Friday, January 31, 2014

Isteriku 19 Tahun

Posted by Hajar at 8:45 PM 2 comments
 
Tajuk: Isteriku 19 Tahun
Penulis: CikGadis
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 587 mukasurat
ISBN: 9789670246642

Akif dan Zuyyin tak pernah sangka mereka akan disatukan atas permintaan datuk mereka. Hubungan mereka tak pernah aman sedari awal. Lebih-lebih lagi Zuyyin ni memang jadi kebencian ibu Akif sedari dulu. Sejarah hitam yang berlaku dalam keluarga mereka menjadi penyebab kebencian. Jadi, memang nampak mustahil sangat penyatuan mereka berdua ni.

Bagi Akif pula, bukan setakat perasaan ‘tak suka’nya pada Zuyyin yang memustahilkan hasrat datuknya. Tapi lebih pada menjaga perasaan Aiman, abang kesayangannya yang memang sukakan Zuyyin. Namun, atas dasar menghormati permintaan datuk yang telah pergi, mereka tetap disatukan. 

Memang menjadi cabaran buat keduanya selepas berkahwin. Iyalah, macam mana gadis berusia 19 tahun nak sesuaikan diri jadi seorang isteri seorang lelaki yang tak pernah sukakan dia? Tapi lama kelamaan perasaan tak suka tu bertukar menjadi suka antara mereka. Bila masing-masing dah mula sedar perasaan sendiri memang mudahlah perjalanan hidup mereka.

Cuma yang menjadi kegusaran Akif adalah kalau-kalau Aiman menuntut janji Akif yang kononnya mahu kembalikan Zuyyin selepas keputusan peperiksaan STPM Zuyyin di kala hatinya sudah pasti dengan perasaannya terhadap Zuyyin. Berjayakah Akif mempertahankan perkahwinannya bila kebencian si ibu terhadap isterinya sangat menebal?

Komen saya: Cerita ni memang agak menarik di permulaan. Sebab seronok mengikuti perkembangan hubungan mereka yang macam anjing dan kucing sedari mula. Biarpun tak disukai, Zuyyin tetap tabah mengharungi semua kata-kata sinis Akif. Lagipun Akif ni takdelah teruk sangat pun. Jaga gengsi je lebih. Haha. Tapi graf pembacaan mula merudum bila adakalanya saya rasa Akif ni tak bertindak matang seiring usia dia. Bila ada masalah dengan Zuyyin, kena ada orang tengah yang jadi pendamai. Aduhai... Walaupun nampak kebudakan, saya masih mampu menghadamkan kisah ini dengan baik. Tahniah buat penulis atas kelahiran buku ini. Terbit juga buku ni setelah sekian lama menanti. Moga lebih banyak lagi kisah lain yang bakal menyusul selepas ini. :) 

Monday, January 27, 2014

Tiada Yang Lain

Posted by Hajar at 10:22 PM 0 comments
Tajuk:  Tiada Yang Lain
Penulis: Ana Sofiya
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  613 mukasurat
ISBN: 9789671226704

Pertemuannya pertama antara Atiqah dan Zharif menimbulkan sengketa. Sengketa yang bermula dengan salah sangka akhirnya merubah tanggapan Atiqah bila Zarif sudi membantunya sewaktu ditimpa musibah. Hubungan mereka makin rapat dan Zharif pun dah mula memberi isyarat yang memberi gambaran isi hatinya pada Atiqah. Malangnya, percaturan takdir memisahkan mereka. Atiqah ditunangkan dengan Afif yang juga merupakan sepupu kepada Zharif.

Atiqah yang memberontak diberi pilihan oleh kedua ibu bapanya; sekiranya Zharif sanggup bertemu kedua ibu bapa Atiqah, pertunangan Atiqah dan Afif akan diputuskan untuk menyatukan Zharif dan Atiqah. Namun, Zharif lebih rela mengorbankan perasaan sendiri berbanding melukakan perasaan keluarganya, lebih-lebih lagi Afif. Kekecewaan menyebabkan Atiqah rela menerima Afif sebagai suami manakala Zharif pula mengambil keputusan untuk menyambung pengajiannya.

Atiqah sangka Afif ikhlas menerimanya sebagai isteri. Tapi rupanya Afif menyimpan dendam bila mengetahui kebenaran di sebalik penyatuan mereka sebagai suami isteri. Aduhai, susah sangat ke nak berbincang dan menjernihkan keadaan? Lebih malang bila Afif lebih suka jadikan Atiqah seperti punching bag untuk melepaskan kemarahan dan dendam yang terbuku. Sampai trauma Atiqah jadinya. Haish.

Kepulangan Zharif mula menimbulkan syak wasangka Afif. Lebih-lebih lagi bila Afif mengetahui hubungan yang pernah terjalin antara Zharif dan Atiqah. Tegakan Afif melepaskan Atiqah untuk membahagiakan Zharif?

Komen saya: Bunyi macam kisah tipikal je kan? Tapi sebenarnya penulis pandai sembunyikan konflik di pertengahan cerita bila Atiqah terpaksa berdepan dengan trauma selepas berkahwin buat kali kedua. Mujurlah dapat suami yang penyabar. Phew. Jujurnya saya sangatlah tak suka dengan karakter mak Atiqah tu. Nampak sangat bias dan materialistik. Ya, tak dinafikan memang setiap ibu dan bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tapi kalau sampai sanggup memaksa tanpa berbincang dengan anak-anak pun tak guna juga. Sebab belum tentu anak-anak akan patuh macam Atiqah tu. Heh. (Ingatan untuk diri sendiri juga bila jadi emak suatu hari nanti. *Ehem* Insya-Allah)

Sebenarnya kisah ini sudah pun ditamatkan di blog penulis tak lama dulu dan Alhamdulillah ada rezeki untuk diterbitkan. Tahniah Kak Sofi. Lepas ni tunggu Amar dengan Erina pula :) Kalau buku Sampai Bila saya suka watak Alisa yang tabah tu tapi untuk kisah ini saya kagum dengan tahap kesabaran Zharif. Sangat gentleman dan penyabar. Dan tak segan silu mengaku kekhilafan diri. Alahai, ini spesies satu dalam seribu kot? :P
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review