Tuesday, May 28, 2013

Yang Manis - Marissa

Posted by Hajar at 10:48 PM



Tajuk: Yang Manis
Penulis: Marissa
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman: 625 mukasurat
ISBN: 9789670246475

Akibat terlanggar Raees secara tak sengaja waktu Raees sedang sibuk mencari rumah sewa kawan sekampungnya,  buat Iman teringat-ingat. Lebih-lebih lagi Iman siap tertumpahkan bekalan makanan yang Raees bawa dari kampung. Bila Iman hulurkan wang sebagai ganti rugi, Raees cepat-cepat menolak. Bertambah menggununglah rasa bersalah Iman pada Raees.

Rupanya jalan untuk mereka bertemu sangat mudah. Raees diterima bekerja di syarikat milik keluarga Iman selang beberapa hari selepas itu. Bila Iman tahu Raees bekerja di situ, makin senanglah  Iman nak jalankan misi untuk memikat Raees yang diminati tu. Perkenalannya dengan Raees juga bawa impak positif bila Iman tiba-tiba bersetuju untuk mula bekerja dengan syarikat keluarganya walaupun hanya sebagai receptionist. :)

Lama kelamaan hubungan mereka tambah rapat walaupun mereka berdua ni ibarat langit dengan bumi. Manakan tidaknya, Iman ni suka berpakaian ala-ala tak cukup kain manakala Raees ni anak kampung yang cukup solat lima waktu. Tapi Raees berjaya juga tegur dengan cara baik agar Iman menukar gaya berpakaiannya. Yelah, bila dah suka Iman ikutkan aje walaupun Nawal, kawan baik Iman jenuh dok brainwash si Iman ni.

Tiba-tiba muncul Tengku Badrul, sepupu Iman yang suka sangat memburukkan Iman di kalangan keluarga mereka. Kononnya Iman tu tak sesuai dibuat isteri. Tup-tup bila tunangnya lari, Iman juga yang dicari untuk dijadikan kambing hitam. Siap guna pengaruh nenek mereka untuk berkahwin dengan Iman. Mujurlah Wafi, abang Iman tu sangat tegas menentang kehendak nenek mereka.

Bila keadaan dah mula huru-hara, Datuk Asri (bapa Iman) meminta Raees untuk melamar Iman. Raees bersetuju dan mula memperkenalkan Iman dengan sanak saudaranya di kampung. Memang tiada halangan dari pihak keluarga Raees, cuma Humairah, ustazah yang menyimpan rasa pada Raees berusaha untuk menggagalkan perkahwinan Raees dan Iman. Heh. Macam mampu je kan? :P

Komen saya:  Baca buku ni buat saya teringat kisah Jaja dan Din. Cuma Jaja tak gedik dan lurus macam Iman ni. Haha. Kisahnya pun santai aje. Cuma saya geram dengan Tengku Badrul dan Bahiyah yang tak berputus asa memporak-perandakan keluarga Iman. Heh. Patutnya diorang end up together. Barulah sepadan. Watak Humairah tu pun jadi penambah perisa. Memang patut pun Raees awal-awal dah reject Humairah ni. Patutnya makin tinggi ilmu makin pandai nilai dan bezakan yang baik dan yang buruk. Tapi jadi sebaliknya pulak. Haish. Tahniah Kak Marissa atas kelahiran buku baru ni. Walaupun saya enjoy baca kisah ni, terasa macam ada sesuatu yang kurang. Mungkin saya yang 'kurang rasa' waktu membaca buku ni kot? :)

2 comments:

Unknown said...

saya pun dah selesai baca buku ni...kira buku pertama dibaca dari hasil tangkapan PBAKL 2013 hari tu hehe sbb saya minat karya kak Marissa @ Qaseh Qaisara ni
Iman memang seorang yang lurus hehe, kali ni buku kak Marissa ni santai ja..tak banyak konflik...rasa nak suruh ja kak Marissa tambah lagi sbb macam sikit sangat :)

Hajar said...

Along Nani : :

Saya rasa macam ada yang kurang novel dia yang baru ni. Tak tahulah, kot mungkin deria rasa saya yang kurang sebab baru baik demam masa tu? :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review