Wednesday, April 17, 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-man Sufi

Posted by Hajar at 10:56 PM

Tajuk: Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Penulis: E-man Sufi
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman: 625 mukasurat
ISBN: 9789670246451

"Bila aku dah tak ada...Bila sampainya hari aku dah tak boleh temankan kau di dunia ni... Dan diari ni akan gantikan diri aku, setiap apa perasaan aku kat kau, aku dah tulis di dalamnya. Supaya setiap perkataan yang kau baca akan sentiasa ingatkan kau kepada aku, Mastura..." - Ahmad Ziyad Iskandar Foo.

Ehem, rasa suspen tak? Ehehe..

Kalau dalam Suami Yang Kubenci kita dihidangkan dengan kisah Uwais Ukasyah (Uwais) dan Hannah Maryam (Hannah), Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) pula membawa kita mengikuti perjalanan kisah cinta adik Hannah, Mastura yang tergila-gilakan si Jebat. Haha. Nampak macam tak senonoh je bunyinya. Tapi memang hakikatnya begitu. Cinta pandang pertamanya pada Jebat menyebabkan Mastura tekad untuk memikat Jebat. Disuruh terjun kolam ikan pun sanggup je diredah dek Mastura ni demi kerana cintanya pada Jebat. Fuh, berani habis!

Jebat ni berdarah campuran Cina dan Melayu. Selepas pemergian kedua orang tuanya akibat dibunuh oleh gengster yang bermusuh dengan Uncle Kwan (bapa saudaranya), Jebat dibesarkan oleh adik perempuan bapanya. Bermulalah perjalanan hitam hidup seorang Jebat. Atas sebab itu dia tak mahu Mastura menaruh harapan padanya walaupun dia sudah mula mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik.

Tapi Mastura tetap Mastura. Kedegilannya tak ada siapa dapat menghalang. Selepas dapat arahan daripada Tan Sri Idris (tok ayah) yang dia akan ditunangkan dengan Aryan (pegawai polis kerek yang juga sepupunya), Mastura terus melancarkan mogok lapar. Sampai warded sebab serangan gastrik. Jebat juga yang terpaksa memujuk Mastura untuk menghentikan rencana mogok laparnya itu. Haish.

Melihatkan kesungguhan Mastura membuatkan Hannah tak sampai hati untuk menghampakan harapan adiknya itu. Sebab sayangkan adik, dipujuk juga tok ayah untuk membenarkan Mastura berkahwin dengan pilihan hatinya. Yelah, walaupun dulu Hannah berkahwin dengan Uwais atas pilihan tok ayah, tapi untuk si adik dia mahu Mastura berkahwin dengan pilihannya sendiri. Sesi pujuk-memujuk tok ayah akhirnya berjaya juga dengan bantuan Uwais. Phew. Akhirnya dapat juga Mastura berkahwin dengan Jebat si pujaan  hati. :)

Kehadiran sepupu-sepupu Jebat, Tiger dan Airen, di majlis perkahwinannya mengudang rasa tak enak dalam diri Jebat. Ugutan demi ugutan dari Airen, sepupu yang pernah rapat dengannya meresahkan Jebat. Dilema melanda, sama ada nak berterus terang atau biar Mastura tahu kisah silamnnya dari orang lain?

Komen saya: Rasa nak hempuk je Mastura tu bila dia dok tunjuk ego dengan suami sendiri. Tak ingat agaknya saat dia sanggup terjun kolam ikan dan berlapar demi nak tawan hati Jebat tu dulu? Huh.. Tapi mujurlah kegeraman dan kemarahan saya tu berjaya dineutralkan oleh watak-watak lain, terutamanya Mak Cik Sari the legend. Haha. Penulis pandai imbangkan jalan cerita yang agak stress ni dengan dialog-dialog yang kadangkala buat saya tergelak sendiri. Hmm, betullah kan? Biasanya orang yang dah jumpa jalan pulang ni banyak dugaan dan cabarannya. Terutamanya bila masih ada prasangka buruk di kalangan orang yang pernah jumpa sisi gelap individu yang nak berubah tu. Macam mana sukarnya mana kita nak berubah, lebih sukar lagi nak beristiqamah dan mengekalkan perubahan tu. Cuma kalau boleh, jangan mudah prejudis. Mana tahu orang yang kita nampak jahat tu tak sejahat yang kita sangka? :)

Kadang-kadang kita tak tahu. Mungkin orang yang berbuat jahat pada kita pun pernah berbuat baik kepada kita. Kalau tak sekarang, akan datang....Atau mungkin suatu masa dulu tapi kita tak tahu. - Uwais Ukasyah  

Oh yang penting saya juga dah tau apa maksud katarsis. Yay! Thanks Cikgu E-man, berjaya buat saya rajin buka web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (DBP). Hehe. Terima kasih dan tahniah ye cikgu atas kelahiran buku baru ni. Moga perkongsian tu tak terhenti setakat ini saja. :) Tak lupa juga, terima kasih buat Nina yang belanja saya buku ni. Moga makin murah rezeki lepas ni. Amin!

12 comments:

meeka42 said...

tq ats review..buat sya mkin x sabar nk bca :D

E-man Sufi said...

terima kasih untuk review nih..:)

Hajar said...

ilman_nafi@:

sama-sama dan selamat membaca. :)

E-man Sufi:

Terima kasih kembali. :)

Unknown said...

kerana buku ni bagai nak meroyan saya cari kat kedai buku tak d yg jual lagi masa penulis cakap kat Kuantan dah ada.....akhirnya dapat juga beli online kat kedai buku fiha....
BEST sangat terubat rindu kat makcik sari, suka ngan kata-kata uwais tu....
pandai cik penulis mainkan perasaan saya bagaikan nak meletop jantung ni bila baca part kena tembak..kat kubur..dan diari tu waaaaaaaaaaaaa

Hajar said...

budakonpius:
Ahaha. comellah awak ni. Terima kasih atas kunjungan. memang emo, tapi sekejap je kan? Tak drama sangat macam novel sebelum ni. :)

Along Nani:
haha. saya mengelat sebab dah bukak bab akhir dulu sebab penulis dah bagi hint yang ending agak sedih. sabar ajelah. :)

Unknown said...

Baru abis bc! Owh yeaa... 4 bintang!!... Terhibur sgt bc & huh...emo weih time jebat kena tahan polis tuuuuu...hish bengang!! ye stuju. Mak Cik Sari the legend. I like!!! (",)

Sufi (",)

Muhamad Fareez said...

tak jual ke

Unknown said...

Mcm mana nak beli online novel nih? I cari kat book store di Kuching tak ade. Please advise

Shazaly Zainal said...

memg best la.... bila alihkan kat drama rasa teharu... tahniah pnulis

Nurul Suaidah said...

Nak beli hari ni jugak!

Unknown said...

Adoii sakit jiwa tunggu episode by episode kat astro..nak kena beli jugak buku nie..

Unknown said...

Adoii sakit jiwa tunggu episode by episode kat astro..nak kena beli jugak buku nie..

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review