Tajuk: Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Penulis: E-man Sufi
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman: 625 mukasurat
ISBN: 9789670246451
"Bila aku dah tak ada...Bila sampainya hari aku dah tak boleh temankan kau di dunia ni... Dan diari ni akan gantikan diri aku, setiap apa perasaan aku kat kau, aku dah tulis di dalamnya. Supaya setiap perkataan yang kau baca akan sentiasa ingatkan kau kepada aku, Mastura..." - Ahmad Ziyad Iskandar Foo.
Ehem, rasa suspen tak? Ehehe..
Kalau dalam Suami Yang Kubenci kita dihidangkan dengan kisah Uwais Ukasyah (Uwais) dan Hannah Maryam (Hannah), Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) pula membawa kita mengikuti perjalanan kisah cinta adik Hannah, Mastura yang tergila-gilakan si Jebat. Haha. Nampak macam tak senonoh je bunyinya. Tapi memang hakikatnya begitu. Cinta pandang pertamanya pada Jebat menyebabkan Mastura tekad untuk memikat Jebat. Disuruh terjun kolam ikan pun sanggup je diredah dek Mastura ni demi kerana cintanya pada Jebat. Fuh, berani habis!
Jebat ni berdarah campuran Cina dan Melayu. Selepas pemergian kedua orang tuanya akibat dibunuh oleh gengster yang bermusuh dengan Uncle Kwan (bapa saudaranya), Jebat dibesarkan oleh adik perempuan bapanya. Bermulalah perjalanan hitam hidup seorang Jebat. Atas sebab itu dia tak mahu Mastura menaruh harapan padanya walaupun dia sudah mula mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik.
Tapi Mastura tetap Mastura. Kedegilannya tak ada siapa dapat menghalang. Selepas dapat arahan daripada Tan Sri Idris (tok ayah) yang dia akan ditunangkan dengan Aryan (pegawai polis
kerek yang juga sepupunya), Mastura terus melancarkan mogok lapar. Sampai
warded sebab serangan gastrik. Jebat juga yang terpaksa memujuk Mastura untuk menghentikan rencana mogok laparnya itu. Haish.
Melihatkan kesungguhan Mastura membuatkan Hannah tak sampai hati untuk menghampakan harapan adiknya itu. Sebab sayangkan adik, dipujuk juga tok ayah untuk membenarkan Mastura berkahwin dengan pilihan hatinya. Yelah, walaupun dulu Hannah berkahwin dengan Uwais atas pilihan tok ayah, tapi untuk si adik dia mahu Mastura berkahwin dengan pilihannya sendiri. Sesi pujuk-memujuk tok ayah akhirnya berjaya juga dengan bantuan Uwais. Phew. Akhirnya dapat juga Mastura berkahwin dengan Jebat si pujaan hati. :)
Kehadiran sepupu-sepupu Jebat, Tiger dan Airen, di majlis perkahwinannya mengudang rasa tak enak dalam diri Jebat. Ugutan demi ugutan dari Airen, sepupu yang pernah rapat dengannya meresahkan Jebat. Dilema melanda, sama ada nak berterus terang atau biar Mastura tahu kisah silamnnya dari orang lain?
Komen saya: Rasa nak hempuk je Mastura tu bila dia dok tunjuk ego dengan suami sendiri. Tak ingat agaknya saat dia sanggup terjun kolam ikan dan berlapar demi nak tawan hati Jebat tu dulu? Huh.. Tapi mujurlah kegeraman dan kemarahan saya tu berjaya dineutralkan oleh watak-watak lain, terutamanya Mak Cik Sari
the legend. Haha. Penulis pandai imbangkan jalan cerita yang agak stress ni dengan dialog-dialog yang kadangkala buat saya tergelak sendiri. Hmm, betullah kan? Biasanya orang yang dah jumpa jalan pulang ni banyak dugaan dan cabarannya. Terutamanya bila masih ada prasangka buruk di kalangan orang yang pernah jumpa sisi gelap individu yang nak berubah tu. Macam mana sukarnya mana kita nak berubah, lebih sukar lagi nak beristiqamah dan mengekalkan perubahan tu. Cuma kalau boleh, jangan mudah prejudis. Mana tahu orang yang kita nampak jahat tu tak sejahat yang kita sangka? :)
Kadang-kadang kita tak tahu. Mungkin orang yang berbuat jahat pada kita
pun pernah berbuat baik kepada kita. Kalau tak sekarang, akan
datang....Atau mungkin suatu masa dulu tapi kita tak tahu. - Uwais
Ukasyah
Oh yang penting saya juga dah tau apa maksud katarsis. Yay! Thanks Cikgu E-man, berjaya buat saya rajin buka web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (DBP). Hehe. Terima kasih dan tahniah ye cikgu atas kelahiran buku baru ni. Moga perkongsian tu tak terhenti setakat ini saja. :) Tak lupa juga, terima kasih buat Nina yang belanja saya buku ni. Moga makin murah rezeki lepas ni. Amin!