Saturday, October 6, 2012

Dah Jodoh - Iman Nizrina

Posted by Hajar at 10:58 PM

Tajuk: Dah Jodoh
Penulis: Iman Nizrina
Penerbit: Kaki Novel Enterprise.
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman:  434 mukasurat
ISBN: 9789670448114



Nasira dan Nuqman bertemu  sewaktu mereka berdepan krisis dengan pasangan masing-masing. Pertemuan Nasira dan Nuqman di rumah Hasni (bakal tunang Nasira merangkap kawan baik abang Nasira) membongkar cerita kecurangan Hasni dan Zura (tunang Nuqman). Namun, belum hilang kisah kecurangan Hasni dan Zura, Nasira dan Nuqman pula yang ditangkap kerana berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan.

Kesian Nasira, belum pun sempat membela diri, keluarganya dah menghentam bertalu-talu. Mereka terlalu percayakan Hasni berbanding Nasira. Mujurlah Nuqman tak lepas tangan dalam hal ni. Dia sanggup melamar Nasira secara beradat untuk dijadikan isteri. Cuma keluarga Nasira yang agak payah nak menerima keaiban yang kononnya telah diconteng ke muka ahli keluarga mereka. Huh, memang geram juga dengan keluarga Nasira ni sebab lebih percayakan kata-kata Hasni berbanding kata-kata Nasira.

Mujurlah keluarga Nuqman memahami dan menyokong tindakan mereka berdua ni. Malah layanan mereka terhadap Nasira pun melebihi layanan keluarga Nasira sendiri. Cuma bila perkahwinan tanpa rela terjadi dalam sesebuah novel rasanya kita dah boleh agak kan ke mana arah hubungan antara kedua hero dan heroinnya?

Konflik pun tidaklah berat sampai tahap kita nak lempar buku ke longkang. Hehe. Cuma setakat gangguan-gangguan kecil daripada Hasni dan Zura yang pada pendapat saya tak beri impak pun pada hubungan antara keduanya. Sebab penulis banyak menyelitkan cara mereka menyesuaikan diri dan merapatkan hubungan mereka. Jadi bila datang 'makhluk pengacau' berdua tu tak nampak hubungan Nuqman dan Nasira bakal goyah disebabkan gangguan mereka tu.

Komen saya:  Ini pun salah satu e novel yang saya ikuti di blog penulis. Karya yang agak santai tanpa konflik yang menyakitkan kepala. Tahniah Iman untuk kelahiran buku terbaru ni. :)

6 comments:

airina said...

Saya ada baca beberapa episodnya tapi selalu saja tertinggal kih5

Ok, saya akan cari novelnya ;D

Hajar said...

airina:
hihi, kdg2 bila tau cerita tu bakal dibukukan memang membantutkan hasrat untuk mengikut, kan? bagi saya cerita ni okla, tipikal pun, janji tak sakit kepala bila baca. ;)

iman said...

terima kasih hajar

Hajar said...

iman:
sama-sama Iman. Selamat Hari Lahir ya? Moga dipermudahkan segala urusan. :)(Kebetulan terperasan birthday wish utk Iman di Fb KN tadi)

iman said...

thanks hajar

Unknown said...

best juga buku ni...bila saya baca umpama saya berada dlm cerita ni...menjadi lebih matang utk fkir masa depan....thank untk buku ni....

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review