Sunday, May 26, 2013

Sampai Bila - Ana Sofiya

Posted by Hajar at 9:34 PM


Tajuk: Sampai Bila
Penulis: Ana Sofiya
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  562 mukasurat
ISBN: 9789673651610

Hubungan antara Alisa dan Adnan Malik bukanlah bermula dengan baik. Kemunculan nama Alisa dalam senarai pemegang amanah harta arwah Bahkhtiar menimbulkan tanda tanya. Bertambah rasa pelik lagi  bila Adnan Malik dipinta untuk berkahwin dengan  Alisa sebagai syarat untuk mewarisi satu per tiga harta yang diamanahkan kepada Alisa untuk anak-anak Adnan Malik dan Alisa. Bila mengetahui yang  Alisa ni adalah 'skandal' arwah Bakhtiar, sudah tentulah Adnan Malik menolak untuk berkahwin dengan Alisa.

Berkat pujukan Fasihah, ibu Adnan Malik yang mahu 'menyeksa' hidup Alisa, Adnan Malik akhirnya bernikah dengan Alisa. Hari yang sepatutnya diraikan dengan gembira bertukar menjadi tragedi apabila Adnan Malik membongkar keburukan Alisa (kononnya) untuk memalukan Alisa. Kesian Alisa, tak fasal-fasal jadi mangsa kemarahan ayahnya. Paling malang juga bila ayah Alisa terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kecederaan. Haish.

Alisa ni sebenarnya berdendam dengan lelaki disebabkan Haziq Asrar, kawan sekampungnya yang banyak memfitnah Alisa. Haziq juga yang melanggar lari dan menyebabkan kematian ibu Alisa. Disebabkan itu Alisa  mula berubah dan mendendami lelaki sehinggalah dia bertemu dengan Bakhtiar. Bakhtiar banyak menegur Alisa dan sedikit sebanyak Alisa mula berubah ke arah yang lebih baik. Walaupun Bakhtiar pernah melamar, Alisa tak tergamak untuk menerima sebab dia sayangkan Bakhtiar seperti layaknya seorang ayah. Atas dasar itu, Bakhtiar mahu Alisa berkahwin dengan Adnan Malik sebab dia tahu Alisa mampu untuk mengubah Adnan Malik. :)

Jenuh menangisi nasib diri Alisa tekad untuk bangkit. Dia takkan mengalah hanya kerana suami dan mertua yang suka menyindir dirinya. Akan dibuktikan bahawa dirinya bukanlah seperti yang difikir oleh mereka. Memang bukan suatu yang mudah sebab Adnan Malik ni sangatlah tinggi egonya walaupun hati dah mula goyah dengan kehadiran Alisa. Nak tahu berjaya ke tidak Alisa dengan misinya itu kenalah baca kan? ;)

Komen saya: Saya suka watak Alisa ni sebab dia bukan watak heroin yang lemah dan menyerah pada takdir. Dan Alisa ni bukanlah jenis tipikal heroin yang akan lari bila masalah datang menimpa. Tabah je menadah kata-kata suami dan mertua yang menyakitkan hati. Haish. Geram je dengan Fasihah dan Adnan Malik ni. Tapi bila Alisa dapat menjinakkan keduanya rasa macam nak tepuk tangan je. Hehe. Tahniah untuk Kak Sofi atas kelahiran buku baru ni. Walaupun dah dekat 2 tahun tiada buku baru, saya cukup puas hati dengan buah tangan terbaru ni. Terima kasih juga untuk semangat Alisa yang dipinjamkan dalam buku ni. Oh ya, buat yang rindukan Hisham dan Maria (Tak Mungkin Kuhindar), watak mereka juga ada terselit juga dalam Sampai Bila ni tau. :)  

2 comments:

luahan said...

thanx for the review, Hajar. kak sofi tengah senyum ni...

Hajar said...

Sofi Ghazali :

Kak Sofi, terima kasih sudi singgah. All the best untuk the next karya.. :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review