Tajuk: Jodoh Itu Milik Kita (JIMK)Penulis: Sara AishaPenerbit: Karyaseni EnterpriseHarga: RM 26.00Sabah/ Sarawak: RM 29.00Halaman: 766 mukasuratISBN: 9789670246147Kisah ini memang tipikal yang ramai orang suka, kisah kahwin paksa atau kisah kahwin bukan atas dasar cinta. Tapi cara penulis menggarap kisah ini menarik minat kita untuk meneruskan pembacaan.
Dahlia Darius (Dahlia) dan Aariz Danial (Aariz) dinikahkan pada hari Dahlia sepatutnya berkahwin dengan Syafiq (adik angkat kepada Aariz). Aariz sanggup berkahwin dengan Dahlia atas sebab ingin membalas jasa baik keluarga angkat yang telah membesarkannya dan juga atas dasar untuk menyelamatkan maruah kedua-dua buah keluarga. Memang kalau ikut tipikalnya mesti ada adegan post-wedding agreement segala kan? Tapi untuk Aariz dan Dahlia diorang decide untuk go with the flow. Tak perlu nak fikirkan apa yang akan jadi masa akan datang. Memang sweet couple diorang ni. Nampak bahagia walaupun berkahwin bukan atas dasar cinta.
Syafiq, jadi tunangan Dahlia sebab Pn. Marina (ibu Shafiq dan Aariz) berkenan sangat nak jadikan Dahlia tu menantunya. Tapi Syafiq bukan rela sepenuhnya pun terima Dahlia sebagai tunang. Dia masih belum melupakan bekas teman wanitanya, Alya. Dia melarikan diri pada hari pernikahan dia pun sebab nak kejar semula cinta Alya kononnya. Alya ni pula sebenarnya melarikan diri ke Wellington sebab tak sanggup berdepan dengan perangai psiko Syafiq tu. Bila tak dapat nak pujuk Alya untuk jadi 'aset milikan'nya semula, Syafiq pun decide untuk kembali ke Malaysia konon-kononnya untuk menebus kesalahan dia meninggalkan majlis perkahwinan sendiri. Bila balik Malaysia, dikejutkan pula dengan berita yang Aariz dah selamat bernikah dengan Dahlia sejurus selepas Syafiq meninggalkan Dahlia pada majlis pernikahan tu. Maka bermulalah sesi membalas dendam Syafiq. Heh.
Watak Syafiq ni memang buat saya geram. Dah sah-sah dia yang salah tinggalkan Dahlia tapi dia masih nak salahkan Aariz sebab ambil alih tempat dia jadi suami Dahlia. Padanya, Aariz tak layak untuk Dahlia. Rupanya, Syafiq memang dengkikan Aariz sebab dia rasa ibu bapa dia melebihkan Aariz semenjak kedatangan Aariz dalam keluarga dia. Jadi, dia berazam yang dia takkan benarkan Aariz untuk mengecap kebahagiaan. Lebih-lebih lagi dengan Dahlia, yang kononnya patut kahwin dengan Syafiq. Pandai sungguh Syafiq mempergunakan 'rahsia' Aariz semata-mata untuk mengugut Aariz supaya lepaskan Dahlia. Hmm, memang psikopat Syafiq ni.
Bagaimana agaknya penerimaan Dahlia bila tau 'rahsia' di sebalik nama Aariz Danial? Bagaimana pula dengan perkahwinan mereka? Apa pula yang terjadi kepada Syafiq si psikopat? Semuanya bakal terjawab dalam naskhah ini. ;)
Komen saya: Memang betul apa yang telah dikatakan oleh salah seorang pembaca kisah ini, yang JIMK ni cukup perisa. Adunan kisah yang juga berjaya membuat emosi saya jadi roller coaster. Tahniah buat penulis untuk karya pertamanya ini. Terima kasih juga untuk coretan ringkas di buku saya. =)
0 comments:
Post a Comment