Tuesday, February 26, 2013

Dandelion Ditiup Angin - Aidah Bakri

Posted by Hajar at 10:12 PM



Tajuk: Dandelion Ditiup Angin
Penulis: Aidah Bakri
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 460 mukasurat
ISBN: 9789670508085

Sebenarnya saya dah lama tamat baca buku ni, cuma masa sangat terhad untuk menaip. Haih.

Kisah Nurin Ardini (Dini) dan Harraz Rifqi (Rifqi) ni agak teka-teki pada mulanya. Kita akan beranggapan yang Rifqi dah 'merosakkan' Dini sampai akhirnya Dini mengandung. Rupanya mereka terpaksa berkahwin disebabkan salah faham yang berlaku. Rifqi cemburukan Dini yang dapat perhatian daripada kedua ibu-bapanya walaupun Dini sebenarnya hanyalah anak pembantu rumah mereka. Akibat dendam dan sakit hati yang disimpan Rifqi, Dini yang terpaksa menerima padahnya. Kematian ibu Dini membawa titik perubahan dalam hidup Dini.

Dari sinilah kita nampak macam mana Dini berdepan dengan dugaan-dugaan yang melanda hidupnya satu demi satu. Selepas pemergian ibunya, anak kecil Dini pula yang dijemput pergi. Memang tragis. Dengan sokongan Ibu Rasyidah dan Iffa, Dini kembali menyambung pengajiannya dan kembali semula ke Malaysia 10 tahun berikutnya dengan gelaran seorang Doktor. :)

Rupanya kepulangan Dini ke Malaysia memang untuk ditakdirkan bertemu kembali dengan Rifqi. Kebetulan, Dini pulang menggantikan tempat Doktor Irdina yang juga merupakan bekas doktor keluarga Rifqi. Sesungguhnya memang nampak mudah jalan untuk Rifqi menawan kembali si isteri. Lebih-lebih lagi dengan sokongan Ibu Rasyidah, Iffa dan juga Umi Zaharah.  Tapi luka yang dipalit kepada Dini  bertahun dahulu tak mudah untuk diubati. Keras sungguh hati Dini. Memang betul-betul macam dandelion, bunga liar kegemaran Dini. Macam manalah agaknya Rifqi nak melembutkan hati Dini ya?

Komen saya: Saya suka kisah ni. Walaupun dengan plot yang biasa, penulis mampu buat saya bertahan membaca buku ni melalui gaya bahasa yang agak puitis dan membuai rasa. Tahniah buat penulis. Satu lagi perkara yang saya suka bila Rifqi 'mendenda' Dini setiap kali Dini mengungkit 'kesakitan' yang dialaminya selama 10 tahun tu. Nampak macam takde impak. Cuma bila kita fikirkan betul-betul, kata-kata tu kan seumpama doa. Jadi, secara psikologinya mungkin akan beri kesan perlahan-lahan untuk Dini kan? ;) 

2 comments:

fatonahHairil said...

Oh, dah lama cari buku ni..tak jumpa2 juga..baca review pon jadilahhhh....

Mohammad Nor Azilawati said...

Mmg best cerita nie... tahniah untuk penulis

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review