Tajuk: Mr. Awesome Guy
Penulis: Anastasia Qirana
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 513 mukasurat
ISBN: 9789673651931
Tak dinafikan, Mr. Chyrill memang awesome! ;)
26-12-2014
Kata Chyrill sewaktu melamar Fitrah:
I have 10 reasons for marrying you
I want to be your lover
I want to be your best friend
I want to be your brother
I want to be your teacher
I want to be your entertainer
I want to be your driver
I want to be your chef
I want to be your gardener
I want to be your waiter
I want to be your plumber
I want to be your carpenter
I want to be your mechanic
I want to be your pest exterminator
I want to be your electrician
I want to be your decorator
I want to be your stylist
I want to be your gynaecologist
I want to be your healer
I want to be your psychiatrist
I want to be your organizer
Namun kata Fitrah pula, "Cintai pemilik hati saya terlebih dahulu dan saya akan pertimbangkan lamaran Mr. Chyrill tu."
Seperti
yang dipinta, Chyrill berusaha mencari cinta pemilik hati Fitrah dan
setelah cinta hakiki itu ditemui, Chyrill kembali untuk menuntut janji
Fitrah.
Setelah melalui pelbagai ujian demi ujian, Chyrill dan
Fitrah akhirnya disatukan. Sungguh pun sudah bergelar suami, cabaran
untuk Chyrill tak pernah putus. Fitrah yang dikenali sangat berbeza
dengan Fitrah yang dinikahi. Persamaan antara mereka hanyalah sikap yang
suka menguji. Apakah yang telah terjadi sehingga membuat Fitrah
seolah-olah mempunyai dua personaliti? Dan mampukah Chyrill
mempertahankan ikatan perkahwinan mereka bila Fitrah terus-terusan
menguji?
Komen saya:
1. Kisah ini masih lagi
berpaksikan kisah perkahwinan tanpa rela cuma disampaikan dengan cara
berbeza di samping pelbagai input yang disertakan. :)
2. Jujurnya kalau wujud lelaki macam Chyrill ni memang makcik tak fikir dua kali nak cakap ya, saya setuju! Haha. Realitinya? Sendiri mau ingatlah. :P
3.
Agak geram dengan kedegilan dan keegoan watak Fitrah / Nura tu. Rasa
macam nak sekeh-sekeh bagi dia sedar kedudukan dia sebagai seorang
isteri. Grrr..
4. Cerita ni sangat kurang adegan manis bergula
okayyy? Bak kata K, sesuai dibaca waktu cuaca redup dan mendung macam
sekarang ni. Hikhikhik...
5. Tahniah buat penulis. Walaupun
mengikut katanya beliau tiada asas penulisan, hasilnya tak menghampakan.
Moga diberikan kesempatan dan ilham untuk terus berkarya. :)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago