertahun-tahun berkahwin dengan orang lain. Lepas 2 tahun sibuk-sibuk pula nak cari Qisya semula. Ha, masa nilah Ziyad jadi hero. :)

Selepas insiden tu Ziyad melamar Qisya dengan bermodalkan pen oren dan sebulan lepas tu mereka bernikah.

Bahagia yang dikecapi bertambah-tambah lagi dengan kehadiran Faiq, cahaya mata mereka berdua. Keletah Faiq yang pelbagai menambahkan lagi keserian dalam keluarga mereka. Namun, selepas ulangtahun keduanya, Faiq mula menunjukkan sikap pelik. Rupa-rupanya itu petanda Faiq akan meninggalkan kedua ibu bapanya. Ziyad yang sangat kecewa dengan pemergian Faiq, menyalahkan Qisya atas kecuaiannya. Akibat kedinginan sikap Ziyad itu, Qisya meminta izin untuk pulang ke kampung. Kononnya untuk mengubati hatinya dan juga memberi ruang persendirian untuk Ziyad. Memang nampak Ziyad sangat selfish waktu ni. Selama berapa lama Qisya menghilangkan diri tu memang dia tak peduli langsung tentang keberadaan isterinya tu sampailah Qisya selamat melahirkan anak kedua mereka, Firyal.

Atas rasa kecewa dan rasa bertanggungjawab untuk mengembalikan kegembiraan kepada Ziyad, Qisya nekad tinggalkan Firyal di bawah jagaan Ziyad. Ziyad yang merindui isteri dan anaknya mengambil Firyal sebagai anak angkat disebabkan anak kecil itu ada iras rupa Qisya dan Faiq.

Selepas 4 tahun, Qisya kembali semula dan pertemuan secara tidak sengaja antara Ziyad-Qisya-Firyal di taska milik Qisya membuatkan Ziyad nekad untuk memburu Qisya semula.  Pujian patut diberikan buat Ziyad sebab tak malu mengaku kesalahan dia pada Qisya. :)


Komen saya: Sila sediakan tisu yang banyak atau tuala untuk mengelap air mata bila membaca kisah ini. Hehe.  Ni juga salah sebuah kisah yang agak laju perjalanannya.Kita tak berasa bosan membaca walau ada konflik yang agak berat dalam kisah ini. Tahniah buat penulis dan terima kasih buat si pemberi buku ini. =)

6 comments:

mizz acu said...

Hajar ~ ms dia amek firyal jd anak angkat tu dia mmg xtau tu anak dia ehh.. Aloo.. Sian Qisya.. So ending dia cmne?

Hajar said...

ha'ah. dia memang tatau tu anak dia. lepas jumpa Qisya semula, then dia siasat baru dia dpt tau Firyal tu anak dia. It's a happy ending, of course ;)

mizz acu said...

Hepi ending.. Then, nak beli laaaa ;)

Hajar said...

silakan. :)

anishahuda said...

assalamualaikum, kak hajar, ni novel aleeya annesa yg baru ke dah lama nih?

Hajar said...

waalaikumussalam.

oh bukan. buku ni terbit tahun 2010 kalau saya tak silap. buku Aleya Aneesa yg terbaru rasanya bertajuk Terus Cintai Aku.

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review