Tajuk: Teduhan Kasih
Penulis: Marissa
Penerbit: Karyaseni Enterprise.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman: 575 mukasurat
ISBN: 9789670246222
Membaca kisah ini membuat kita jatuh simpati kepada watak utamanya, Iffa. Perjalanan hidupnya penuh liku sebelum bertemu kebahagiaannya sendiri. Sudahlah diceraikan suami waktu sedang mengandung, bekas suaminya, Ryzal tu tak mahu mengaku yang anak yang dikandung Iffa tu adalah anak daripada benihnya. Paling tak disangka, Iffa diceraikan sebab Ryzal mahu berkahwin dengan orang yang mengaku dirinya sahabat baik Iffa, Ayu. Heh. Memang kawan makan kawan punya spesies ni.
Sebaik diceraikan, Iffa menumpang tinggal di rumah keluarga tirinya. Mereka ni bukannya bersimpati, tapi makin menambah beban tekanan perasaan kepada Iffa. Walaupun pelbagai kata cacian yang diterima daripada ibu dan kakak tirinya, Iffa tetap bertahan demi anak dalam kandungannya. Layanan mereka kepada Iffa pun tak ubah seperti layanan kepada pembantu rumah. Lagi kejam, waktu Iffa dah sampai masa nak bersalin tak ada sesiapa di kalangan keluarga mereka yang membantu. Masing-masing memang dah berpakat supaya Iffa bersalin sendirian.
Kebetulan, waktu Iffa sedang menunggu teksi nak ke hospital, Ehsan muncul menawarkan pertolongan. Kira Ehsan ni macam penyelamatlah kepada Iffa. Sanggup teman Iffa sampai ke dalam
labour room walaupun mereka tiada pertalian. Cuma
part ni saya agak confuse. Sanggup pula Iffa ni biarkan lelaki bukan mahram teman. Hmm, mungkin penulis ada sebabnya sendiri. Ehsan yang dah jatuh sayang kepada Adam (anak Iffa) menawarkan tempat tinggal untuk Iffa untuk berpantang selepas melahirkan Adam.
Habis berpantang, Iffa kembali ke rumah keluarga tirinya. Kononnya untuk menumpang sementara sebelum dapat kerja. Dalam masa yang sama, hubungan dengan Ehsan masih berterusan disebabkan Adam. Ada satu peristiwa yang menyebabkan Iffa cedera dan kemudiannya nekad untuk keluar dari kongkongan keluarga tirinya. Ehsan pula dengan senang hati menerima kehadiran Iffa dan Adam dalam hidupnya. Untuk mengelakkan timbulnya fitnah, Ehsan kemudiannya melamar Iffa untuk dijadikan isteri. Masing-masing ni sebenarnya dah ada hati dalam taman. Tapi kedua-duanya fikir hubungan halal mereka berdua tu hanya disebabkan oleh Adam.
Bagaimana kedua-duanya menyesuaikan diri dalam perkahwinan ini? Bahagiakah Iffa dengan pilihannya ini? Atau masih ada lagi anasir-anasir gangguan daripada Ayu?
Komen saya: Papa Ehsan ni memang manis. Haha. Walaupun digambarkan sebagai kaki perempuan dan seorang pemabuk tapi disebabkan kehadiran seorang anak kecil yang tiada langsung pertalian darah dengannya mampu buat seorang Ehsan merubah diri menjadi manusia yang lebih baik. Phew. Saya agak berpuas hati dengan keseluruhan kisah ni sebab rasanya tak ada persoalan yang tergantung. Cuma ada sedikit kesilapan fakta yang mungkin pihak editor terlepas pandang. Oh, satu lagi untuk adik-adik, buku ini tak sesuai dibaca oleh kamu sekalian ya? Ada adegan yang tak sesuai untuk tatapan umum. Jadi para ibu atau kakak, sila tapis bahan bacaan untuk anak-anak atau adik-adik kalian ya? :)
9 comments:
kak hajar, mcm mana ni, saya adik2 lgi, tpi dh khatam buku ni 3 kali... hhahhaha
Hahahaha. Cis! Awak ni buat saya gelak besar je pepagi buta nih. :p
mmg best buku nih!xrugi beli..
sufi (",)
jatuh cinta dgn Papa Ehsan ye sufi? ;)
hmmm....hishh....buleh ke??
hahahaaaaa.....
kakak kita bc, dia kata beeesssssttttt... (~__~)
sufi (",)
apa kesilapan fakta tu ye??mohon dijelaskn..
AnSyU NurHa:
Maaf, terlepas pandang komen ni. Ada kesilapan fakta tentang perempuan datang bulan dan boleh bersolat :)
kalau macam tu kene tunggu umur 18 laaa ~ lambat lagi kene baca =.=
Shefa Tinktink :
Dear Adik Shefa, if u're wise enough to distinguish between good and bad message delivered in this book, that shouldn't be a problem for you to read it. Happy reading! :)
Post a Comment