Tajuk: Si Mangkuk Tingkat
Penulis: Faziela
Penerbit: Jemariseni Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 471 mukasurat
ISBN: 9789675118784
Kisah Ashraff, si co-pilot yang dah tertarik hati dengan gadis yang dilanggarnya secara tak sengaja waktu keluar dari tandas pada hari pertama dia bekerja. Mana taknya, susah oh nak jumpa perempuan muda berbaju kurung di tengah airport. Siap bawa mangkuk tingkat lagi. Yang dia tahu gadis pujaannya bernama Edryna. Itu pun kebetulan diketahui namanya daripada 'boarding pass' yang tercicir masa 'kemalangan' tu.
Edryna pula seorang anti-lelaki disebabkan suatu peristiwa yang dialaminya waktu belajar dulu. Hanya si abang dan kawan baiknya, Sofiya saja yang tau trauma yang dihadapinya ni.
Kemudian, tak sangka pulak kedua-dua buah keluarga ni dah bercadang nak menjodohkan mereka berdua. Edryna memang dah tentulah menolak cadangan ni. Lagi pulak dia dah pernah bergaduh dua kali dengan Ashraf sebelum ni. Tapi Ashraff? Umpama orang mengantuk disorongkan bantal la. Hehe. Syarat Ashraff kalau nak menolak, Edryna kena beritahu sendiri penolakan tu dengan keluarga diorang. Ashraff tak mahu masuk campur. Yelah, pujaan hati dah dalam genggaman, takkan nak menolak kan?
Ashraff ni sangatlah penyabar. Walaupun Edryna tu dok acuh tak acuh je melayan dia sebagai suami, sabar je dia layan kerenah Edryna tu sampailah hati Edryna sedikit demi sedikit lembut dengan layanan yang diterima daripada Ashraff. Paling kantoi bila satu family mengusik Edryna yang nampak angau bila Ashraff on duty masa hari raya. Haha.
Biasalah kan, bila tengah bergembira ada je yang dengki. Edryna ditimpa kemalangan angkara manusia dari masa lalunya. Menyedari yang dia tak mampu berjalan dan bakal menyusahkan Ashraff, dia mintak Ashraff lepaskan dia untuk hidup sendiri. Adakah Ashraff bakal melepaskan Edryna? Macam mana pula dengan si pendengki dari masa lalu Edryna tu?
M/s: 123
"Mungkin takde sesiapa yang tahu apa yang saya buat dekat luar tu tapi saya tahu yang dekat bahu kanan dan kiri ni tak pernah gagal mencatat dan yang Di Atas tu tak pernah gagal melihat" - Ashraff
*melting inside* :)
Komen saya: Walaupun saya dah pernah baca keseluruhan kisah ni di blog dulu, saya tetap membeli buku ni sebagai koleksi peribadi sebab dah jatuh hati dengan enche' pilot ni. Haha. Tapi rasanya versi cetak ni lebih lengkap sebab ada juga bahagian yang agak tergantung di blog dulu. Tahniah Faziela! Lepas ni kalau nak sambung kisah Amsyar dan Sofiya pun bagus juga. Hehe. =)
2 comments:
Betul kata hajar, saya pun dah jatuh hati dengan enche' pilot tu. hehehehe. Cerita ni menarik dan senyum-senyum kalau baca pada saya la. Bila baca buku ni banyak ilmu dapat pasal alam sekitar, pasal seorang pilot dan kapal terbang. Buku ni juga la pencetus bagi saya untuk kembali baca novel setelah 9 tahun tinggalkan aktiviti ni. Last baca novel 2003 bertemu buku ni dalam awal tahun 2012 terus jatuh hati nak baca novel-novel lain.
Tahniah buat penulis buku ni, harap ada la buku dari penulis ni akan datang.
Along Nani
kan? tak stress pun bacanya. oh, lama juga ye awak tinggalkan novel? Novel pertama yg saya beli lepas lama tak baca novel adalah RADHA. Itu yang sampai sekarang melekat dengan novel-novel JS. :)
Post a Comment