Monday, March 18, 2013

I'm Mrs. Kertu - Danisyarahmat

Posted by Hajar at 7:20 PM

Tajuk: I'm Mrs. Kertu
Penulis: Danisyarahmat
Penerbit: Penulisan Enterprise
Harga : RM 19.00
Sabah / Sarawak : RM 22.00
Halaman: 434 mukasurat
ISBN: 9789670567006

Ini kisah Ainul Mardhiah (Ain) yang kerap dirundung malang. Pemergian ibu tersayang selepas Ain tamat peperiksaan SPM membuatkan Ain terpaksa menerima hakikat yang dirinya sudah bergelar yatim piatu. Lebih malang lagi, bila kegadisannya diragut tanpa belas kasihan oleh si perompak. Kedatangan Adam Yusuf (Adam) untuk menjemput Ain secara kebetulan membawa kepada ikatan perkahwinan antara keduanya. Bayangkanlah, Adam ni cuma dikenali oleh Ain sebagai bapa saudara Zara, kawan baiknya dan kemudian jadi majikan Ain. Jarak umur mereka pun cecah 20 tahun. Tup-tup dah jadi suami. Manalah Ain nak mengaku Adam tu suami?

Tak dinafikan Adam ni sayang sangat pada Ain. Segala keperluan Ain memang tak pernah diabaikan. Padanya, Ain tu di bawah tanggungjawabnya. Disebabkan kelewatannya, Ain terpaksa menanggung kesengsaraan akibat peristiwa hitam itu. Pemergian Adam ke luar negara untuk menguruskan perniagaan keluarganya sedikit meresahkan Ain. Pelik, bukan sepatutnya Ain gembira ke bila si kertu ni tak ada kat depan mata?

Pertemuan kembali selepas 5 tahun tetap tidak mengubah penerimaan Ain pada perkahwinan mereka ni. Bila ikatan suami isteri secara mutlak dah terpatri pun Ain masih lagi nak tunjuk sombong. Boleh lagi merelakan Adam bertunang dengan gadis pilihan keluarganya. Haish. Rasa nak lempang laju-laju pun ada.

Tapi, bila Ain dah mula menerima Adam banyak pula rintangan yang mengganggu hubungan mereka ni. Sejauh mana pula mereka mampu bersabar menempuhi onak dan duri dalam sebuah perkahwinan?

Kagum dengan Adam ni. Memang jenis lelaki yang tak mudah melatah waktu dugaan datang menggoyahkan hubungan mereka suami isteri. Agaknya itulah kelebihan lelaki kertu ops, lelaki matang ni kan? ;)

Komen saya: : Saya baca buku ni kononnya sebagai escapism waktu tengah serabut dengan study. Tapi tak sangka boleh habiskan pembacaan dalam tempoh sehari. Err.. Apa yang saya boleh katakan, kisah ni agak ringan sebab tak meleret-leret dengan konflik. Tahniah buat penulis. Cuma ada sedikit teguran buat penulis, editor dan juga penerbit. Dah dua kali saya jumpa penggunaan patah perkataan Inggeris yang diberikan imbuhan untuk diMelayukan dalam novel keluaran penerbit ini dan nampaknya editor seolah-olah menghalalkan penggunaan perkataan itu. Hmm, harapnya pihak-pihak yang disebut itu tidak memandang enteng penggunaan bahasa untuk penerbitan. Jangan disebabkan nak mengaut keuntungan kualiti tak dijaga. Siapa lagi yang nak martabatkan bahasa Melayu kalau bukan bangsa kita sendiri kan? :)

6 comments:

lulu lu said...

mcm best..harap2 dpt beli n baca... >_<

Hajar said...

lulu lu :

selamat membaca. :)

Islah Khairina said...

Tengok sinopsis macam menarik. Cuma tentang penggunaan bahasa tu, biasalah. I pun pernah jadi freelance editor untuk karya-karya popular macam ni. Bagi I, editor pun manusia jugak. Kadang-kadang ada terlepas pandang. Banyak yang editor perlu lihat, tatabahasa, struktur ayat. Memang tanggungjawab besar. :D Tapi I memang sokong. Kalau bukan kita yang memartabatkan bahasa Melayu, siapa lagi? Jom mulakan penggunaan tatabahasa yang betul. Kepada, pada, dari, daripada. Pastikan betul penggunaannya.

Hajar said...

Islah Khairina:
Kisah ni ringan, tak ada unsur-unsur sinetron sangat.

Agreed. Memang editor kena alert dgn macam-macam perkara. Tapi saya rasa penulis pun sepatutnya takkan bebankan hal-hal editing ni 100% pada editor kan? Anyway, thanks for sharing your experience. :)

Fatin Sephia said...

nak sngt bc novel ni.. tp kat kdai buku kwsn sini msh blm di jual..

Hajar said...

Fatin Sephia:

Kenapa tak beli secara online je? Lebih mudah rasanya. :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review