Tuesday, May 28, 2013

Yang Manis - Marissa

Posted by Hajar at 10:48 PM 2 comments



Tajuk: Yang Manis
Penulis: Marissa
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman: 625 mukasurat
ISBN: 9789670246475

Akibat terlanggar Raees secara tak sengaja waktu Raees sedang sibuk mencari rumah sewa kawan sekampungnya,  buat Iman teringat-ingat. Lebih-lebih lagi Iman siap tertumpahkan bekalan makanan yang Raees bawa dari kampung. Bila Iman hulurkan wang sebagai ganti rugi, Raees cepat-cepat menolak. Bertambah menggununglah rasa bersalah Iman pada Raees.

Rupanya jalan untuk mereka bertemu sangat mudah. Raees diterima bekerja di syarikat milik keluarga Iman selang beberapa hari selepas itu. Bila Iman tahu Raees bekerja di situ, makin senanglah  Iman nak jalankan misi untuk memikat Raees yang diminati tu. Perkenalannya dengan Raees juga bawa impak positif bila Iman tiba-tiba bersetuju untuk mula bekerja dengan syarikat keluarganya walaupun hanya sebagai receptionist. :)

Lama kelamaan hubungan mereka tambah rapat walaupun mereka berdua ni ibarat langit dengan bumi. Manakan tidaknya, Iman ni suka berpakaian ala-ala tak cukup kain manakala Raees ni anak kampung yang cukup solat lima waktu. Tapi Raees berjaya juga tegur dengan cara baik agar Iman menukar gaya berpakaiannya. Yelah, bila dah suka Iman ikutkan aje walaupun Nawal, kawan baik Iman jenuh dok brainwash si Iman ni.

Tiba-tiba muncul Tengku Badrul, sepupu Iman yang suka sangat memburukkan Iman di kalangan keluarga mereka. Kononnya Iman tu tak sesuai dibuat isteri. Tup-tup bila tunangnya lari, Iman juga yang dicari untuk dijadikan kambing hitam. Siap guna pengaruh nenek mereka untuk berkahwin dengan Iman. Mujurlah Wafi, abang Iman tu sangat tegas menentang kehendak nenek mereka.

Bila keadaan dah mula huru-hara, Datuk Asri (bapa Iman) meminta Raees untuk melamar Iman. Raees bersetuju dan mula memperkenalkan Iman dengan sanak saudaranya di kampung. Memang tiada halangan dari pihak keluarga Raees, cuma Humairah, ustazah yang menyimpan rasa pada Raees berusaha untuk menggagalkan perkahwinan Raees dan Iman. Heh. Macam mampu je kan? :P

Komen saya:  Baca buku ni buat saya teringat kisah Jaja dan Din. Cuma Jaja tak gedik dan lurus macam Iman ni. Haha. Kisahnya pun santai aje. Cuma saya geram dengan Tengku Badrul dan Bahiyah yang tak berputus asa memporak-perandakan keluarga Iman. Heh. Patutnya diorang end up together. Barulah sepadan. Watak Humairah tu pun jadi penambah perisa. Memang patut pun Raees awal-awal dah reject Humairah ni. Patutnya makin tinggi ilmu makin pandai nilai dan bezakan yang baik dan yang buruk. Tapi jadi sebaliknya pulak. Haish. Tahniah Kak Marissa atas kelahiran buku baru ni. Walaupun saya enjoy baca kisah ni, terasa macam ada sesuatu yang kurang. Mungkin saya yang 'kurang rasa' waktu membaca buku ni kot? :)

Sunday, May 26, 2013

Sampai Bila - Ana Sofiya

Posted by Hajar at 9:34 PM 2 comments


Tajuk: Sampai Bila
Penulis: Ana Sofiya
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  562 mukasurat
ISBN: 9789673651610

Hubungan antara Alisa dan Adnan Malik bukanlah bermula dengan baik. Kemunculan nama Alisa dalam senarai pemegang amanah harta arwah Bahkhtiar menimbulkan tanda tanya. Bertambah rasa pelik lagi  bila Adnan Malik dipinta untuk berkahwin dengan  Alisa sebagai syarat untuk mewarisi satu per tiga harta yang diamanahkan kepada Alisa untuk anak-anak Adnan Malik dan Alisa. Bila mengetahui yang  Alisa ni adalah 'skandal' arwah Bakhtiar, sudah tentulah Adnan Malik menolak untuk berkahwin dengan Alisa.

Berkat pujukan Fasihah, ibu Adnan Malik yang mahu 'menyeksa' hidup Alisa, Adnan Malik akhirnya bernikah dengan Alisa. Hari yang sepatutnya diraikan dengan gembira bertukar menjadi tragedi apabila Adnan Malik membongkar keburukan Alisa (kononnya) untuk memalukan Alisa. Kesian Alisa, tak fasal-fasal jadi mangsa kemarahan ayahnya. Paling malang juga bila ayah Alisa terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kecederaan. Haish.

Alisa ni sebenarnya berdendam dengan lelaki disebabkan Haziq Asrar, kawan sekampungnya yang banyak memfitnah Alisa. Haziq juga yang melanggar lari dan menyebabkan kematian ibu Alisa. Disebabkan itu Alisa  mula berubah dan mendendami lelaki sehinggalah dia bertemu dengan Bakhtiar. Bakhtiar banyak menegur Alisa dan sedikit sebanyak Alisa mula berubah ke arah yang lebih baik. Walaupun Bakhtiar pernah melamar, Alisa tak tergamak untuk menerima sebab dia sayangkan Bakhtiar seperti layaknya seorang ayah. Atas dasar itu, Bakhtiar mahu Alisa berkahwin dengan Adnan Malik sebab dia tahu Alisa mampu untuk mengubah Adnan Malik. :)

Jenuh menangisi nasib diri Alisa tekad untuk bangkit. Dia takkan mengalah hanya kerana suami dan mertua yang suka menyindir dirinya. Akan dibuktikan bahawa dirinya bukanlah seperti yang difikir oleh mereka. Memang bukan suatu yang mudah sebab Adnan Malik ni sangatlah tinggi egonya walaupun hati dah mula goyah dengan kehadiran Alisa. Nak tahu berjaya ke tidak Alisa dengan misinya itu kenalah baca kan? ;)

Komen saya: Saya suka watak Alisa ni sebab dia bukan watak heroin yang lemah dan menyerah pada takdir. Dan Alisa ni bukanlah jenis tipikal heroin yang akan lari bila masalah datang menimpa. Tabah je menadah kata-kata suami dan mertua yang menyakitkan hati. Haish. Geram je dengan Fasihah dan Adnan Malik ni. Tapi bila Alisa dapat menjinakkan keduanya rasa macam nak tepuk tangan je. Hehe. Tahniah untuk Kak Sofi atas kelahiran buku baru ni. Walaupun dah dekat 2 tahun tiada buku baru, saya cukup puas hati dengan buah tangan terbaru ni. Terima kasih juga untuk semangat Alisa yang dipinjamkan dalam buku ni. Oh ya, buat yang rindukan Hisham dan Maria (Tak Mungkin Kuhindar), watak mereka juga ada terselit juga dalam Sampai Bila ni tau. :)  
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review