Tajuk: Baju Melayu Hijau Serindit (BMHS)Penulis: SyudPenerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd. Harga: RM 19.00Sabah/ Sarawak: RM 22.00Halaman: 430 mukasuratISBN: 9789675118593One of my favourite book from one of my favourite author. :)
BMHS ni berkisar tentang Wardah yang terpaksa mempergunakan Firas untuk mengelakkan diri daripada dijodohkan dengan Ilham. Walaupun, sebenarnya Wardah sukakan si Ilham tu, tapi Wardah tak mahulah menangguk di air keruh. Ilham tu dah la baru putus tunang, tup-tup ibu Wardah nak jodohkan dia dengan Ilham pula. Wardah nak jadi mangsa
rebound relationship? Memang takla kan jawapannya?
Jadi, bila Firas hubungi dia untuk sesi berkenalan, umpama satu rahmat buat Wardah. Rela dia mintak pertolongan Firas untuk menyamar jadi
boyfriend sementara semata-mata untuk mengelakkan
match-making session dengan Ilham si Clark Kent tu.
Awalnya pertemuan antara Wardah dengan Firas ni bukanlah dalam keadaan baik pun. Wardah selamba aje gelarkan Firas tu Shrek (masa tu hari Jumaat dan Firas pakai baju Melayu warna hijau serindit) sebab dia tak dapat nak beli buku ganti untuk adiknya, Laily. Firas dah borong 2 naskhah terakhir buku Nyanyian Tanjung Sepi tu untuk kakak dan adiknya. Mahunya tak mengamuk Wardah. Sampai hentak-hentak kaki keluar dari kedai buku tu. Kebetulan pulak Wardah memakai kasut berwarna merah. Terus dapat gelaran
Dorothy (
Wizard of Oz).
Lepas tu, pertemuan demi pertemuan secara tak sengaja akhirnya buat Firas tergerak hati untuk berkenalan dengan si
Dorothy. Gigih dia mencari nombor telefon Wardah sebab nombor telefon dan kad perniagaan yang diberi pada Wardah, satu pun Wardah tak hiraukan. Akhirnya dapat juga nombor telefon rumah Wardah dengan bantuan Adil dan Aulia (Untuk Awak Teja Aulia) lepas pertemuan tak sengaja dengan Wardah masa kenduri kahwin Adil dan Aulia.
Pelik juga sebab Firas setuju je nak jadi
boyfriend olok-olok Wardah. Strategi nak pikat Wardah kan? Dalam tak sedar rupanya masing-masing dah suka sama suka tapi banyak je 'pengganggu' dalam hubungan platonik diorang ni. Dengan salah fahamnya lagi. Tapi memang berbaloi sebab akhirnya masing-masing
realise yang diorang memang suka sama suka.
M/s 423:
Wardah,
Ini untuk
you,
free gift sebab
you suka kat
I.
Firas
Comel kan? ;)
Komen saya: Satu lagi kisah 'manis' yang berjaya dilakar oleh Syud. :). Seperti biasa, buku tulisan Syud akan ada kesinambungan antara satu sama lain. Walaupun ia bukan sambungan kisah terdahulu, tapi sekurang-kurangnya kita dapat tahu kesudahan kisah mereka. Macam Adil yang dah berkahwin dengan Aulia (Untuk Awak Teja Aulia). Azril dan Lisa pulak sedang menanti kehadiran cahayamata mereka (Tentang..Dhiya). Lepas ni kisah tentang siapa pulak eh? Oh, mungkin Jiji (kawan Lisa dalam Tentang.. Dhiya) dan kisah Firdaus (Dia, Dalam Ramai) kot? ;)
3 comments:
suka novel syud..sgt sweet..:D
yup. novel dia semua manis2 belaka. tapi takdelah sampai terlebih gula kan? ;)
awak betullll! dah baca vignette? saya dah habis baca nak ulangkaji semula pasangan2 lain
Post a Comment