Sunday, February 17, 2013

Kurnia Untukku - Liz Haliza

Posted by Hajar at 10:49 PM
Tajuk: Kurnia Untukku
Penulis: Liz Haliza
Penerbit: Penulisan Enterprise
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman: 484 mukasurat
ISBN: 9789671120880

Jujurnya saya suka bila Zain ceraikan Hadfina Haifa (Fina) ni. Aish, awal-awal lagi saya dah bagi ayat kejam kan? Bukan apa, macam yang pernah saya mention dalam resensi terdahulu, saya memang agak anti dengan watak lelaki ego ni. Zain ni termasuklah salah seorangnya. Huh. Dapat isteri yang baik, selalu mengalah memang buat Zain ni naik tocang. Kesian Fina. Dengan hidup terkongkong, nak jumpa keluarga sendiri pun susah. Saya kagum bila jumpa isteri yang taat macam ni. Suami dah naik tangan pun boleh lagi bertahan. Haish.

Dah bercerai baru nak menyesal. Nak menyesal pun tak berguna bila dah jatuh talak 3. Bila Fina dah mula terima hakikat yang mereka tiada jodoh, Zain mula mendesak supaya Fina berkahwin dengan lelaki pilihannya  sebagai suami sementara supaya mereka dapat kembali bersama. Berasa tertekan dan keliru, Fina membawa diri ke Hatyai.

Percutian Fina ke Haytai menemukan Fina dengan Yusuf Thaqif Curnia (Curnia). Curnia ni selalu sangat menyakat Fina sampai Fina dah naik menyampah. Rupanya itu cumalah taktik Curnia nak mendekatkan diri dengan Fina sebab Curnia memang dah jatuh hati dengan Fina semenjak pertemuan pertama mereka. Di saat  Curnia menawarkan diri untuk menjadi suami, harapan Fina untuk bersama Zain kembali membara. Haih, suka hati je nak mempermainkan ikatan suami isteri. Lepas pernikahan mereka, Fina lebih mengenali peribadi Curnia dan mula membandingkan Curnia dengan Zain. Haruslah Zain tinggal bertapak-tapak ke belakang. Haha.

Saat Fina mula mengerti dan menghargai Curnia dalam hidupnya, Zain datang menagih janji. Kemudian datang pula Sophie yang menagih cinta Curnia. Adoi, macam drama kan? Sebenarnya tak pun.. :P

Komen saya: Cerita ni pada saya kisah biasa-biasa. Cuma ia diadun dengan gaya dan bahasa yang mudah difahami. Kisah yang dramatik pun tak jadi stress bila kita baca. Hehe. Saya suka watak Curnia yang nakal dan cool ni. Konflik pun ala-ala manja je, takde sampai tahap nak lempar buku. Tahniah buat penulis. Sebut ikan baung teringat kampung, rupanya penulis ni orang kampung saya. Tak sangka. :)

6 comments:

syira destroyer said...

hajar... hri tu sy rse nk campak buku jgn gangu lenaku...
sakit hati dgn emalin!!!!

Hajar said...

syira:
hahahaha. memang emo dgn manusia mcm tu. pastu at the end still terlepas kan? lagilah rasa grrr!

si yellow said...

hahaha..suka curnia..sangat kelakar..boleh dia nk nama kan anak dia..senduk laa..perik la..belanga la..haha..curnia memang terbaik buat fina..x macam zain tu...rasa nak maki2 je..

Liz Haliza said...

Hai Hajar, orang Segamat ke? Terima kasih sebab sudi pegang, beli, baca dan last sekali review Kurnia Untukku. Actually saya seorang yang tak suka buku penuh konflik, hati tak kuat. Hehehe... Kalau tengok drama pun aduh, ttp tv kalau konflik terlalu menyakitkan hati. Tetapi saya akan cuba mencabar diri dan hati saya utk nex novel.

Hajar said...

si yellow:

Haha, ada gak geng anti-Zain ni. Saya memang rasa nak tolak dia masuk lombong. :p

Liz Haliza:

Ye kak, saya orang Segamat. :) Sama-sama. Terima kasih juga sebab sudi bertandang ke mari.

Kak, saya pun tak berapa gemar novel-novel yang ada konflik tahap pecah kepala ni. 10 atau 11 tahun dulu mungkin saya boleh terima tp skrg ni, memang tak masuk list la..

Liz Haliza said...

Yup,dulu suka layan novel berat, skang dah tua kut..hehe. But ths blog berguna sgt utk akk tgk review mana2 novel yg akk blm ada lg.

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review