Monday, March 26, 2012

Maafkan Abang - Eyla Hime

Posted by Hajar at 9:01 PM


Tajuk: Maafkan Abang
Penulis: Eyla Hime
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman: 562 mukasurat
ISBN: 9789673650927

Atikah Hatrisya (Hatrisya) dalam diam menyimpan rasa kepada Tengku Ariff Hazimi (Hazimi). Mereka saling mengenali semenjak dari zaman matrikulasi lagi. Hatrisya yang menyedari dirinya tak layak bergandingan dengan Hazimi menjauhkan diri dari Hazimi sedikit demi sedikit kerana Hazimi telah pun bercinta dengan Marissa pada ketika itu.

Enam tahun kemudian, mereka dipertemukan kembali di bawah satu bumbung. Kebetulan Hazimi diserapkan di bawah satu jabatan dengan Hatrisya sebelum dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih pengurusan syarikat kejuruteraan ayahnya itu. Hazimi memang gembira bila dapat bertemu Hatrisya kembali tapi sebaliknya pula buat Hatrisya. Terpaksalah Hatrisya berpura-pura dan melayani Hazimi selayaknya sebagai seorang sahabat lama walaupun hatinya tak merelakan semua itu. Apa taknya, perasaannya pada Hazimi masih tak berubah walaupun dah enam tahun berlalu. Manakala Hazimi pula dah bertunang dengan Marissa dan bakal melangsungkan perkahwinan sedikit masa lagi.

Siapa sangka perasaan Hatrisya yang disimpan selama ni terbongkar juga. Gara-gara salah seorang rakan Hatrisya terlepas cakap, Yazman yang juga merupakan kawan yang dikenali semasa matrikulasi mengambil kesempatan untuk mengugut Hatrisya. Yazman ni memang dah lama menyimpan perasaan pada Marissa, tunang Hazimi tu. Jadi, bila tau Hatrisya suka Hazimi, Yazman mengugut Hatrisya untuk menggagalkan perkahwinan Marissa dan Hazimi. Memanglah mula-mula Hatrisya buat tak endah aje ugutan Yazman tu. Tapi bila dah libatkan keselamatan Hazimi dan keluarganya, terpaksalah Hatrisya berkorban. Tak fasal-fasal je kena tangkap basah dengan Hazimi.

Kehidupan Hatrisya memang berubah 360 darjah setelah 'terpaksa' berkahwin dengan Hazimi. Diherdik, dicaci, dimaki, malah dipukul. Boleh dikatakan satu keluarga Hazimi membenci Hatrisya sebab Hatrisya dianggap pemusnah kebahagiaan Hazimi. Sampai dua kali warded tu. Memang tabah betul Hatrisya ni. Mujurlah ada Farah, Taufik dan keluarga Tan Sri Fariss. Farah ni kawan baik Hatrisya dari zaman sekolah lagi. Jadi bila kedua ibu bapa Hatrisya meninggal dunia, keluarga Farah ni la yang menanggung persekolahan Hatrisya. Memang dah macam keluarga sendiri dah, cuma Hatrisya je yang tak mahu menyusahkan keluarga Tan Sri Fariss tu. Ugutan Yazman pun takde siapa yang tahu sampailah Hatrisya dimasukkan ke hospital buat kali kedua akibat dipukul oleh Hazimi. Bila Yazman menemui Hatrisya di hospital dan kebetulan perbualan mereka didengari oleh Taufik, abang Farah maka terpaksalah Hatrisya menceritakan segalanya tentang ugutan Yazman tu.

Oleh sebab dah tak mampu nak tanggung rasa bersalah dengan Hazimi, Hatrisya nekad untuk akhiri semua ni. Dia rasa bersalah atas kesedihan yang dihadapi Hazimi bila dapat tahu Marissa nak kahwin dengan Yazman. Hatrisya jumpa Yazman untuk merayu supaya Yazman akhiri segala rancangan jahatnya itu. Satu kesilapan Hatrisya, dia berani jumpa Yazman bersendirian. Penyudahnya dia dirogol Yazman. Mengandung pula lepas tu. Haih.

Bagaimana Hatrisya menangani kemelut ni?

Macam mana pula penerimaan Hazimi dan keluarganya bila segala kebenaran terbongkar?

Komen saya: Agak puas hati jugalah sebab Hatrisya berjaya 'seksa' perasaan Hazimi bila Hazimi dah mula sedar tentang perasaannya sendiri. Memang ending agak cliche, tapi takdelah nampak perempuan ni cepat sangat cair dengan pujukan lelaki kan?

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review