Tajuk: Tuhan Lebih Tahu
Penulis: Nora Ismail
Penerbit: NB Kara Sdn. Bhd.
Harga: RM 23.90
Sabah/ Sarawak: RM 26.90
Halaman: 502 mukasurat
ISBN: 9789675229077
Hubungan antara Rina Azia (Rina) dan Hazry Izhar (Hazry) memang rapat
umpama belangkas. Cuma mereka bukanlah pasangan bercinta. Mereka hanya
teman rapat kerana mengambil kursus yang sama di UTM. Keserasian
hubungan mereka berdua selalu disalah tafsir sebagai pasangan bercinta
sehingga hubungan baik yang sedia terjalin itu dicemburui oleh Elisha,
teman wanita Hazry. Sering kali mereka bertengkar kerana Rina. Tak faham
kenapa si Hazry ni boleh setia bukan main lagi dengan Elisha walaupun
dia tau perangai sebenar Elisha yang suka berfoya-foya tu.
Tidak lama kemudian, hubungan mereka terputus kerana Elisha mahu ke luar
negara untuk mengejar impiannya bergelar model terkenal. Heh. Hubungan
yang berakhir itu membawa impak besar kepada Hazry. Ingin mengadu kepada
Rina seperti lazimnya, Rina pula semakin menjauh selepas berkenalan
dengan teman mayanya, Wan Azfarel (Arel). Sudahnya, Hazry pulang ke
rumah keluarganya dan diberitakan tentang pemergian ayahanda tersayang.
Pemergian mengejut itu membuat Hazry hilang arah dan kelam kerana
hilang tempat bergantung.
Sebagai seorang sahabat yang memahami,
Rina ingin berkongsi kepahitan yang dihadapi oleh Hazry. Namun,
pengertian yang diberi dibalas dengan tuba bila Hazry yang dibawah
pengaruh pil ecstasy telah bertindak menodai Rina. Kesian Rina. Yang hampehnya
Hazry cuma memohon maaf atas tindakan ‘luar sengajanya’ itu dan
menyambung pengajiannya ke luar negara. Dia fikir hanya dengan
perkataan maaf itu boleh mengubah keadaan kembali kepada asal agaknya?
Mujurlah ada Arel. Dialah yang sanggup menggalas tanggungjawab yang
ditinggalkan oleh Hazry . Perkahwinan mereka dilangsungkan dengan restu
kedua-dua buah keluarga . Sayangnya aib yang cuba disembunyikan
terbongkar juga bila Rina disahkan mengandung dua bulan selepas sebulan
tempoh perkahwinannya. Akibatnya, Rina dibuang keluarga kerana dianggap
telah memalukan keluarga mereka.
Beberapa tahun kemudian, Rina
bertemu kembali dengan Hazry atas urusan kerja. Kemunculan Hazry yang
merindukan teman lamanya itu turut menggugat kepercayaan Arel. Rina
bingung. Bertambah risau sekiranya Hazry mengetahui kewujudan Ikhzal
(Ayik) yang selama ini disembunyikanya. Tapi bila menyedari yang air
dicincang takkan putus, Arel berterus terang dan memperkenalkan Hazry
dengan Ayik tanpa menyedari yang dia turut mempertaruhkan rumahtangganya
disebabkan keputusan itu. Mampukah mereka mempertahankan kebahagiaan
mereka bila satu demi satu individu dari masa silam mereka muncul
kembali?
Komen saya: Kisah ni agak dramatik. Kalau
divisualkan harus ada yang cair dengan Wan Azfarel ni. Haha. Shush! Bagi
saya penekanan dalam naskhah ini adalah tentang pergaulan. Sebaik mana
atau serapat mana hubungan kita dengan kawan berlainan jantina tu, batas
tetap ada. Jangan sesuka hati nak bertepuk-tampar dengan anak dara /
teruna orang sembarangan. Macam mana percaya pun, mereka tetap manusia
biasa yang tak sempurna. Satu kesilapan mungkin bawa penyesalan seumur
hidup. Dan bukan semua orang sebertuah Rina. Jadi beringatlah ya,
adik/kakak/abang/ sekelian? Haish, entah kenapa terlebih emosi pula.
Tahniah Kak Rose. Moga terus berkarya. :)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
4 comments:
Dah baca novel ni...sangatttt best
saya nak beli, please whatsapp sya dkt nmbr 0174922518 ya...
a'salam awk nak jual ke atau bolh pinjam ??
Ada sesipa yg ada buku ni nak jual.. saya nak beli.. plz wassap 0179635799
Post a Comment