Wednesday, July 31, 2013

Kelabu - Nadia Khan

Posted by Hajar at 8:35 PM 0 comments
Tajuk: Kelabu
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 24.90
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 456 mukasurat
ISBN: 9789670374048


Bukan senang hidup sebagai Amir ni. Hidupnya penuh kekelabuan. Hitam atau putihnya tak berapa jelas. Dan dia pun kadangkala keliru dengan identitinya sendiri. Haih.

Perkenalan Amir dengan Jun sewaktu bertugas di event sebuah kolej membawa kepada hubungan kontrak mereka. Amir ditawarkan watak boyfriend kontrak sebab Jun nak buatkan teman lelakinya cemburu. Pelawaan Jun diterima dengan senang hati walaupun teman-teman rapat Amir tak bersetuju dengan risiko yang bakal dihadapi oleh Amir bila dia bersetuju untuk membantu Jun.

Kisahnya memang mudah. Cuma kita bakal dikejutkan di pertengahan cerita. Hehe. Rasa tertipu juga mula-mula. Tapi itulah kelainan yang ditonjolkan penulis di dalam Kelabu. Bagaimana Amir membuat pilihan setelah segala kebenaran terbongkar? Hitam ataupun putih yang jadi pilihan? :)

Sebenarnya didikan ibu bapa sangat memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Kalau awal-awal lagi dah dedahkan anak-anak dengan perkara yang buruk, memang buruklah pengaruhnya. Jadi, kalau anak-anak buat hal silalah muhasabah diri dulu ye. Jangan sesuka hati nak menuding jari pada orang lain. Ops! Apa pun, tahniah buat penulis untuk cubaan berani ini.  

Komen saya: Membaca kebanyakan resensi berkaitan buku ini buat rasa ingin tahu makin membuak. Nak tahu sangat apa kelainan di sebalik plot kisah yang digarap penulis ini. Tapi malangnya rasa teruja yang saya simpan sekian lama dah tak berapa mengujakan bila saya dah terbaca kisah Suhani dalam antologi cerpen KLCC. Aiseh. Jadi bila baca buku ini saya dah tak rasa adventure dengan perjalanan kisah Amir ni. Tapi... watak Shah tu pada saya banyak jadi penyelamat kepada rasa terkilan pada diri sendiri. Hehe. Itulah, siapa suruh spoilkan diri sendiri? Cuma rasa kenapa pengakhirnya sebegitu? Siapa yang datang ke rumah Amir tu? Shah atau Amran? Recommended untuk pembaca yang mencari kelainan plot dan jalan cerita. :)

Pergi Tanpa Alasan - Hani Fazuha

Posted by Hajar at 8:18 PM 0 comments
Tajuk: Pergi Tanpa Alasan
Penulis: Hani Fazuha
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  500 mukasurat
ISBN: 9789671192511

Ini kisah Rihana yang pernah tersasar jauh dari landasan hidup yang sepatutnya. Akibat leka dan alpa dengan nikmat dunia, Rihana lupa dengan segala didikan yang diterapkan oleh kedua ibu bapanya sejak kecil. Kerjaya Rihana sebagai social escort (atau dalam bahasa mudahnya GRO) memberinya peluang untuk berkenalan dengan lelaki-lelaki berwang yang gemar mencari hiburan di luar termasuklah Hakim. Kemewahan yang ditabur oleh Hakim juga menghanyutkan Rihana. Namun, suatu peristiwa yang nyaris meragut maruah Rihana membawa Rihana menyedari kekhilafan yang sedang dilakukannya.

Bagi Hakim, Rihana bagai ubat bagi segala penyakitnya. Memberi ketenangan walaupun Rihana diibaratkan umpama merpati. Dipanggil merapat tapi bila ditangkap ia melarikan diri. Pertemuan kembali setelah 6 bulan Rihana menghilangkan diri menyedarkan Hakim. Dia mahukan Rihana bukan hanya kerana tuntutan nafsunya semata, tapi kerana rasa yang dah meresap dalam hatinya. Aura Rihana sangat payah untuk dielak walaupun perwatakan Rihana tak sama dengan Rihana yang dikenalinya 6 bulan dulu.

Bermula saat pertemuan kembali dengan Rihana, Hakim bertekad untuk mengikat Rihana menjadi yang halal buatnya. Walaupun Rihana berdegil menolak kehadirannya, Hakim pasti ada cara untuk membuatkan Rihana berkata ya untuk setiap kehendaknya. Termasuklah untuk memaksa Rihana bersetuju untuk mengahwininya. Haish. Hakim..Hakim.. Tak sedar agaknya kehadiran Rihana di sisinya bakal mengundang pelbagai masalah. Lebih-lebih lagi bila Hakim sendiri sebenarnya sudah ditunangkan dengan Nelly, anak kenalan keluarganya.

Berjaya atau tidak mereka mencorakkan rumahtangga mereka tanpa gangguan dan campur tangan kedua ibu bapa Hakim?

Komen saya: Kisah ini memang bertumpu pada kisah Rihana dan Hakim. Bagaimana Rihana ketemu hidayah. Macam mana susahnya Rihana nak memadamkan sejarah hitam yang dipalitkan dalam kehidupannya bila bertemu kembali dengan insan-insan daripada kehidupan lampaunya dalam perjalanan penghijrahannya. Bagi watak Hakim pula, saya nampak dia agak mementingkan diri bila seboleh mungkin dia mahu memperisterikan Rihana walau tanpa restu kedua ibu bapanya. Heh. Memang bukan hero pilihanlah nampak gayanya. Saya rasa ramai yang menyukai kisah ni kerana elemen manis bergula di dalamnya. :) Sekalung tahniah buat penulis atas kelahiran karya terbaru di bawah penerbitan sendiri. Moga makin banyak karya bermutu yang bakal diterbitkan di bawah label Idea Kreatif. :)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review