Thursday, May 28, 2015

Kekasih Cadangan Hati

Posted by Hajar at 9:00 PM
Kekasih Cadangan HatiKekasih Cadangan Hati by Anggerik Mahwa
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman:  530 mukasurat
ISBN: 9789670718354


16-05-2015

Zehra dan Raimi pernah menjalinkan hubungan cinta. Namun entah di mana silapnya, Zehra menghilangkan diri sehingga Raimi menyimpan rasa sakit hatinya bertahun-tahun. Pertemuan kembali mereka selepas 7 tahun menyemarakkan kembali rasa sakit hati Raimi terhadap Zehra. Kebetulan pula berjiran. Memang kerapla mereka terserempak lebih-lebih lagi bila anak-anak mereka (Iman dan Reha) mula bersahabat baik sejak berkenalan.

Tasya (isteri Raimi yang juga merupakan teman baik Zehra) pula selalu menjemput Zehra ke rumahnya dengan alasan untuk mengeratkan silatulrahim yang telah lama terputus. Tragedi yang menimpa Zehra dan Iman angkara Khalil (suami Zehra) akhirnya membebaskan Zehra daripada ikatan perkahwinan yang sudah menyeksanya bertahun-tahun. Alasan tipikal wanita macam ni, mereka bertahan sebab anak. Haih.

Keadaan kesihatan Tasya yang semakin merosot pula memaksa Zehra dan Raimi berjanji dengan Tasya untuk berkahwin selepas pemergian Tasya. Zehra yang masih trauma dengan pengalaman perkahwinan pertamanya menolak cadangan itu. Namun bila Khalil terus-terusan mengganggu, Zehra akhirnya mengalah dan menerima lamaran Raimi.

Macam mana agaknya Zehra nak hidup sebumbung dengan Raimi yang sinis tu ya? Konon tak cintakan Zehra tapi bila Khalil terus-terusan mengganggu tahu pulak rasa cemburu kan?

Komen saya:

1. Kisah ni memang nampak berat di permulaan cerita. Lebih-lebih lagi bila penulis gambarkan bagaimana Zehra di dera dek suami psiko secara fizikal dan emosi. Fuh. Tapi pengakhirnya mampu buat kita sengih sampai ke telinga dengan kerenah keluarga mereka ni.

2. Raimi. Nak kata suka sangat pun tak, nak kata menyampah pun tak. Tapi saya suka wataknya yang protective terhadap keluarga. Iman yang anak tiri tu pun di layan macam anak sendiri. Cuma sikap sinis dan perangai sengalnya tu yang kadang-kadang buat saya rasa nak luku mamat ni. Hahaha.

3. Zehra. Saya cuma tak suka wataknya yang rela jadi punching bag suami bertahun-tahun. Agaknya inilah nasib orang yang baik hati macam Zehra ni. Rela je diperlakukan macam mana pun, janji orang yang disayanginya tak terluka / cedera. Raimi yang ditinggalkan bertahun-tahun dulu pun sebab alasan itulah. Dia mahu gembirakan Tasya tapi dalam masa yang sama dia tak tahu Raimi menderita. Hmm..

4. Suka dengan keletah dan kerenah Iman dan Reha. Mereka ni memang polos tau. Suka-suka aja tanya soalan yang boleh buat mak ayah diorang terkedu. Hahaha. Tapi dah nama pun budak kan, apalah yang diorang tahu tentang masalah orang dewasa?

5. Selesa dengan gaya bahasa yang digunakan. Cuma, banyak sangat typo sepanjang pembacaan. Mungkin boleh diperkemaskan untuk cetakan seterusnya. :)

View all my reviews

2 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review