Sunday, May 11, 2014

Hanya Dia...Cinta

Posted by Hajar at 8:00 AM 2 comments
Tajuk:  Hanya Dia... Cinta
Penulis: Farah Husain
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  504 mukasurat
ISBN: 9789670718019

Tentang Hanya Dia... Cinta

1. Berbanding Dia… Random Guy (DRG) saya baca kisah ni tanpa letak apa-apa expectation dan......saya suka!

2. Seperti kata penulis, kisah ini kisah biasa-biasa yang dilakarkan oleh orang biasa dan diilhamkan berdasarkan kisah insan-insan biasa di sekeliling penulis. Dan, memang betul! Ops, mungkin latar belakang nampak mewah tapi kisahnya tetap kisah biasa yang saya kira memang berlaku dalam hidup kita seharian.

3. Jika anda mengharapkan kisah ini semanis kisah DRG, lupakanlah. Tapi Adhan Mikail (Adhan) memang seorang yang bermulut manis, tak dinafikan. :) Manakala Zara Harlina Elyas (Zara) si pujaan hati Adhan ni sangatlah degil, rebellious dan kuat sentap. Haha. Tapi sungguh pun dia blur ayam, Zara sangat tetap pendirian dan tahu apa yang dimahukannya.

4. Suka sorrounding kisah ini. Hubungan persahabatan dan kekeluargaan yang erat tak pernah dilupakan. Oh, bagi yang rindukan si sexy-goatee Amzar dan Alina, cameo appearance mereka di dalam kisah ini mungkin mampu mengubati kerinduan. Hihi.. :D

5. Saya jadi turn-off sikit bila Adhan tak yakin yang Zara akan terima kekurangannya setelah tahu latar belakang Adhan. Aiyaaaa.. Tapi logiklah, mana ada manusia yang 100% sempurna dalam dunia ni, kan? Mesti ada kekurangan di sana sini.

6. Penekanan tentang bersederhana dalam apa yang kita lakukan. Sekalipun kita mampu, tak bermakna itu boleh jadi tiket untuk membazir dan menunjuk-nunjuk. Terutamanya dalam mengadakan majlis perkahwinan. Dan itu yang dipegang oleh Adhan dan Zara dalam melaksanakan majlis perkahwinan mereka.

7. Suka transformasi sisi watak Zara yang negatif tu kepada Zara yang penyabar dan banyak bertolak ansur selepas berkahwin dengan Adhan. Walaupun ada ketikanya tercabar juga dengan keegoan Adhan, tapi Zara masih sedar tentang hakikat kedudukannya sebagai seorang isteri.

8. Adhan sangat sayangkan keluarganya walaupun mereka hanya keluarga angkatnya. Jadi tak hairan bila Adhan turut 'hilang' bersama pemergian ibunya. Sobs. Kita dapat lihat kesabaran Zara melayan Adhan yang larut dan hilang dalam kesedihannya walaupun dia sendiri belum pulih daripada kesedihan akibat kehilangan bayi mereka.

Selagi namanya manusia, memang kita tak akan pernah puas dengan apa-apa. Sebab itu kita diajar agar sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kecil, besar, susah, payah, miskin, kaya...kita kena bersyukur dengan semuanya. Kita kena ajar hati kita, semua ini hanya pinjaman Allah. Cukup masa, kita kena kembalikan semula pada yang berhak. - papa Adhan, m/s 462

Yang penting Adhan cepat sedar daripada kesilapannya. Itu bonus marks untuk Adhan. :)

9. Satu lagi perkara yang saya suka tentang kisah ini adalah, tak wujud orang ketiga yang bakal menambahkan drama. Yay! :P

10. Dijamin less sugar (Pengulangan fakta. :P). Tahniah Farah. Moga dikurniakan ilham untuk menghasilkan karya yang lebih baik daripada ini. :) 

Saturday, May 10, 2014

Tic Tac Toe

Posted by Hajar at 9:49 PM 1 comments
Tajuk: Tic Tac Toe
Penulis: Jill Naura
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  477 mukasurat
ISBN: 9789670508535

Perkahwinan memang belum ada dalam agenda hidup Fikhri. Apatah lagi bergelar suami kepada wanita yang sepatutnya menjadi kakak iparnya.

Disebabkan kecewa dengan kecurangan kekasihnya, Fikhri memberi kata dua kepada Afrina sama ada untuk mengaku kesalahannya atau Fikhri menerima cadangan kedua ibu bapanya untuk berkahwin dengan calon pilihan mereka sekaligus menamatkan hubungan cinta mereka.

Sandiwara Fikhri akhirnya jadi kenyataan bila dia terpaksa menggantikan tempat Fakhri untuk berkahwin dengan Zhila. Keluarga mereka menganggap Fakhri melarikan diri kerana tak mahu berkahwin dengan Zhila. Hakikatnya Fakhri diculik oleh orang upahan Afrina. Part ni memang macam kartun sikit sebab cerita Fakhri tentang dia diculik tu memang tak logik. Penculik tak minta tebusan dan kemudian tinggalkan orang yang diculik untuk melepaskan diri sendiri. Haha. Tapi, cakap apa pun dah tak guna sebab Fikhri dah selamat jadi suami Zhila.

Bermulalah hidup baru Fikhri dan Zhila. Awalnya memang nampak Fikhri ni okay, layan Zhila dengan baik walaupun kadangkala datang juga angin membulinya tu. Zhila pun sabar je layan kerenah Fikhri di samping cuba untuk terima sekaligus menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka ini. Tapi bila Fikhri mula berbaik-baik dengan Afrina, segalanya jadi kucar-kacir. Hidup mereka memang dah macam permainan tic tac toe gara-gara kedangkalan pemikiran Fikhri. Rasa nak luku je Fikhri ni. Dah dapat isteri yang baik macam Zhila tu pun ada hati nak cari Afrina yang hampeh tu. Haish.

Jadi, adakah salah seorang daripada mereka beralah atau kedua-duanya menyerah kalah kepada perasaan mereka?

Komen saya:

1. Sangat tak suka Fikhri. Ego, perasan bagus dan asyik nak menang. Lagi menyampah bila ego dia naik menjulang sebab Zhila selalu beralah dengan sikap dia. Hish! Mujurlah, dia akhirnya sedar juga tentang perasaannya sendiri.

2. Suka Zhila. Sebab karakter dia yang lembut tapi tegas. Sungguh pun suami buat hal, dia masih mampu berdiri teguh tanpa tunjuk kelemahan sebagai seorang perempuan.

3.Suka karakter Datuk Fakhrul, ayah Fakhri sebab dia pandai memanipulasi kelemahan Fikhri. Haha. Anak dia kan? Mestilah dia tahu tang mana kelemahan anak dia.

4. Suka Gebu-Gebu. Ehhh? Haha

5. Cerita ni agak keanak-anakkan sedikit. Bukan apa, memang terserlah sisi tak matang Fikhri tu bila dok bertarik tali dengan Zhila. Patutnya sebagai suami dialah yang kena jadi pemimpin kan? Ini dia pula yang tolong melingkupkan rumah tangga sendiri. Haish.

6. Saya belum berkesempatan untuk baca karya pertama penulis, maka tak dapatlah nak bandingkan keduanya. Apa pun, tahniah untuk kelahiran karya kedua ni. Moga terus dikurniakan ilham untuk berkarya. :)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review