Tajuk: Dia Idaman Hati
Penulis: Nadra Yasmina
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 510 mukasurat
ISBN: 9789673651252
Ini sebuah lagi e-novel yang telah pun tamat di blog dan akhirnya ada rezeki untuk diterbitkan. Tahniah Kucc. :)
Siapa sangka kehidupan sederhana dan biasa-biasa boleh berubah sekelip mata? Hanya kerana pertolongan yang dihulurkan oleh Asma saat diminta oleh Jeffrey, mereka terikat ke alam perkahwinan. Oh, jangan salah faham ya? Mereka bukan terpaksa berkahwin disebabkan kes khalwat. Cuma kisah Asma ni ibarat kisah
fairy tale bila si miskin bertemu si kaya dan akhirnya berkahwin.
Asma, merupakan seorang jururawat pergigian. Dan dalam masa yang sama dia turut bekerja sebagai pembantu rumah hujung minggu di rumah Jeffrey. Itu pun sebab Mariana, setiausaha Jeffrey yang
recommend Asma untuk bekerja di situ. Almaklumlah, Jeffrey ni terkenal dengan sikap tegas, cerewet dan kerenah yang pelbagai. Jadi, Mariana rasa Asmalah yang paling sesuai untuk bekerja di situ. Siap dapat
approval Puan Sri Aimal (mama Jeffrey) lagi. Lagipun Asma ni memang tunggak harapan keluarga, jadi dia memang akan lakukan apa sahaja pekerjaan halal yang bakal menambah pendapatannya.
Bekerja di rumah Jeffrey memang tak sesukar mana. Walaupun nampak Jeffrey tu cerewet, tapi semua kerja rumah berjaya dilunasi oleh Asma dengan mudah. Mereka pun tak pernah bertemu langsung. Cuma berhubung menggunakan nota-nota ringkas. Namun, ketenangan dalam 'hubungan' mereka ni tak kekal lama bila tiba-tiba si Lilac (bekas teman wanita si Jeffrey) ni dok sibuk kejar Jeffrey untuk menagih cinta semula. Bila Lilac mencari Jeffrey sampai ke rumah, Jeffrey terpaksa mengaku yang kononnya Asma ni isteri dia.
Lilac yang dapat mengesan muslihat Jeffrey, mula memasang perangkap. Jemputan ke makan malam dengan rakan niaga Jeffrey, berjaya membantu Lilac menabur fitnah yang bakal menjatuhkan reputasi Jeffrey sebagai seorang tokoh korporat. Gambar-gambar Asma dan Jeffrey semasa makan malam tu telah disebar ke seluruh syarikat. Mama Jeffrey sebagai pengerusi syarikat I&P dah ambil langkah bijak untuk melamar Asma bagi pihak Jeffrey. Yelah, sebelum lebih banyak fitnah dan berita buruk tersebar, lebih baik ambil langkah berjaga-jaga. Sebenarnya Puan Sri Aimal ni memang dah berkenankan si Asma ni. Jadi kira macam serampang dua mata jugalah kot?
Perkahwinan mereka ni bukannya atas dasar kahwin paksa. Sebelum berkahwin kedua-duanya mencari keserasian antara mereka. Bila dah yakin, baru kedua-duanya nyatakan persetujuan kepada keluarga mereka. Rupanya dalam diam Jeffrey ni pun dah jatuh tergolek-golek dengan keselambaan Asma ni. Berjayakah mereka mengemudi perkahwinan mereka? Dapatkah Lilac menerima keputusan drastik Jeffrey ni?
Puas hati juga bila Lilac (
and the gang) dah terima hukuman atas niat dia nak mengaibkan Asma. Huh.
Komen saya: Lama betul rasanya nak habiskan pembacaan. Bukan sebab cerita ni bosan, cuma saya yang terpaksa berkelahi dengan masa. Hehe. Bagi yang dah biasa dengan gaya penulisan Kucc, mungkin takkan ada masalah untuk menghadamkan naskhah ini. Bukan apa, takut ada yang tak biasa sebab tak ramai rasanya penulis yang suka letak
description sampai kita boleh bayangkan keadaan atau tempat yang diceritakan tu. Saya rasa dulu salah seorang penulis yang suka bagi
detail description ni adalah Ahadiat Akashah. Sekarang ni dah jarang jumpa gaya penulisan macam ni. Apa pun, syabas Kucc untuk buku bercetak pertama ni. Moga ada lagi yang bakal menyusul. Aha, satu lagi saya suka sangat
part cameo kemunculan hero-heroin daripada kisah-kisah e-novel yang lain tu. Teruja sekejap. Hehe. Nak tau hero-heroin yang mana kenalah baca buku ni ye? ;)