Wednesday, March 21, 2012

Awas! Bila Hati Dah Sayang - Tinta Biru

Posted by Hajar at 9:46 PM

Tajuk: Awas! Bila Hati Dah Sayang (ABHDS)
Penulis: Tinta Biru
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM 23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 623 mukasurat
ISBN: 9789670246161

Salah satu e-novel yang saya ikuti di laman Penulisan2u sedikit masa dahulu. Jadinya, saya beli novel ini hanya sebab nak tahu kesudahan kisah Syafiqa dan Ikram ni. :)

AHBDS ni mengisahkan Syafiqa yang bertemu dengan Ikram dalam keadaan yang tidak berapa baik di hari pertama sewaktu melaporkan diri di Global Engineering tanpa menyedari yang Ikram sebenarnya tu bakal bosnya. Lepas tu memang Syafiqa jadi mangsa buli dan usikan Ikram la jawabnya. Dalam pada mengusik dan membuli tu tak disedari ada rasa indah yang berputik. Tapi Ikram tak berani meluahkan sebab masih fobia dengan kisah cinta lamanya bersama Amalina.

Namun bila si Khairil, playboy tersohor dari Johor Bahru, err yang sebenarnya salah seorang client yang kerap berurusan dengan Global Engineering mula nak mencucuk jarum dengan Syafiqa, barulah si Ikram ni berani nak meluah rasa. Tak sangka pula yang dia tak bertepuk sebelah tangan.

Khairil ni kalau ikutkan sebenarnya adalah childhood crush si Syafiqa ni. Tapi sebab Syafiqa ni dulu masa kanak-kanak digambarkan sebagai chubby, maka Khairil cuma pandang sebelah mata sajalah. Sebelum Ikram meluahkan rasa, Syafiqa dahbercadang nak balas dendam pada Khairil ni kononnya. Tapi lepas dilamar Ikram (juga selepas pergaduhan Ikram dan Khairil di pejabat Global Engineering), Syafiqa terus membatalkan niat untuk mempermainkan dan membalas dendam pada Khairil.

Nak dijadikan cerita, lepas bertunang kebetulan Syafiqa berkenalan secara tak sengaja dengan Amalina pula. Syafiqa pun tak tahu yang bekas teman lelaki yang dikejarkan dek Amalina ni adalah tunangnya si Ikram tu. Kalau dia tau agaknya nak ke dia berkawan baik dengan Amalina ni? Heh. Amalina pun tahu hubungan Ikram antara dengan Syafiqa tu pun hanya pada hari perkahwinan mereka. Terkedulah Amalina jawabnya. Sedih bila pujaan hati akhirnya berkahwin dengan orang lain, kawan baik sendiri pula tu.

Adakah Amalina berputus asa? Jawapannya tidak. Hoho. Baik punya perancangan dia dengan Khairil nak meruntuhkan rumahtangga Syafiqa dan Ikram. Tak baik betul. Tak fasal-fasal si Ikram terjebak dengan perangkap Amalina. Haish.

Berjayakah mereka meruntuhkan mahligai Syafiqa dan Ikram?

Bagaimana pula persoalan antara Amalina-Ikram dan Syafiqa-Khairil dirungkaikan?

Cuma saya agak tak berkenan dengan ke'tidak matang'an Ikram menghadapi konflik dengan Syafiqa. Sepatutnya sebagai ketua keluarga kenalah berfikiran waras dan bertindak dengan lebih matang. Bukannya terus-terusan menyalahkan isteri setiap kali perbalahan.

Komen saya: Kisah yang agak biasa dan cliche. Jalan cerita yang boleh diagak semestinya. Persembahan yang agak tak mengecewakan dari seorang penulis baru. Apa pun tahniah untuk penulis. Good luck untuk novel yang akan datang. :)

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review