Tajuk: Curahan Cinta Niagara
Penulis: Maya Iris
Penerbit: PTS Milenia Sdn. Bhd.
Harga: RM 26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman: 564 mukasurat
ISBN: 9789833604821
Lama dah rasanya tak baca novel yang berunsurkan spiritual ni. Lepas baca review novel ni, terus je order online. :)
Mira, seorang gadis kampung yang dapat peluang melanjutkan pelajaran ke US membawanya mengenali Faris, seorang lelaki yang agak 'lepas laku'. Walaupun Mira ni agak '
culture shock' lepas sampai ke US tu tapi Mira masih lagi mengekalkan adab sopan seorang gadis timur. Digoda dek Faris pun masih boleh bertahan. Bila Mira dapat 'hidayah' untuk menutup auratnya kembali, Faris rasa Mira semakin menjauh darinya. Yelah, takkanlah bila dah bertudung dan menutup aurat, pergaulan tak dijaga kan?
Saya sangat tertarik dengan cara penulis menggambarkan Mira dapat 'hidayah' untuk menutup auratnya. Memang sangat terkesan. :)
Faris ni pula memang jenis yang suka menyalahkan orang lain bila sesuatu musibah melanda dirinya. Bila Mira tak terima lamarannya, dia jadi seorang pemabuk dan Mira dipersalahkan sebab dia jadi pemabuk. Malah bila disahkan menghidapi HIV akibat melanggan pelacur juga disalahkan Mira sebab menolak lamarannya. Haih. Tapi akhirnya Mira berkahwin juga dengan Faris atas dasar merasa bertanggungjawab atas kemalangan yang menimpa Faris. Sebelum kemalangan tu Mira menghalau Faris yang sibuk nak ajak dia bermesraan. Akibat ribut salji yang melanda masa tu, Faris kemalangan. Bila dah hilang upaya Faris jadi seorang pemarah dan Miralah yang terpaksa menghadapi segala kemarahan Faris tu. Kesabaran Mira kemudiannya berbalas juga bila Faris mula merasa insaf dan Alhamdulillah sempat bertaubat sebelum meninggal dunia.
Tanpa pengetahuan Mira, Faris meninggalkan wasiat supaya Farhan (abang Faris) berkahwin dengan Mira. Niatnya supaya kedua-dua insan yang disayanginya itu berbahagia. Tapi ayat-ayat dalam surat terakhir Faris membuatkan Farhan merasa curiga dengan Mira. Pelik. Dalam kata curiga tu tetap juga dia nak berkahwin dengan Mira. Rupanya memang dah lama Farhan simpan perasaan pada Mira. Mira pula mencari pelbagai alasan untuk berkahwin dengan Farhan, sebab padanya perkahwinan bukan setakat
trial and error. Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengelak daripada berkahwin dengan Farhan sampai sanggup terjun tingkap masa hari pertunangan, perkahwinan mereka tetap juga berlangsung.
Yang menariknya masa lepas diorang kahwin ni. Untuk mengelakkan mereka tak bertegur sapa lebih daripada 3 hari, Mira akan minta Farhan untuk belikan dia sesuatu setiap 3 hari. Hikmahnya, selepas tu hubungan mereka jadi lebih baik dan konflik antara mereka dapat diselesaikan berkat buku-buku berkaitan hadis dan Al-Quran yang dipesan oleh Mira tu.
Saya agak confuse dengan watak Azrin tu pada mulanya. Tak sangka relevannya watak Azrin tu hanya timbul pada penghujung cerita. Akibat trauma dengan peristiwa yang menimpa ibunya, Azrin menikam Farhan yang bertikam lidah dengan Mira sebab dia sangka Farhan nak cederakan Mira. Kesian sebenarnya kalau ikutkan susur galur sejarah masalah mental Azrin ni. Akibat nafsu manusia, Azrin yang menanggung trauma sepanjang hayat.
Mujurlah Farhan
survive. Mungkin anak dalam kandungan Mira tu menyebabkan semangat untuk hidup jadi tinggi kot? :)
Komen saya : Bagi mereka yang dahagakan novel yang banyak info keagamaan, novel ini adalah salah satu pilihan untuk bacaan anda. :)
2 comments:
nak beli buku ni boleh?
My Life.
Maaf, buku ni koleksi peribadi. Saya tak jual. :)
Post a Comment