Sunday, January 20, 2013

Simpan Untuk Yang Halal - Rinzuas

Posted by Hajar at 9:49 PM

Tajuk: Simpan Untuk Yang Halal
Penulis: Rinzuas
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman: 356 mukasurat
ISBN: 9789670201665

Satu perkataan untuk kisah ini. Cute! Catatan dari sudut pandang Hani Zulaikha yang mencari-cari 'Yusuf' pendampingnya. Mula-mula baca caption 'Maaf. Dilarang masuk. Hanya untuk yang halal saja.' memang kita ingat cerita ni ala-ala serius tapi tak serius mana sebenarnya. Hehe

Membaca kisah ni ala-ala membaca diari hidup Hani Zulaikha. Manakan tidaknya, kita dibawa menelusuri kisah Hani Zulaikha semenjak zaman persekolahannya sehinggalah bergraduasi. Hani Zulaikha bukanlah sembarangan gadis. Ketegasannya dalam mempertahankan pendirian untuk tidak bercinta semasa bersekolah memang sangat dimaklumi oleh orang yang mengenalinya. Pendiriannya tetap teguh sehinggalah dia bertemu kembali dengan crush zaman persekolahannya semasa majlis alumni kawan sekelas.

Faris, sememangnya diminati oleh Hani Zulaikha dalam diam semenjak di tingkatan dua. Pertemuan kembali antara Hani Zulaikha dengan Faris meruntuhkan pendirian Hani Zulaikha yang kononnya tak mahu bercinta sebelum kahwin. Betullah, kita memang selalu diuji dengan kata-kata kita. Itulah ujian buat Hani Zulaikha yang selalu merasakan ketidakwajaran untuk bercinta dan berkepit dengan lelaki sebelum berkahwin. Walaupun mereka ni bukanlah jenis pasangan yang berkepit 24 jam, namun kenyataan yang Hani Zulaikha dah termakan kata-kata sendiri tak boleh disangkal kan?

Benarlah, langit tak selalu cerah. Setelah berpacaran dalam tempoh lebih kurang dua tahun, Hani Zulaikha mula dipinggirkan oleh Faris atas alasan yang agak tak munasabah.Memang kesian dengan Hani Zulaikha, tapi kita boleh nampak cara dia recover. Adatlah kan, ujian tu  tanda Dia masih ingatkan kita. Tanda Dia masih sayangkan kita. Hikmahnya, Hani Zulaikha dipertemukan dengan 'Yusuf'nya. Alhamdulillah. Nak tahu siapa? Kenalah baca. :P

Komen saya: Walaupun kisahnya ala-ala sempoi tapi sarat pengajaran. Bolehlah jadi bahan bacaan pilihan untuk orang (macam saya) yang dah bosan dengan kisah-kisah yang cliche di pasaran tu. Ops! Tahniah buat penulis.  Moga bakal banyak lagi ilham menyusul untuk kisah-kisah yang akan datang. ;)

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review