Tuesday, February 26, 2013

Dandelion Ditiup Angin - Aidah Bakri

Posted by Hajar at 10:12 PM 1 comments



Tajuk: Dandelion Ditiup Angin
Penulis: Aidah Bakri
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 460 mukasurat
ISBN: 9789670508085

Sebenarnya saya dah lama tamat baca buku ni, cuma masa sangat terhad untuk menaip. Haih.

Kisah Nurin Ardini (Dini) dan Harraz Rifqi (Rifqi) ni agak teka-teki pada mulanya. Kita akan beranggapan yang Rifqi dah 'merosakkan' Dini sampai akhirnya Dini mengandung. Rupanya mereka terpaksa berkahwin disebabkan salah faham yang berlaku. Rifqi cemburukan Dini yang dapat perhatian daripada kedua ibu-bapanya walaupun Dini sebenarnya hanyalah anak pembantu rumah mereka. Akibat dendam dan sakit hati yang disimpan Rifqi, Dini yang terpaksa menerima padahnya. Kematian ibu Dini membawa titik perubahan dalam hidup Dini.

Dari sinilah kita nampak macam mana Dini berdepan dengan dugaan-dugaan yang melanda hidupnya satu demi satu. Selepas pemergian ibunya, anak kecil Dini pula yang dijemput pergi. Memang tragis. Dengan sokongan Ibu Rasyidah dan Iffa, Dini kembali menyambung pengajiannya dan kembali semula ke Malaysia 10 tahun berikutnya dengan gelaran seorang Doktor. :)

Rupanya kepulangan Dini ke Malaysia memang untuk ditakdirkan bertemu kembali dengan Rifqi. Kebetulan, Dini pulang menggantikan tempat Doktor Irdina yang juga merupakan bekas doktor keluarga Rifqi. Sesungguhnya memang nampak mudah jalan untuk Rifqi menawan kembali si isteri. Lebih-lebih lagi dengan sokongan Ibu Rasyidah, Iffa dan juga Umi Zaharah.  Tapi luka yang dipalit kepada Dini  bertahun dahulu tak mudah untuk diubati. Keras sungguh hati Dini. Memang betul-betul macam dandelion, bunga liar kegemaran Dini. Macam manalah agaknya Rifqi nak melembutkan hati Dini ya?

Komen saya: Saya suka kisah ni. Walaupun dengan plot yang biasa, penulis mampu buat saya bertahan membaca buku ni melalui gaya bahasa yang agak puitis dan membuai rasa. Tahniah buat penulis. Satu lagi perkara yang saya suka bila Rifqi 'mendenda' Dini setiap kali Dini mengungkit 'kesakitan' yang dialaminya selama 10 tahun tu. Nampak macam takde impak. Cuma bila kita fikirkan betul-betul, kata-kata tu kan seumpama doa. Jadi, secara psikologinya mungkin akan beri kesan perlahan-lahan untuk Dini kan? ;) 

Sunday, February 17, 2013

Kurnia Untukku - Liz Haliza

Posted by Hajar at 10:49 PM 6 comments
Tajuk: Kurnia Untukku
Penulis: Liz Haliza
Penerbit: Penulisan Enterprise
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman: 484 mukasurat
ISBN: 9789671120880

Jujurnya saya suka bila Zain ceraikan Hadfina Haifa (Fina) ni. Aish, awal-awal lagi saya dah bagi ayat kejam kan? Bukan apa, macam yang pernah saya mention dalam resensi terdahulu, saya memang agak anti dengan watak lelaki ego ni. Zain ni termasuklah salah seorangnya. Huh. Dapat isteri yang baik, selalu mengalah memang buat Zain ni naik tocang. Kesian Fina. Dengan hidup terkongkong, nak jumpa keluarga sendiri pun susah. Saya kagum bila jumpa isteri yang taat macam ni. Suami dah naik tangan pun boleh lagi bertahan. Haish.

Dah bercerai baru nak menyesal. Nak menyesal pun tak berguna bila dah jatuh talak 3. Bila Fina dah mula terima hakikat yang mereka tiada jodoh, Zain mula mendesak supaya Fina berkahwin dengan lelaki pilihannya  sebagai suami sementara supaya mereka dapat kembali bersama. Berasa tertekan dan keliru, Fina membawa diri ke Hatyai.

Percutian Fina ke Haytai menemukan Fina dengan Yusuf Thaqif Curnia (Curnia). Curnia ni selalu sangat menyakat Fina sampai Fina dah naik menyampah. Rupanya itu cumalah taktik Curnia nak mendekatkan diri dengan Fina sebab Curnia memang dah jatuh hati dengan Fina semenjak pertemuan pertama mereka. Di saat  Curnia menawarkan diri untuk menjadi suami, harapan Fina untuk bersama Zain kembali membara. Haih, suka hati je nak mempermainkan ikatan suami isteri. Lepas pernikahan mereka, Fina lebih mengenali peribadi Curnia dan mula membandingkan Curnia dengan Zain. Haruslah Zain tinggal bertapak-tapak ke belakang. Haha.

Saat Fina mula mengerti dan menghargai Curnia dalam hidupnya, Zain datang menagih janji. Kemudian datang pula Sophie yang menagih cinta Curnia. Adoi, macam drama kan? Sebenarnya tak pun.. :P

Komen saya: Cerita ni pada saya kisah biasa-biasa. Cuma ia diadun dengan gaya dan bahasa yang mudah difahami. Kisah yang dramatik pun tak jadi stress bila kita baca. Hehe. Saya suka watak Curnia yang nakal dan cool ni. Konflik pun ala-ala manja je, takde sampai tahap nak lempar buku. Tahniah buat penulis. Sebut ikan baung teringat kampung, rupanya penulis ni orang kampung saya. Tak sangka. :)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review